AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : ABNA24.com
Ahad

14 Februari 2021

4:27:17 PTG
1115406

Ayatollah Issa Qassem;

Revolusi popular Bahrain akan berterusan hingga kemenangan

Ayatollah Sheikh Isa Qassem bertegas, revolusi Bahrain akan berlanjutan sehingga mencapai kemenangan

Ayatollah Sheikh Isa Qassem bertegas, revolusi Bahrain akan berlanjutan sehingga mencapai kemenangan

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Ayatollah Sheikh Isa Qassem, berkata bahawa gerakan popular Bahrain akan berterusan hingga mencapai kemenangan.

Beliau berkata demikian pada hari Sabtu lalu, bertepatan ulangtahun ke-sepuluh tercetusnya revolusi Bahrain.

Dalam ucapan penuh bersemangat itu, Ayatollah Issa Qassem berkata, “Tiada kekerasan melampau, atau kekuatan yang diimport, atau kaedah penyeksaan dapat menutup suara rakyat dan menghapuskan pembangkang.”

Tambah beliau lagi, “Satu dekad telah berlalu, kebangkitan dan protes Bahrain tetap muktamad dalam pendiriannya, yang merupakan reformasi utuh, menegaskan kedudukan pembangkang Bahrain adalah berkesinambungan hingga mencapai kemenangan. Ini menegaskan, bahawa pembangkang ingin mencapai matlamat demi kepentingan negara dan rakyat tanpa diskriminasi, ini menjelaskan bahawa rejim seharusnya melayani rakyatnya dengan ikhlas dan setia.”

Beliau mengisyaratkan bahawa rejim Al Khalifa menguasai kaedah penindasan yang digunakannya terhadap rakyat.

Menurut beliau, pembebasan tahanan dari penjara adalah tuntutan besar dan mendasar, tetapi itu tidak mewakili tujuan gerakan itu dilancarkan. Sebaliknya, tujuan gerakan popular itu adalah untuk menyelamatkan warga negara dari musibah yang mereka alami, dan sesiapa yang bergerak di jalan menuju gerakan tidak boleh berundur dan mencatat kegagalan.”

Selain itu, kerajaan tidak harus menganiaya mana-mana mazhab. Beliau berkata, “Kami menginginkan perlembagaan yang memberi hak kepada rakyat untuk bersuara dalam isu pemerintahan. Perlembagaan tidak akan muncul dengan menerima kekuasaan "Israel " atau musuh apa pun demi membela nasib rakyat.”

Dalam aspek lain dari pidatonya, Ayatollah Qassem mengulas tentang Iran yang berdiri dengan bangga di hadapan semua tekanan pentadbiran AS sebelum ini dan pelanggaran perjanjian nuklearnya, dengan mengatakan, “Sekiranya Amerika kembali ke perjanjian nuclear, mencabut sekatan ke atas Iran, berhenti berperang di Yaman, dan rakyatnya diberi pampasan, maka kemenangan serantau dan rakyatnya akan terjadi.

..................

177