Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Ahad

18 Disember 2022

8:00:12 PTG
1331965

7 polis Iraq terbunuh dalam serangan

KIRKUK: Sekurang-kurangnya tujuh anggota polis persekutuan Iraq terbunuh semalam dalam serangan berhampiran Kirkuk di utara negara itu, di mana saki-baki militan Daesh masih aktif, menurut polis dan sumber kerajaan.

Pegawai yang enggan nama disiarkan berkata, letupan bom pada mulanya menyasarkan sebuah trak pengangkut diikuti dengan serangan kecil berhampiran perkampungan Chalal al-Matar.

Sehingga kini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

"Seorang penyerang terbunuh dan kami sedang mencari yang lain," kata pegawai itu, sambil menambah dua anggota polis turut cedera dalam serangan itu.Di Baghdad, seorang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri mengesahkan serangan itu, berkata tujuh polis, termasuk seorang pegawai, terbunuh.

Kumpulan Daesh merampas sebahagian besar wilayah Iraq dan Syria dari 2014, mengisytiharkan sebagai 'khalifah' di mana mereka memerintah dengan kejam sebelum kekalahan pada akhir 2017 oleh tentera Iraq yang disokong oleh gabungan tentera yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Kumpulan itu kehilangan benteng terakhir, Syria, berhampiran sempadan Iraq, pada 2019.

Gabungan anti-Daesh yang diketuai AS meneruskan peranan di Iraq sehingga Disember tahun lalu, tetapi kira-kira 2,500 tentera AS masih kekal sebagai jurulatih.

Ini kerana masih terdapat saki baki kumpulan Daesh yang kekal aktif di Iraq.

342/