Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian
Jumaat

17 November 2023

8:08:25 PTG
1412541

AFP di bawah tekanan politik, dianggap tidak pro-Israel

ANKARA: AFP dikritik Senat Perancis kerana dasar editorial media itu terhadap serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza, menurut laporan media.

Ketua Pegawai Eksekutif agensi berita Perancis itu, Fabrice Fries memberi keterangan pada Selasa di Senat mengenai dasar editorial AFP yang dianggap tidak pro-Israel.

Beliau menolak kritikan AFP bersikap berat sebelah, menurut akhbar Le Parisien.

Fries juga menyokong dasar editorial agensi itu untuk tidak menggunakan perkataan "pengganas" sebagai kata sifat kecuali dalam petikan.Beliau menyatakan ia adalah dasar berusia 20 tahun dan menjelaskan bahawa ia terpakai kepada "semua pergerakan, tanpa pengecualian." Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web AFP mengenai artikel yang ditulisnya pada 12 November untuk Le Monde, Fries menyelar pengkritik yang mengemukakan idea lama bahawa "AFP sebenarnya bermaksud Agence France-Palestine." Senator dan Ahli Parlimen sayap kanan sering mengkritik AFP mengenai liputannya sejak 7 Oktober lalu. Sejak tarikh itu, sekurang-kurangnya 11,500 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak, dan lebih 29,200 lagi cedera, menurut angka terkini pihak berkuasa Palestin. Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja, juga telah rosak atau musnah dalam serangan udara dan darat yang tidak henti-henti Israel ke atas kawasan yang dikepung itu. Angka kematian Israel, sementara itu, adalah sekitar 1,200, menurut angka rasmi. Lebih 50 bangunan media musnah sepenuhnya atau sebahagiannya disebabkan serangan berterusan Israel ke atas Gaza dengan biro AFP menjadi mangsa terbaharu pada 3 November lalu. - AGENSI


342/