Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

28 Julai 2020

4:20:26 PTG
1058653

Seminar Ahlul Bait Dalam Ibadah Haji Cari Formula Selesaikan Masalah Dunia Islam

Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia telah menganjurkan seminar maya yang menyentuh tentang "Ahlul Bait Sebagai Fokus Haji Ibrahim."

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia telah menganjurkan seminar maya yang menyentuh tentang "Ahlul Bait Sebagai Fokus Haji Ibrahim."

Menurut laporan, para peserta seminar tersebut berjaya mengupas beberapa wacana termasuk pendekatan-pendekatan yang mungkin dalam menggunakan ibadah Haji di tahap optimum untuk memperkenalkan ilmu dan pemikiran maktab Ahlul Bait a.s kepada masyarakat dunia.

Selain daripada itu, seminar tersebut juga membentangkan cara untuk memastikan Haji "yang ideal" serta mampu menyelesaikan isu-isu dunia Islam dapat dijemalkan pada musim ibadah tersebut.

Para pemikir yang terlibat juga telah membahaskan peranan Ahlul Bait a.s dalam kemajuan ibadah Haji sepanjang sejarah Islam.

Seminar itu telah disertai oleh Setiausah Agung Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia, Ayatullah Reza Ramazani dan beberapa cendekiawan tempatan Iran serta antarabangsa.

Seminar tersebut berlangsung pada hari Selasa, 28 Julai 2020. -ABNA -