Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Sabtu

23 Januari 2021

2:33:48 PG
1108245

Bahaya peralat agama, dari dahulu hingga kini

Agama adalah instrument agama yang murah dan ampuh bagi kuasa politik mencapai misi jahatnya.

Mukadimah

Agama adalah terma Melayu yang diibaratkan himpunan makrifat, akidah, kepercayaan, peraturan dan perintah untuk membimbing dan mendidik insan, mencapai matlamatnya ke arah penyempurnaan dan kejayaan [1], serta mentadbir urusan-urusan sosial manusia. [2]

Agama, adalah tiang utama bagunan kehidupan material dan rohani anak adam yang memberikannya kegemilangan, pancaran cahaya keimanan dan keikhlasan dalam jiwanya. Ia juga membebaskan insan daripada belengu rantai tawanan kejahilan. Jikalau sejarah pengorbanan manusia disorot, atau perbuatan baik dan khidmat bakti kepada makhluk dapat dilihat, demikian juga keberanian dalam menghadapi kezaliman, maka ini semua berada dalam pancaran agama dan perhatian kepada Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. [3]

Bahaya agama

Setiap fenomena dan kejadian yang terjadi dalam bidang kemasyarakatan dan peranan positifnya boleh jadi ada bahayanya [4]. Setiap fenomena yang berperanan mewarnai urusan pembaikan sosial juga lebih banyak bahayanya.

Sekiranya agama tidak dilaksanakan sebagai prinsip dan asas yang betul, maka ia digunakan menurut persepsi rasa dan tujuan jahat. Tidak syak lagi, bahaya terbesar ialah kerosakan agama itu sendiri. Gandhi berkata, “Kejahatan paling kejam dan jenayah tidak berperi kemanusiaan yang telah dicatat oleh sejarah telah dilakukan dengan alasan agama atau motif mulia.” [5]

Oleh kerana agama mudah meresap, maka tertakluk kepada berbagai salah faham dan kadang-kadang bertentangan [6] dalam beberapa zaman yang mengalami perbezaan budaya dan sosial. Ia telah menjadi alasan untuk kebanyakan perang dan kekejaman dalam sejarah. Selain itu ia menjadi kewajaran warna kebencian dan pemusnahan besar ke atas stratifikasi sosial.[7]

Perang dengan agama dengan memperalatkan agama salah satu perang yang sentiasa bersama dengan pemerintah zalim dan penjajah. Di sepanjang sejarah, agama adalah senjata murah dan berkesan [8] untuk digunakan oleh pemerintah seperti itu.

Sorotan sejarah secara kasar, kita mendapati penggunaan alat agama terjadi dalam semua agama dengan taktik baru. Artikel ini, menjelaskan penggunaan instrumen agama Islam oleh Mu'awiyah dan agama Yahudi oleh Zionisme, yang menunjukkan kesinambungan arus ini di sepanjang sejarah, persamaan matlamat mereka dan kaedah-kaedahnya.

Agama Islam sebagai alat Mu’awiyah

Setelah pemergian Rasulullah, jalan pedoman hidayah telah menyimpang.  Orang yang tidak layak dengan kedudukan baginda telah mendakwa sebagai penggantinya dan menunggang masyarakat atas nama agama sehinggalah terjadi penyelewengan dalam ajaran-ajaran demi kepentingan peribadi.

Dalam kemelut ini, Mu’awiyah telah memberi sumbangan besar kesesatan dengan politik muslihatnya. Masyarakat Muslim pun menghadapi kesulitan-kesulitan. Jejak langkah buruk Mu’awiyah ini dapat dilihat ketika pemerintahan Umar al-Khattab sehinggalah ia dilantik oleh Uthman sebagai pemerintah Sham. Ia berlengah-lengah dalam mempertahankan darah Uthman namun setelah kematian Uthman, ia bangkit dengan menjulang baju berdarah Uthman sambil menyulut api perang Siffin menuntut balas. Apabila menghadapi kekalahan, maka ia menjulang pula al-Qur’an di atas tombak sehingga sebahagian tentera Ali (a.s) menjadi lemah. Mu’awiyah memperalatkan al-Qur’an sehingga dapat memperdaya tentera Imam Hasan (a.s), dan memegang tampuk pemerintahan umat. Selama 20 tahun Mu’awiyah mencipta banyak bid’ah. Di penghujung riwayat hidup, ia memungkiri perjanjian dengan Imam Hasan (a.s) dan melantik anaknya sebagai putera mahkota sekaligus membentang latar untuk tragedi Asyura.

