Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : https://www.bharian.com.my/
Rabu

8 Februari 2023

7:52:02 PTG
1344858

Jumlah kematian gempa bumi Turkiye, Syria meningkat melebihi 11,200

ISTANBUL: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria meningkat melebihi 11,200 hari ini ketika penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa terselamat yang terperangkap di bawah runtuhan dalam musim sejuk.

Pegawai dan petugas perubatan berkata, 8,574 orang maut di Turkiye dan 2,662 di Syria akibat gempa bumi 7.8 magnitud kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan 11,236.

Hampir 50,000 orang turut cedera di Turkiye dan 5,000 lagi di Syria, kata pegawai dan penyelamat di kedua-dua pihak.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi maklumat terkini mengenai angka korban semasa lawatan ke Kahramanmaras, sebuah bandar di selatan Turkiye di pusat gempa awal.Imej televisyen menunjukkan beliau memeluk seorang wanita tua yang menangis dan berjalan melalui orang ramai menuju ke khemah bantuan kemanusiaan Bulan Sabit Merah.

Menghadapi pemilihan semula yang sukar pada 14 Mei, Erdogan berjanji untuk membina semula kawasan yang rosak dalam tempoh setahun.

Beliau juga kelihatan menolak kritikan bahawa tindak balas kerajaan terhadap bencana terburuk Turkiye dalam beberapa dekad adalah perlahan.

"Pada mulanya terdapat isu di lapangan terbang dan di jalan raya, tetapi hari ini keadaan semakin mudah dan esok ia akan menjadi lebih mudah," katanya dalam kenyataan di televisyen.

"Kami telah menggerakkan semua sumber kami," tambahnya.

"Negeri menjalankan tugasnya." - AFP


342/