Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Sabtu

12 September 2020

2:56:14 PTG
1070046

Kebakaran Di Beirut Didakwa Sabotaj Antarabangsa

Presiden Lubnan, Michel Aoun mendakwa kebakaran besar di pelabuhan Beirut mungkin merupakan satu tindakan sabotaj antarabangsa

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Lubnan, Michel Aoun mendakwa kebakaran besar di pelabuhan Beirut mungkin merupakan satu tindakan sabotaj antarabangsa.

"Kebakaran yang berlaku hari ini (semalam) kemungkinan satu tindakan sabotaj antarabangsa hasil daripada kesilapan teknikal, kejahilan atau kelalaian.

"Dalam semua kes, punca (kebakaran itu) perlu diketahui dengan seberapa segera," menurut pejabat presiden itu semalam.

Semalam satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di pelabuhan Beirut iaitu tapak kejadian letupan besar yang berlaku pada Ogos lalu.

Ia berlaku di gudang tempat penyimpanan bantuan bekalan makanan sekali gus menjejaskan operasi kemanusiaan dan mencetuskan kemarahan penduduk yang sebelum ini mengalami kejutan akibat letupan besar di pelabuhan tersebut.

Pada 4 Ogos lalu, satu letupan ammonium nitrat yang kuat di pelabuhan Beirut menyebabkan sekurang-kurangnya 190 orang terbunuh, ribuan cedera dan sebahagian kawasan mengalami kemusnahan teruk. - Agensi