Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jurucakap Tentera Yaman, Brigadier Jeneral Yahya Saree, mengumumkan pada hari Sabtu, pihaknya telah menyerang sebuah tapak ketenteraan Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Asir.
Brigadier Jeneral Saree berkata dalam pernyataan singkat, "Sekali lagi, Angkatan Udara menyasarkan lokasi ketenteraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Abha pagi ini dengan pesawat Qasef 2k." Sambil mengucapkan kesyukuran, beliau menegaskan serangan itu tepat.
Jurucakap angkatan tentera Yaman ini mengulangi bahawa "Penyasaran ini berada dalam kerangka tindak balas yang sah dan hak semula jadi terhadap meningkatnya pencerobohan dan pengepungan yang berterusan di negara kami."
Pada hari Jumaat, pihak tentera melakukan Operasi Enam Sha’ban, yang menyasarkan syarikat minyak Aramco di Riyadh dengan 6 drone.
Yahya Saree turut mengesahkan bahawa operasi itu mencapai sasarannya dengan ketepatan yang tinggi, dengan amaran bahawa operasi dari Yaman akan berterusan dan meningkat selagi pencerobohan dan pengepungan masih berterusan.
Brigadier Jenderal Saree memperbaharui seruan agar semua perusahaan dan warga asing menjauhkan diri dari sasaran ketenteraan yang penting, kerana mereka telah menjadi sasaran yang sah bagi tentera Yaman.
Operasi tentera Yaman meningkat di dalam wilayah Arab Saudi, dengan menyasarkan peluru berpandu balistik dan kawasan tentera, sebagai sebahagian daripada hak tindak balas semula jadi yang sah terhadap pencerobohan dan sekatan Saudi-Amerika terhadap rakyat Yaman.
Tentera Yaman telah melakukan serangan pada 7 Mac ini atas nama Operasi Imbangan Keenam, yang mensasarkan peluru berpandu balistik dan drone di dalam Arab Saudi dengan 14 drone dan 8 peluru berpandu balistik.
……………….
177