Serangan itu berlaku dua hari selepas seorang bapa dan anak lelaki warga Israel mati ditembak, di tempat mencuci kereta dekat bandar Huwara di Tebing Barat, di mana keganasan sedang meluap di wilayah terbabit.
Perkhidmatan kecemasan Magen David Adom, dalam satu kenyataan mengesahkan seorang wanita maut selepas terkena tembakan dan seorang lelaki yang melancong bersamanya dalam keadaan serius.
Tentera yang mengesahkan kematian wanita berusia 40 tahun itu berkata, dua orang awam itu diserang ketika mereka sedang memandu.
342/