Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Parstoday
Ahad

26 Februari 2023

5:21:50 PTG
1349267

5 terbunuh dalam pengeboman di barat daya Pakistan

QUETTA: Sekurang-kurangnya lima mangsa terbunuh dan 16 lagi cedera dalam letupan di bazar yang sesak dengan orang ramai di barat daya Pakistan.

Pengeboman itu berlaku ketika keganasan semakin meningkat di negara Asia Selatan berkenaan.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan di Barkhan, kira-kira 600 kilometer (km) ke timur laut Quetta, yang juga ibu kota wilayah berkenaan.

Menurut ketua polis tempatan, Sajjad Afzal, bom itu diikat pada motosikal dan diletupkan dengan alat kawalan jauh.Selain meragut nyawa, pengeboman itu turut menyebabkan beberapa kedai di pasar berkenaan rosak teruk. Pasukan penyelamat membawa mangsa yang cedera ke hospital. Baluchistan sudah lama bergelut dengan pemberontakan oleh Tentera Pembebasan Baluchistan dan kumpulan pemisah kecil lain yang menuntut kemerdekaan daripada kerajaan pusat di Islamabad. Pihak berkuasa mendakwa berjaya meredakan pemberontakan, namun keganasan masih berterusan. Wilayah bergolak itu menyaksikan serangan oleh Taliban Pakistan dan kumpulan Daesh. Ketua menteri Baluchistan, Abdul Qudoos Bizenjo, mengutuk pengeboman itu dan menyifatkannya sebagai serangan pengganas. "Pengganas cuba mewujudkan kekecohan melalui serangan sedemikian untuk mencapai matlamat jahat mereka, tetapi kita tidak akan membenarkan elemen subversif ini berjaya," katanya tanpa menyalahkan sesiapa secara khusus. 

342/