Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Sabtu

26 November 2022

8:10:09 PTG
1326510

Iran perkukuh keselamatan sempadan elak 'penyusupan' kumpulan pembangkang

BAGHDAD: Iran menghantar lebih ramai anggota unit pasukan khas untuk mengukuhkan kawalan sempadan utaranya yang bersempadan dengan Iraq bagi mengelakkan kumpulan pembangkang Kurdish menyeludup ke negara iu, lapor media negara itu, hari ini.

Agensi berita rasmi IRNA melaporkan, komander pasukan darat separa tentera Pengawal Revolusi, Jeneral Mohammad Pakpour, berkata 'unit berperisai dan pasukan khas' sudah dikerahkan ke wilayah barat dan barat laut untuk meningkatkan keselamatan sedia ada sempadan.

Penempatan unit itu bertujuan menghalang penyusupan dan penyeludupan senjata di utara oleh kumpulan pembangkang Kurdish yang dibuang negeri di Iraq yang didakwa Tehran mendalangi bantahan antikerajaan di seluruh negara.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan kumpulan Kurdish dan sehingga kini Iran tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokongnya.Iran mempunyai beberapa pangkalan tentera berdekatan sempadan Iraq dan tentera ditempatkan secara bergilir-gilir sejak berdekad lalu.

Pergerakan tentera itu juga berlaku selepas Iraq mengeluarkan arahan untuk meningkatkan keselamatan di sepanjang sempadannya untuk mengelakkan pengeboman yang seterusnya oleh Iran, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap tentera Iraq, Mejar Jeneral Yahya Rasool.Kumpulan pembangkang Kurdish mempunyai pangkalan di wilayah utara Iraq yang dikendalikan oleh Kurdish.

Awal minggu ini, pegawai Iran yang dipetik media negeri mengatakan, pihaknya tidak mempunyai rancangan menjalankan operasi ketenteraan darat untuk menumpaskan kumpulan pembangkang dari pangkalannya, walaupun dilaporkan mengancam untuk berbuat demikian semasa lawatan Brigadier Jeneral tertingginya, Esmail Ghaani.Esmail Ghaani ke Baghdad minggu lalu.

Protes melanda seluruh Iran berikutan kematian seorang wanita muda, Mahsa Amini, 22 dalam tahanan polis pada September lalu kerana melanggar peraturan ketat kod etika berpakaian negara itu untuk Muslim dengan berpakaian ketat.

Tunjuk perasaan jalanan menjadi satu cabaran terbesar kepada teokrasi Iran sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas Revolusi Islam 1979.

Mahsa meninggal dunia pada 16 September lalu, tiga hari selepas penahanannya oleh polis moral Iran. Kerajaan Iran menegaskan Amini tidak dianiaya dalam tahanan polis, tetapi keluarganya mengatakan badannya menunjukkan lebam dan tanda-tanda lain dipukul selepas dia ditahan. 

342/