Khadijah al-Kubra (as), merupakan isteri Rasulullah terbaik dan termasuk di kalangan salah seorang daripada empat wanita mulia di syurga. Beliau adalah wanita pertama yang beriman kepada Rasulullah (saw) dan menghabiskan seluruh harta yang dimilikinya untuk kamajuan Islam.

Tentang makam beliau, cukuplah dinyatakan di sini bahawa Allah (swt) mengirim salam kepadanya dan berjanji akan memberikannya sebuah mahligai di dalam syurga nanti.

Allamah Majlisi menulis tentangnya:

 عَنْ زُرَارَةَ وَحُمْرَانَ وَمُحَمَّدِ بْنِ مُسْلِمٍ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ (عليه السلام) قَالَ حَدَّثَ أَبُو سَعِيدٍ الْخُدْرِيُّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ (صلى الله عليه وآله) قَالَ إِنَّ جَبْرَئِيلَ (عليه السلام) قَالَ لِي لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي حِينَ رَجَعْتُ وَقُلْتُ يَا جَبْرَئِيلُ هَلْ لَكَ مِنْ حَاجَةٍ قَالَ حَاجَتِي أَنْ تَقْرَأَ عَلَى خَدِيجَةَ مِنَ اللَّهِ وَمِنِّي السَّلَامَ

وَحَدَّثَنَا عِنْدَ ذَلِكَ أَنَّهَا قَالَتْ حِينَ لَقَّاهَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ آلِهِ فَقَالَ لَهَا الَّذِي قَالَ جَبْرَئِيلُ فَقَالَتْ إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّلَامُ وَ مِنْهُ السَّلَامُ وَ إِلَيْهِ السَّلَامُ وَعَلَى جَبْرَئِيلَ السَّلَامُ.

المجلسي، محمد باقر (متوفاي 1111هـ)، بحار الأنوار، ج 16، ص 7، باب 5 - تزوجه ص بخديجة رضي الله عنها، تحقيق: محمد الباقر البهبودي، ناشر: مؤسسة الوفاء - بيروت - لبنان، الطبعة: الثانية المصححة، 1403 - 1983 م.

Imam Baqir (as) menukilkan daripada Abu Sa’id al-Khudri:  Rasulullah (saw) bersabda: Dalam perjalanan pilang di malam Isra’ Mi’raj, aku bertanya kepada Jibrail: Adakah permintaan engkau daripadaku? Ia berkata: Permintaanku ialah sampaikan salam Allah dan salam Khadijah.

Ketika Rasulullah (saw) menyampaikan salam kepada Khadijah, ia menjawab: Sesungguhnya Allah (swt) adalah Salam, daripadaNya salam, dan kepadanya juga salam, salam juga kepada Jibrail.

- Al-Majlisi, Biharul Anwar, jil 16 halaman 7 bab 5

 Muhammad bin Ismail menulis dalam Sahih Bukhari:

3609 حدثنا قُتَيْبَةُ بن سَعِيدٍ حدثنا محمد بن فُضَيْلٍ عن عُمَارَةَ عن أبي زُرْعَةَ عن أبي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قال أتى جِبْرِيلُ النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رَسُولَ اللَّهِ هذه خَدِيجَةُ قد أَتَتْ مَعَهَا إِنَاءٌ فيه إِدَامٌ أو طَعَامٌ أو شَرَابٌ فإذا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عليها السَّلَامَ من رَبِّهَا وَمِنِّي وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ في الْجَنَّةِ من قَصَبٍ لَا صَخَبَ فيه ولا نَصَبَ.

البخاري الجعفي، محمد بن إسماعيل ابوعبدالله (متوفاي256هـ)، صحيح البخاري، ج 3   ص 1389 و ج 6   ص 2723، تحقيق د. مصطفي ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 - 1987.

