AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : ABNA24.com
Isnin

1 Februari 2021

6:07:59 PTG
1111417

18 warga Bahrain dipenjara seumur hidup atas tuduhan membentuk kumpulan "Penuntut darah Soleimani"

Beberapa orang rakyat Bahrain dijatuhi hukuman penjara atas tuduhan membentuk kumpulan pembalas bela Jeneral Qassem Soleimani. Di kalangan mereka ada yang dipenjarakan seumur hidup.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mahkamah jenayah Bahrain menjatuhkan hukuman penjara ke atas 18 warga Bahrain, termasuk penjara seumur hidup atas tuduhan membantuk kumpulan membalas dendam atas kematian "Qassem Soleimani" semalam, Ahad, 31 Januari 2021.

 

Menurut mahkamah jenayah Bahrain, tujuan pembentukan kumpulan "Qassem Soleimani" adalah untuk melakukan operasi ganas di Bahrain demi membalas dendam atas pembunuhan Soleimani dan Abu Mahdi al-Mohandes.

 

Di antara defendan dalam kes tersebut adalah seorang ulama dan beberapa anak, termasuk Ali Nasser, cucu Ayatollah Sheikh Issa Qasim, pemimpin Gerakan Islam Bahrain.

 

Rejim Al Khalifa mendakwa bahawa para pemuda dan remaja ini disokong dan dilatih oleh Pengawal Revolusi Iraq serta Hizbullah, berhasrat ingin melakukan operasi dan program pengganas terhadap pasukan Amerika, persidangan antarabangsa, saluran minyak, dan tokoh keselamatan Bahrain.

 

Namun, menurut Al-Wefaq Society of Bahrain, orang-orang ini telah ditangkap sekurang-kurangnya seminggu sebelum pembunuhan Qassem Soleimani!

 

Mahkamah jenayah Bahrain menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 8 orang Syiah Bahrain, manakala 2 lagi penjara sehingga 15 tahun, 2 orang penjara 10 tahun, seorang penjara sehingga 7 tahun dan 5 yang lain 5 tahun penjara.