Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian
Sabtu

25 November 2023

3:45:58 PTG
1414808

Hamas bebas 24 tebusan hari pertama gencatan senjata

GAZA: Pejuang Hamas membebaskan 24 tebusan, termasuk wanita dan kanak-kanak Israel serta pekerja ladang Thailand, pada hari pertama gencatan senjata.

Buat kali pertama dalam tempoh tujuh minggu, tiada bunyi letupan kedengaran di Semenanjung Gaza berikutan pertempuran antara tentera Israel dan pejuang Hamas dihentikan.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), berkata tebusan dipindahkan keluar dari Gaza dan diserahkan kepada pihak berkuasa Mesir di persimpangan sempadan Rafah, diiringi lapan kakitangan ICRC sendiri, dalam konvoi empat gerabak.Qatar, yang bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian gencatan senjata itu, berkata 13 warga Israel dibebaskan dengan sebahagiannya mempunyai dua kewarganegaraan serta 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina.

39 tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin pula dibebaskan dari penjara Israel.

"Kami baru sahaja menyelesaikan pemulangan kumpulan pertama tebusan kami. Kanak-kanak, ibu mereka dan wanita lain.

"Tetapi saya menekankan kepada anda, keluarga, dan kepada warga Israel. Kami komited untuk memulangkan semua tebusan kami," kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

342/