Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Khamis

13 Mei 2021

11:24:49 PTG
1140605

Perpisahan dengan bulan yang penuh cahaya, rahmat dan pengampunan adalah sangat sukar

Perpisahan dengan bulan Ramadhan bermakna perpisahan dengan bulan-bulan yang terbaik dan terhebat. Ayatollah Ramezani berkata, "Perpisahan dengan bulan Ramadan yang diberkati bagi mereka yang mengetahui statusnya, adalah sangat sukar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Reza Ramezani al-Jilani berucap mengenai program-program Ramadan dengan tajuk "Menuju ke Langit" yang disiarkan melalui Internet. Beliau berkata, "Bagi mereka yang mengetahui statusnya dengan baik, perpisahan dengan bulan Ramadhan yang diberkati adalah sangat sukar."

Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) menambah, "Sekiranya seseorang memahami dengan baik tentang realiti bulan Ramadhan yang diberkati, maka dia berharap sepanjang tahun itu adalah bulan Ramadhan."

Sambil meruuk kepada doa ke-45 kitab Sahifah al-Sajjadiya, yang berkaitan dengan perpisahan bulan Ramadhan, beliau berkata, "Perpisahan dengan bulan Ramadhan adalah perpisahan dengan bulan-bulan yang terbaik dan terheba sebagaimana Tuhan Yang Maha Kuasa telah menilai seluruh detik manusia di bulan yang penuh keberkatan ini.

Ayatollah Ramadani menegaskan, "Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan adalah bulan terbaik untuk perhambaan dan pertumbuhan semangat seseorang."

Beliau selaku wakil rakyat wilayah Gilan dalam Majlis Ahli Kepemimpinan di Iran memberi penjelasan bahawa Tuhan menyeru manusia dalam bulan Ramadhan supaya mengamalkan sikap beramah mesra yang penuh dengan berkat, rahmat dan pengampunan. Kata beliau lagi, "Pada bulan ini, insan mengecapi kehormatan dan keramahan ilahi, sambil dihiburkan dengan rahmat ilahi.

Beliau mengisyaratkan bulan Ramadhan untuk hamba Allah yang khusus dan orang-orang yang beriman, bahawa semuanya adalah cahaya, rahmat dan pengampunan. Jelas beliau lagi, "Seseorang itu hendaklah mengucapkan selamat tinggal pada bulan ini pada akhir bulan dengan makrifat."

Mengenai waktu sahur di bulan Ramadhan, beluiau berkata ia adalah waktu terbaik untuk mendekati Tuhan Yang Maha Esa. Tambah beliau lagi, "Kita mesti berdoa kepada Tuhan dengan hati yang patah ketika perpisahan di bulan ini agar dosa-dosa kita diampunkan. Tuhan berfirman, Barang siapa yang menjaga kesucian bulan ini, maka aku memelihara kesuciannya sepanjang hidup dan umurnya."

Ayatollah Ramadani mengesahkan bahawa banyak orang berkemampuan di bulan ini untuk mendekati perhambaan kepada Tuhan Yang Maha Esa, dan menambahkan, "Kita memohon Tuhan untuk membantu kita mendapatkan manfaat dari keberkatan di bulan ini sehingga kita dapat menikmati kebahagiaan."

Wakil rakyat wilayah Gilan dalam Majelis Ahli Kepemimpinan di Iran ini menyatakan, berapa ramai daripada kalangan kita memandang bulan Ramadhan yang diberkati dengan pandangan yang dangkal, dan tidak dapat melihatnya dengan betul. Beliau berkata, "Siapa pun di kalangan ahli berpuasa, nescaya ia betul-betul menikmati hari-hari dalam bulan Ramadhan.

Tambah beliau lagi, kita harus meminta kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk mengurniakan kejayaan dalam mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ramadhan sebagaimana semestinya, dan beliau melanjutkan, "Pada akhir bulan yang penuh keberkatan ini, kita harus berdoa kepada Tuhan agar memberikan kita kejayaan untuk mewujudkan bulan Ramadhan yang akan datang."