 Qutaibah bin Sa’id menceritakan kepada kami, Muhammah Fudhail daripada Umarah, daripada Abi Zur’ah, daripada Abu Hurairah berkata: Jibrail datang kepada nabi (saw) dan berkata: Wahai Rasulullah,  ini Khadijah datang dengan bejana yang mengandungi daging (atau makanan, atau pun minuman). Ketika dia datang sampaikanlah salam kepadanya daripada Tuhannya dan daripadaku. Berikan berita gembira kepadanya dengan sebuah mahligai di dalam Syurga yang tiada kebisingan dan kesengsaraan.

 Khadijah salah seorang wanita terbaik di Syurga

Muhammad bin Ismail al-Bukhari menukilkan riwayat yang lain bahawa Khadijah (as) dan Maryam (as) adalah wanita terbaik di kalangan para wanita di Syurga:

3249 حدثني أَحْمَدُ بن أبي رَجَاءٍ حدثنا النَّضْرُ عن هِشَامٍ قال أخبرني أبي قال سمعت عَبْدَ اللَّهِ بن جَعْفَرٍ قال سمعت عَلِيًّا رضي الله عنه يقول سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول خَيْرُ نِسَائِهَا مَرْيَمُ ابْنَةُ عِمْرَانَ وَخَيْرُ نِسَائِهَا خَدِيجَةُ.

البخاري الجعفي، محمد بن إسماعيل ابوعبدالله (متوفاي256هـ)، صحيح البخاري، ج 3   ص 3248، تحقيق د. مصطفي ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 - 1987.

Ahmad bin Abi Raja menceritakan kepada saya, al-Nadhr menceritakan kepada kami daripada Hisham yang berkata: Ayahku menceritakan kepadaku: Saya telah mendengar daripada Abdullah bin Jafar berkata, aku mendengar Ali (ra) berkata: Aku mendengar Nabi (saw) bersabda:

Sebaik-baik wanita (di dalam Syurga) ialah Maryam binti Imran dan Khadijah. – Sahih al-Bukhari, jilid 3 halaman 3248. 

Pengakuan Aisyah tentang kelebihan Khadijah:

Bukhari menukilkan daripada Aisyah:

3605 حدثنا سَعِيدُ بن عُفَيْرٍ حدثنا اللَّيْثُ قال كَتَبَ إلي هِشَامٌ عن أبيه عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت ما غِرْتُ على امْرَأَةٍ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ما غِرْتُ على خَدِيجَةَ هَلَكَتْ قبل أَنْ يَتَزَوَّجَنِي لِمَا كنت أَسْمَعُهُ يَذْكُرُهَا وَأَمَرَهُ الله أَنْ يُبَشِّرَهَا بِبَيْتٍ من قَصَبٍ

البخاري الجعفي، محمد بن إسماعيل ابوعبدالله (متوفاي256هـ)، صحيح البخاري، ج 3   ص 1388، تحقيق د. مصطفي ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 - 1987.

Telah diceritakan oleh Sa’id bin ‘Ufair, al-Laith menceritakan kepada kami bahawa: Hisham menulis kepadaku tentang ayahnya daripada Aisyah yang berkata: Aku tidak berasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah (saw) sebagaimana aku cemburu terhadap Aisyah kerana Rasulullah (saw) terlalu sering mengingatinya. Beliau meninggal sebelum baginda menikahiku. Allah memerintahkan berita gembira disampaikan kepadanya bahawa sebuah mahligai untuknya disyurga. 

Dalam satu riwayat yang lain dinukilkan:

3610 وقال إِسْمَاعِيلُ بن خَلِيلٍ أخبرنا عَلِيُّ بن مُسْهِرٍ عن هِشَامٍ عن أبيه عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت اسْتَأْذَنَتْ هَالَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ أُخْتُ خَدِيجَةَ على رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَعَرَفَ اسْتِئْذَانَ خَدِيجَةَ فَارْتَاعَ لِذَلِكَ فقال اللهم هَالَةَ قالت فَغِرْتُ فقلت ما تَذْكُرُ من عَجُوزٍ من عَجَائِزِ قُرَيْشٍ حَمْرَاءِ الشِّدْقَيْنِ هَلَكَتْ في الدَّهْرِ قد أَبْدَلَكَ الله خَيْرًا منها

البخاري الجعفي، محمد بن إسماعيل ابوعبدالله (متوفاي256هـ)، صحيح البخاري، ج 3   ص 1389، تحقيق د. مصطفي ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 - 1987.

