Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Isnin

6 November 2023

5:23:29 PTG
1409258

18 agensi PBB gesa gencatan senjata Gaza

NEW YORK: Semua ketua agensi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyatakan kemarahan terhadap jumlah kematian orang awam di Gaza.

xMenerusi kenyataan bersama itu, sesuatu yang jarang berlaku, mereka menggesa supaya gencatan senjata kemanusiaan disegerakan dalam perang antara Israel dan Hamas. "Selama hampir sebulan, dunia memerhatikan kemelut di Israel dan Wilayah Palestin yang diduduki, menyaksikan jumlah nyawa terkorban pada kadar yang sangat mengerikan," kata ketua PBB, Antonio Guterres. Ketua 18 agensi termasuk Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Program Makanan Sedunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan jumlah korban yang mengerikan di pihak Palestin dan Israel sejak perang bermula 7 Oktober lalu.Lantaran itu, Israel bertindak balas dengan serangan udara dan artileri tanpa henti yang membunuh sekurang-kurangnya 9,770 orang yang juga kebanyakan orang awam, kata Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza. Sementara itu, di Gaza, kenyataan PBB itu memaklumkan, seluruh penduduk dikepung dan diserang dengan mereka dinafikan akses kepada keperluan untuk hidup, selain tempat tinggal, perlindungan dan hospital, malah tempat ibadat turut dibom.


342/