Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Rabu

24 Februari 2021

10:52:29 PTG
1118642

Iran umum drone tempur pertama di dunia dengan jangkauan 3000 km + (foto)

Brigadier Jeneral Aziz Naseer Zadeh berkata semasa pemeriksaan tahap akhir projek penghasilan pesawat tanpa awak "Violin 22", “Drone ini dilengkapi dengan peralatan perang, optic, elektronik dan direka berdasarkan keperluan operasi Tentera Udara, dan sekarang berada pada peringkat akhir pengeluaran.”

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Komandan tentera udara Iran, Brigadier Jeneral, kapten Aziz Naseer Zadeh, mengumumkan bahawa "Violin 22" adalah drone tempur pertama di dunia dengan badan lebar dan menjangkaui jarak 3000 km.

Brigadier Jeneral Aziz Naseer Zadeh berkata demikian semasa pemeriksaan tahap akhir projek untuk menghasilkan pesawat "Violin 22". “Drone ini dilengkapi dengan peralatan perang, optic, elektronik dan direka berdasarkan keperluan operasi Tentera Udara, dan sekarang berada pada peringkat akhir pengeluaran,” tambah beliau.

“Pesawat "Violin 22" adalah drone tempur pertama dengan badan lebar di negara ini dan mampu membawa semua jenis peralatan dengan jangka waktu penerbangan yang sangat lama, lebih dari 24 jam dan menempuhi jarak hingga 3000 kilometer, ia memiliki kemampuan untuk mengenal pasti, memantau, mengumpulkan maklumat dan menangkap imej sasaran yang jauh. Ini akan menambah kemampuan tempur tinggi untuk Angkatan Udara dengan melengkapkannya dengan pelbagai peluru pintar,” jelas beliau.

Katanya lagi, “hari ini kita telah mencapai kematangan penuh dalam menghasilkan pelbagai jenis drone, termasuk pesawat tempur, pengintipan dan peperangan elektronik dengan tugas yang berbeza, kita telah memperoleh teknologi yang membolehkan kita menghasilkan pelbagai jenis drone. Berdasarkan keperluan Angkatan Udara, dan di masa depan ada lagi jenis drone lain dalam agenda.”

..................

177