Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Polis Israel menembak mati seorang rakyat Palestin di wilayah yang dirampas timur Baitulmaqdis kerana disangka memiliki pistol.
Kejadian di lorong Kota Lama dekat Lion's Gate yang biasa digunakan oleh rakyat Palestin itu menimbulkan kecaman banyak pihak.
"Polis yang meronda melihat suspek dengan objek yang kelihatan seperti pistol," kata kenyataan polis Israel.
Katanya, suspek tidak berhenti selepas diarahkan dan polis berlari mengejarnya sebelum menembak mati.
"Tiada senjata ditemui di tempat kejadian," katanya. - AFP
30 Mei 2020 - 16:33
News ID: 1041672

Polis Israel menembak mati seorang rakyat Palestin di wilayah yang dirampas timur Baitulmaqdis kerana disangka memiliki pistol.