Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : www.bharian.com
Isnin

30 Mei 2022

4:46:11 PTG
1262353

PBB gesa rakyat Palestin, Israel elak keganasan perarakan bendera

ANKARA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyeru rakyat Palestin dan Israel supaya mengawal diri dan mengelak keganasan di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat berhubung perarakan bendera oleh peneroka Israel di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

"Saya amat bimbang dengan peningkatan keganasan yang telah meragut terlalu banyak nyawa rakyat Palestin dan Israel dalam beberapa minggu kebelakangan ini," Agensi Anadolu (AA) memetik Koordinator Khas PBB untuk Keamanan di Asia Barat, Tor Wennesland sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Wennesland menggesa semua pihak "untuk mengekang maksimum dan membuat keputusan yang bijak untuk mengelakkan konflik ganas yang lain."

Seruan untuk menahan diri hadir ketika beribu-ribu peneroka Israel mengadakan perarakan bendera untuk menandakan hari penyatuan Baitulmaqdis, mengenai pendudukan Israel di bandar itu pada 1967.