Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Rabu

20 Disember 2023

10:34:15 PG
1421860

"Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin," ungkapan beliau dalam kenyataan hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak menerima kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa yang sama kerajaan juga telah mengenakan larangan kepada semua kapal yang menuju ke Israel daripada menggunakan kargo di pelabuhan Malaysia.

"Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin," ungkapan beliau dalam kenyataan hari ini.

Beliau yakin semua keputusan tersebut tidak akan menjelaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

Seterusnya, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bahawa kerajaan turut memutuskan untuk menghalang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana perlabuhan dalam Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

"Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta-merta," katanya.

Perdana Menteri berkata sebelum ini Kabinet pada tahun 2002 telah membenarkan kapal milik syarikat itu berlabuh di Malaysia sebelum dibenarkan mendarat pada tahun 2005.

"Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu" tambahnya lagi.