Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : www.bharian.com
Isnin

23 Mei 2022

5:15:50 PTG
1260218

4 maut, 80 terperangkap dalam bangunan runtuh

TEHRAN: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan kira-kira 80 terperangkap di bawah runtuhan apabila sebuah bangunan yang belum siap runtuh di barat daya Iran, kata pegawai.

"Bahagian bangunan Metropol 10 tingkat, yang terletak di Abadan, ibu kota wilayah Khuzestan, runtuh," kata televisyen kerajaan, sambil menyatakan bahawa premis itu masih dalam pembinaan.

"Jumlah korban awal mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya "empat orang telah kehilangan nyawa mereka dan 21 yang lain telah cedera," Mojtaba Khaledi, jurucakap perkhidmatan penyelamat negara, dipetik sebagai berkata.

Sekurang-kurangnya 80 orang terperangkap di bawah runtuhan dan anjing penyelamat dikerahkan untuk membantu mengesan mereka, menurut cawangan wilayah Bulan Sabit Merah.