Dalam artikel ini, beberapa penipuan dan penggunaan taktik atas nama agama oleh Mu'awiyah akan disebut, selanjutnya berkenaan taktik Zionisme bagi mencapai matlamat jahatnya dengan cara yang sama dan dengan menggunakan alat-alat agama Yahudi.

Peralat agama untuk kekhalifahan.

Mu’awiyah berlagak memakai pakaian khalifah Rasulullah (s.a.w) ketika menghadapi Ali (a.s) dengan menggunakan alasan membalas bela darah Uthman dan mempersiapkan bala tentera kaum Muslimin yang sudah dipengaruhinya. Bani Umayyah sebelum itu sudah menakluki harta Baitul Mal di zaman pemerintahan Uthman dan memiliki kekuatan sumber kekayaan dan kuasa. Namun mereka masih kekurangan kekuatan agama. Setelah pembunuhan Uthman, Mu’awiyah mengamuk secara luar biasa atas nama agama sehinggalah dapat mempersiapkan tentera untuk menghadapi Ali (a.s). Justeru itu, setelah dua unsur harta dan kuasa telah dicengkam, ia mendapat unsur ke-3 iaitu agama dan pengaruh pemikiran. [9]

Mu’awiyah tidak pernah pun beriman dengan Rasulullah (s.a.w). Namun ia mengambil kesempatan mempergunakan darjat kekhalifahan atas nama agama. Betapa ramainya manusia yang jahil di Sham, Hijaz dan Iraq telah terpedaya [10]. Kesemua mereka ini berkhidmat untuk melaksanakan misi jahat Mu’awiyah sebagaimana slogan yang dilaungkan olehnya:

Sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak memaksa kamu mendirikan solat, memberi zakat, mengerjakan haji melainkan menunggang kamu demi mencapai kekuasaan memerintah ke atas kamu.

Peralat simbol suci

Al-Qur’an dan hadis merupakan dua punca suci dalam Islam. Justeru itu Mu’awiyah berusaha menggunakannya demi meraih manfaat dirinya. Dalam peperangan Siffin, al-Qur’an dipacak di hujung tombak [11]. Di zaman pemerintahannya, ia mendorong beberapa individu untuk mereka cipta hadis. Abu Hurairah antara pereka hadis yang terkenal di mana ulama Ahlusunnah sendiri telah menulis beberapa kitab mengenainya. Hadis-hadis pelik telah direka dan dinisbah kepada Nabi (s.a.w).

Mu’awiyah berusaha memperdaya pemikiran umum demi menguatkan imej ugamanya dan menguatkan cengkaman politik. Dikeranakan demikian, ia memerintahkan alim ulama mencipta hadis fadilat dirinya dan kaum kerabatnya. Antaranya ialah sabda Nabi (s.a.w) berkenaan Mu’awiyah:

 

 الأمناء عند الله ثلاثة: جبريل، وأنا، ومعاوية ،

Orang terpercaya di sisi Allah ada tiga: Jibra’il, aku dan Mu’awiyah

Peralat ulama

Sekumpulan para sahabat Nabi (s.a.w) yang pernah bertemu dengan baginda, mempunyai imej rohani dan dihormati telah diperguna untuk berkhidmat di kalangan masyarakat demi kepentingan Mu’awiyah. Berapa banyak wang yang telah disogok dengan memulakan pemalsuan hadis. Mereka ini lah yang menjalankan kilang menerbitkan hadis palsu. [12]

Dari sinilah fobia terhadap Ali (a.s) tercetus. Sunnah Mu’awiyah mencerca Ali (a.s) telah membudaya dalam masyarakat. Ketika itulah sebilangan munafik daripada kalangan sahabat telah mengambil peluang keemasan. Antaranya ialah Amru bin As, Mughirah bin Syu’bah, Abu Hurairah, Samrah bin Jundab, Urwah bin Zubair dan lain-lain telah melakukan pendustaan terhadap Rasulullah (s.a.w). [13]

Peralat simbol-simbol agama.

Setelah kes pembunuhan Uthman, Mu’awiyah dengan kepintarannya menitiskan air mata, meratapi Utman kononnya bersetiakawan. Katanya, “Wahai manusia, Islam telah luput, khalifah Nabi telah dibunuh”. Demikian juga slogan ini dilaungkan:

وَ مَنْ قُتِلَ مَظْلوماً فَقَدْ جَعَلْنا لِوَلِيِّهِ سُلْطاناً فَلا يُسْرِفْ فِى الْقَتْلِ انَّهُ كانَ مَنْصوراً

Ia bertindak sebagai kerabat Uthman yang membalas bela darah Uthman. Para pembunuh Uthman dituduh berada di sekeliling Ali. Walau apa pun ia mentuntut darah Uthman, namun tindakan itu ke arah melemahkan Ali. [14]

