Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Khamis

1 April 2021

5:26:01 PTG
1128058

Ayatollah Sobhani;

Jangan biarkan tanah Azerbaijan jadi pusat Wahhabisme

Ayatollah Jaafar Sobhani mengingatkan tentang bahaya gerakan Wahhabisme yang telah menanam modal di bumi Azerbaijan

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Jafar Sobhani yang merupakan marja’ taqlid tersohor Syiah mengeluarkan pernyataan penting yang dibaca dalam persidangan antarabangsa "Wacana Qarabagh" yang diadakan hari ini, Isnin, 1 Mac 2010 di Qom anjuran Pusat Pengurusan Hawzah.

Teks pesan beliau adalah seperti berikut:

dengan nama Tuhan

Dalam abad-abad kebelakangan ini, telah menyaksikan pelbagai perkara yang menyebabkan perpecahan tanah air negara-negara Islam dan sebahagiannya berakhir dengan penjajahan oleh negara-negara bukan Islam.

Tanah Azerbaijan selalu menjadi pusat asuhan Syiah dan memelihara para ulama besar.

Sejak hari-hari bermulanya sempadan bekas Kesatuan Soviet dibuka kepada Iran, Republik Islam selalu berdiri di sisi rakyat Azerbaijan dan menyokong interaksi budaya, ilmiah dan agama antara kedua negara.

Sekarang Republik Azerbaijan telah memperoleh kedaulatan atas wilayah-wilayah yang dijajah, saya ingin mengingatkan mengenai perkara-perkara berikut:

Tanah Nagorno-Karabakh telah lama menjadi milik wilayah Azerbaijan dan pendudukannya tidak sah, wilayah yang diduduki harus dikembalikan ke negara-negara Islam dan pihak-pihak berkenaan harus terikat dengan perjanjian antarabangsa.

Hati-hati agar kawasan ini tidak menjadi pusat fahaman Wahabi, kumpulan pengganas dan takfiri. Saya mendapat tahu, bahawa Wahabi telah melabur di kawasan sensitif ini selama bertahun-tahun.

Musuh-musuh Islam haloba terhadap agama dan kemerdekaan negara ini. Syiah di rantau ini mempunyai sejarah yang panjang dan menjadi perhatian musuh-musuh Islam, justeru itu berhati-hatilah dengan konspirasi dan kerosakan mereka.

Di kawasan yang dibebaskan, perlakukan lah warga Armenia dengan akhlak Islam, sehingga mereka tidak dianiaya oleh anda. Lakukan keadilan kepada mereka secara lebih dekat dengan ketakwaan, dan bertakwalah kepada Tuhan, kerana Tuhan Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan (al-Maidah ayat 8).

Pada akhirnya, saya memohon keampunan dan rahmat terhadap semua orang di tanah dan air ini, terutama bagi pelajar Azerbaijan, yang beberapa orang di antaranya juga telah meraih kesyahidan, semoga di angkat darjat mereka.

 

Qom - Jafar Sobhani

13 Rajab 1443

-------------------

177