Berkata Ismail bin Khalil, telah dikabarkan kepada kami oleh Ali bin Mushir daripada Hisham, daripada bapanya, daripada ‘Aisyah telah berkata: Saudara perempuan Khadijah, Halah binti Khuwailid memohon izin kepada Rasulullah untuk masuk. Rasulullah terkenang bagaimana Khadijah meminta izin kepada baginda. Lantaran itu baginda rasa sedih dan berkata: Ya Allah, Halah.  Maka saya rasa cemburu dan berkata: Apa yang membuatkan engkau terkenang kepada perempuan tua daripada perempuan-perempuan Quraysh yang sudah tua (tanpa gigi) bergusi merah yang telah lama meninggal, dan Allah telah menukar untukmu yang lebih baik daripadanya? – Sahih al-Bukhari, jilid 3 halaman 1389

Ahmad bin Hanbal menukilkan daripada Aisyah:

عن عَائِشَةَ قالت كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا ذَكَرَ خَدِيجَةَ أَثْنَى عليها فَأَحْسَنَ الثَّنَاءَ قالت فَغِرْتُ يَوْماً فقلت ما أَكْثَرَ ما تَذْكُرُهَا حَمْرَاءَ الشِّدْقِ قد أَبْدَلَكَ الله عز وجل بها خَيْراً منها قال ما أبدلني الله عز وجل خَيْراً منها قد آمَنَتْ بي إِذْ كَفَرَ بي الناس وصدقتني إِذْ كذبني الناس وواستني بما لها إذا حرمني الناس ورزقني الله عز وجل وَلَدَهَا إِذْ حرمني أَوْلاَدَ النِّسَاءِ

الشيباني، أحمد بن حنبل ابوعبدالله (متوفاي241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج 6   ص 117، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر؛

الذهبي، شمس الدين محمد بن أحمد بن عثمان، (متوفاي748هـ)، تاريخ الإسلام ووفيات المشاهير والأعلام، ج 1   ص 238، تحقيق د. عمر عبد السلام تدمري، ناشر: دار الكتاب العربي - لبنان/ بيروت، الطبعة: الأولي، 1407هـ - 1987م.

Aisyah mengatakan: Apabila Nabi (saw) mengingati Aisyah, baginda akan memujinya dengan sebaik-baik pujian. Aisyah berkata aku rasa cemburu dan pada suatu hari aku berkata: Apa yang membuatkan engkau terkenang kepada perempuan tidak bergigi?. Sesungguhnya  Allah telah menggantikan untukmu yang lebih baik daripadanya. Baginda bersabda: Allah tidak menggantikannya yang lebih baik daripadanya untukku. Ketika manusia berpaling daripadaku beliau beriman dan membenarkan aku ketika manusia menipu aku, beliau menghabiskan semua hartanya untukku ketika semua manusia menghalang.  Allah mengurniakan kepadaku anak daripadanya ketika wanita lain melahirkan anak untukku.

- Ahmad bin Hanbal, jilid 6 halaman 117

Haithami setelah menukilkan riwayat ini mengatakan:

رواه أحمد وإسناده حسن.

الهيثمي، ابوالحسن علي بن أبي بكر (متوفاي 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج 9   ص 224، ناشر: دار الريان للتراث/‏ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت – 1407هـ.

Ahmad meriwayatkannya dan sanadnya adalah Hasan.

- Al-Haithami, Majma’ al-Zawaid, jilid 9 halaman 224

Oleh itu kedudukan Khadijah (as) tidak dapat dinafikan walaupun saudara kita Ahlusunnah memperkenalkan Aisyah sebagai isteri Nabi terbaik.

Benarkah Khadijah sudah tidak perawan ketika bernikah dengan Rasulullah?

Jawapan untuk pertanyaan ini terlalu banyak dalam kitab-kitab pemikir dan tokoh Syiah.  Cukuplah beberapa perkara penting diutarakan disini.