Muawiyah memperdaya masyarakat dengan satu penampilah dan mereka berkhayal bahawa peperangan dilancar demi membalas dendam atas khalifah yang dizalimi. Ketika itu, tembelang Mu’awiyah belum tersingkap sebagaimana Yazid memerangi Husain (a.s) secara terang-terangan menunjukkan kemunafikannya. Betapa mundurnya umat selama 20 tahun dibasuh otak oleh Mu’awiyah sehingga masyarakat tidak membela Imam Husain (a.s) dalam tragedi Karbala. [15]

Dalam beberapa hal, Mu’awiyah amat bersabar sebagaimana kata-katanya, “Selagi rakyat tidak berdiri di antara kita dan kerajaan kita, kita tidak akan berdiri di antara mereka dan bahasa mereka (dan kita tidak akan zahirkan kritikan mereka). [16]

Menghidupkan rasisme bangsa Arab

Mu’awiyah turut menghidupkan ketaksuban dan sentiment perkauman bangsa Arab yang telah disingkirkan oleh Islam. Dia memerintahkan masyarakat supaya mengajar puisi zaman jahiliyah kepada anak-anak menurutnya warisan budaya Arab supaya mereka kembali ke zaman Jahiliyah. Perbuatan fanatik ini menyebabkan orang bukan Arab tidak berhak berada dalam saf pertama pemerintahan dan bermasyarakat walaupun mereka sudah lama berada hidup di tanah Arab. Segalanya bertujuan demi manfaat dirinya dan hakikatnya menyerang Islam.

Penyebaran idea determinisme

Demi mencapai cita-cita, Mu’awiyah mempromosikan akidah determinisme (حتمية/جبرگرايي). Dia menganggap pemerintahannya ke atas rakyat adalah kehendak Allah dan membuatkan orang ramai terpaksa tunduk patuh kepada kehendak Allah. Katanya, “Kekhalifahanku adalah salah satu daripada firman Allah…”. Mu’awiyah hakikatnya, pemerintah pertama berusaha memasukkan pemikiran ini ke dalam masyarakat Muslaim.

Agama Yahudi sebagai alat Zionis

Oleh kerana agama adalah senjata murah dan aumpuh untuk tujuan jahat dan menunggang rakyat, Zionisme juga salah satu contoh gerakan yang aktif dan amat jelas di atas muka bumi ini.

Gerakan Zionisme menjadikan agama sebagai sandaran asas dalam membentang jalan menegakkan kerajaan eksklusif Yahudi di Palestin. Justeru itu, gerakan ini mempergunakannya demi merealisasi matlamat Zionis bagi menyatupadukan berbagai puak Yahudi terutama sekali di Eropah Timur. Beberapa contoh adalah seperti berikut:

Pemilihan orang-orang Yahudi adalah alat di tangan Zionisme

Idea bahawa orang Yahudi adalah cahaya mata dan anak ciptaan Tuhan yang sempurna adalah landasan yang baik untuk penyalahgunaan Zionisme. Protokol 22 Zionisme menyatakan: Tuhan telah menetapkan bahawa kita harus memerintah dunia

Peralat instrumental nama-nama suci

Zion atau Sion adalah nama sebuah gunung yang terletak di bahagian barat daya kota Quds. Ketika memasuki negeri ini, Nabi Daud menetap di kawasan lerengnya dan meletakkan tabut perjanjian di sebuah khemah yang telah baginda bangunkan di sana. Baginda juga menakluki kubu Sion dan dinamakan sebagai kota Daud. Hari ini, makam Daud dan Sulaiman dan sekumpulan nabi Israel terletak di bukit Sion.

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, ketika gerakan Zionis menjadi nyata di dunia, para pemimpin gerakan tersebut memberikan nama Gunung Zion kepada parti mereka (Zionisme). Dengan itu nama gunung, yang merupakan tempat suci khas bagi orang Yahudi dan Kristian telah dipergunakan untuk tujuan-tujuan jahat mereka.

Peralat instrument Taurat

Di kalangan orang Yahudi dan Kristian, Taurat mempunyai kedudukan istimewa setelah kemusnahan bait suci (rumah ibadat), kajian menunjukkan ia menjadi pengganti pengorbanan itu dan menjadi salah satu dari tiga ibadah Yahudi.

