Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Sabtu

11 November 2023

7:19:36 PTG
1410712

Presiden Iran Raisi gesa tindakan di Gaza, bukan kata-kata

DUBAI: Presiden Iran, Ebrahim Raisi hari ini menegaskan sudah tiba masa melakukan tindakan berhubung konflik di Gaza berbanding hanya meluahkan pendapat.

Beliau kini sedang perjalanan ke Arab Saudi bagi menghadiri sidang kemuncak perang antara Israel dan pejuang Hamas. "Gaza bukan pentas untuk berkata-kata. Ia sepatutnya menjadi platform untuk bertindak," katanya ketika berada di lapangan terbang Tehran sebelum berlepas ke sidang kemuncak negara Arab dan Islam di ibu negara Arab Saudi, Riyadh. Katanya lagi, pada masa sekarang, perpaduan negara-negara Islam sangat penting.Ia adalah lawatan pertama ke Arab Saudi oleh ketua negara Iran sejak Tehran dan Riyadh menamatkan permusuhan bertahun-tahun di bawah perjanjian yang diuruskan oleh China pada Mac lalu. "Persidangan itu nanti akan menghantar mesej yang kuat kepada Sidang kemuncak itu akan menghantar mesej yang kuat kepada pihak yang mendesak perang di rantau ini dan mengakibatkan pemberhentian jenayah perang di Palestin," kata Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, yang mengiringi Raisi, dipetik sebagai berkata oleh laman web kerajaan Padolat. Dalam pada itu, Raisi turut mengulas mengenai Amerika yang mengatakan pihaknya tidak mahu peluasan perang dan menghantar mesej kepada Iran dan beberapa negara lain untuk supaya tidak bertindak ke arah itu. "Tetapi kenyataan ini tidak konsisten dengan tindakan Amerika," katanya dalam komen yang disiarkan di lapangan terbang Tehran. Katanya, jentera perang di Gaza berada dalam tangan Amerika, yang menghalang gencatan senjata di Gaza dan meluaskan peperangan. "Dunia mesti melihat wajah sebenar Amerika," katanya. 


342/