Sebahagian pendapat mengatakan Rasulullah (saw) menikahi dengan janda kecuali Aisyah. Mereka mengatakan bahawa Khadijah pernah menikah dengan dua orang yang bernama ‘Atiq bin Abdullah Makhzumi dan Abu Halah Tamimi dan dikurniakan anak hasil perkahwinan dengan mereka.

Pendapat ini tidak diterima oleh tokoh-tokoh Syiah kerana kebanyakan pandangan seperti ini hanyalah penyelewengan fakta sejarah demi kepentingan politik kaum tertentu yang bertujuan mewujudkan cerita kononnya Fatimah Zahra (as) lahir dari rahim yang sudah tercemar.Seorang ilmuan Ahlusunnah bernama Abul Qasim Ismail bin Muhammad Isfahani berterus terang bahawa Khadijah seorang yang perawan:

وكانت خديجة امرأة باكرة ذات شرف ومال كثير وتجارة تبعث بها إلى الشام فتكون عيرها كعامة عير قريش.

الأصبهاني، أبو القاسم اسماعيل بن محمد بن الفضل التيمي (متوفاى535هـ)،دلائل النبوة، ج 1   ص 178، تحقيق: محمد محمد الحداد، ناشر: دار طيبة - الرياض، الطبعة: الأولى، 1409هـ.

Khadijah seorang perempuan perawan yang mempunyai kemuliaan dan banyak hartanya. Karavan perdangannya sebesar karavan seluruh kaum Qurasyh yang dikirimnya  ke Syam.

Seorang ulama Syiah bernama Abul Qasim Kufi dalam kitab akl-Istighathah menulis satu perkara penting mengenainya:

أن الإجماع من الخاص والعام من أهل الأنال ونقلة الأخبار على أنه لم يبق من أشراف قريش ومن ساداتهم وذوي النجدة منهم إلا من خطب خديجة ورام تزويجها فامتنعت على جميعهم من ذلك فلما تزوجها رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم غضب عليها نساء قريش وهجرنها وقلن لها خطبك أشراف قريش وأمراؤهم فلم تتزوجي أحدا منهم وتزوجت محمدا يتيم أبي طالب فقيرا لا مال له، فكيف يجوز في نظر أهل الفهم أن تكون خديجة يتزوجها أعرابي من تميم وتمتنع من سادات قريش وأشرافها على ما وصفناه، ألا يعلم ذو التميز والنظر أنه من أبين المحال وأفظع المقال، ولما وجب هذا عند ذوي التحصيل ثبت أن خديجة لم تتزوج غير رسول الله (ص).

الكوفي، أبو القاسم علي بن أحمد بن موسى ابن الإمام الجواد محمد بن علي (متوفاي352هـ)، كتاب الاستغاثة، ج1، ص70، طبق برنامه مكتبة اهل البيت عليهم السلام.

Sejarawan dan ahli hadis Syiah dan Ahlusunnah sepakat dalam perkara ini bahawa tidak terkecuali seorang pun pembesar, ketua dan pemuda Quraysh yang melamar Khadijah serta berhasrat bernikah dengannya, namun Khadijah menolak. Tetapi ketika Rasulullah menikah dengannya, ramai perempuan Quraysh memarahinya dan pergi kepadanya hanya untuk mengatakan: Engkau menolak lamaran pemimpin-pemimpin Quraysh dan tidak mengahwini mereka seorang pun. Engkau mengahwini Muhammad seorang yatim piatu, fakir dan tidak mempunyai harta?! Oleh kerana itu bagaimanakah dapat difahami bahawa Khadijah pernah menikah dengan lelaki Arab dari bani Tamim sedangkan beliau menolak pinangan para pembesar Quraysh? Bagaimanakah ahli pembeza dan pemikir dapat menerima perkara yang sangat jelas mustahilnya dan sangat terang tulisan tentangnya membuktikan Khadijah tidak menikah dengan sesiapa pun selain Rasulullah (saw).

- Al-Kufi, Kitab al-Istighathah, jilid 1 dan halaman 70.