Oleh kerana Taurat mempunyai kedudukan tinggi, Zionisme telah menggunakan kitab ini sebagai alat untuk mengiringi Yahudi dan Kristian dengan pemikiran atau kepercayaan jahat mereka, atau untuk menutup mulut mereka. Yang paling penting adalah mengucar kacir formula Taurat mengenai wahyu yang dijanjikan dan pulannya kaum Yahudi ke tanah yang dijanjikan. Sebenarnya, formula tradisional Yahudi berdasarkan pengasingan, penantian, kemunculan Kristus, dan pulang ke Tanah Perjanjian masing-masing, sementara Zionis adalah instrumen agama yang mengganggu perintah itu serta menafsirkan perintah-perintah Taurat sedemikian rupa. Cara untuk memberi peluang kepulangan hendaklah dengan persediaan untuk kebangkitan Kristus. Justeru itu mereka adalah: Pengasingan, kembali ke Tanah Perjanjian untuk mempersiapkan kedatangan Kristus, menunggu kedatangan Kristus.

Penggunaan instrument ulama Yahudi

Dalam agama Yahudi, peranan sarjana dan mubaligh agama sangat berwarna, jadi semua idea Zionis harus melalui landasan intelektual para mubaligh agama agar dapat diterima oleh orang ramai. Tidak diragukan lagi, para ulama memainkan peranan yang tiada tolok banding dalam menganalisa agama untuk tujuan jahat para penguasa mereka. "Para rabbi kita akan segera memusatkan usaha mereka untuk melayani pemikiran kita dan memantapkannya dalam benak orang Yahudi melalui khutbah dan bimbingan," kata Herzl dalam The Jewish Government.

Penggunaan slogan agama secara instrumental

Zionisme menggunakan serangkaian slogan yang sengaja berakar pada agama dan fitrah penduduk dunia untuk mencegah pemberontakan dan tunjuk perasaan oleh penghuni muka bumi terutama rakyat Palestin.

Ketika orang-orang Yahudi dahulunya minoriti kecil di Palestin, gerakan Zionis di seluruh dunia melaungkan slogan dua etnik, tidak dominasi satu bangsa ke atas bangsa lain, dan kesamarataan untuk mendapatkan pendapat umum. Tetapi ketika jumlah nomad Yahudi meningkat, gerakan itu mengubah slogan-slogan mereka, dengan menyatakan bahawa orang-orang Yahudi adalah satu-satunya kumpulan yang boleh dianggap sebagai kumpulan etnik Palestin dan semua hak sejarah di tanah Israel adalah milik mereka, tidak ada bangsa atau etnik kumpulan itu adalah milik mereka. Tiada orang lain yang menganggapnya sebagai tanah, melainkan itu adalah ibu pertiwi mereka.

Kesimpulan:

 Agama adalah tonggak yang paling stabil dari kehidupan material dan spiritual seseorang dan keamanan mental, yang memberinya martabat dan kehormatan, menyinari cahaya iman dan keikhlasan pada jiwanya, dan membebaskannya dari rantaian kejahilan yang tidak rasional.

 [1]. بهنام ، امير ، اديان و آيين ها ، ص 12

[2]  .جوادي آملي ، عبد الله ، شريعت در آيينه معرفت ، ص 111

[3] .مطهرى ، مرتضي ، مجموعه آثاراستاد ، ، ج 22، ص78

[4] .اينگونه نيست كه لزوما هر پديده اي بايد كاركرد منفي هم داشته باشد

[5] .رودريگيس ، هيلاري ، درسنامه دين شناسي ، سيد لطف الله جلالي ، ص 277

[6] .ر.ك به دين و قرائت پذيري ، رستميان ، محمد علي ، ص 17

[7]. فونتانا ، ديويد ، روانشناسي دين و معنويت ، مترجم ساوار ، ص 20

[8]. رودريگيس ، هيلاري ، درسنامه دين شناسي ، سيد لطف الله جلالي ، ص278 ، سنكاي جوان : دين را ... حاكمان سودمند مي دانند

[9]. جمعى از نويسندگان ، زمينه هاى قيام امام حسين، ج 1، ص 229

 

 [10]

اني و الله ما قاتلتكم لتصلوا و لا لتصلوموا، و لا لتحجوا و لا لتزكوا؛ انكم لتفعلون ذلك، ولكني

 

همان ، ج 2، ص 115

[11]. طباطبايى، محمد حسين ، شيعه، ترجمه خسروشاهى ، ص 291

[12] .مجموعه آثاراستادشهيدمطهرى، ج 25، ص: 292

[13]. الشاوي، على ، با كاروان حسينى، ج 1، ص 101

[14]. مجموعه آثاراستادشهيدمطهرى، ج 25، ص: 292

[15]. همان ، ج 17، ص: 493

[16] .جمعى از نويسندگان ، زمينه هاى قيام امام حسين، ج 2، ص115