Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Luar Lubnan Adnan Mansor ketika menghadiri sidang kemuncak NAM kelmarin sempat mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Iran Ali Akbar Salehi dan Pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Iran Said Khalili.Dalam pertemuan tersebut beliau berkata, "Berlangsungnya persidangan ini dalam situasi sekarang adalah sangat penting kerana Iran telah menunjukkan contoh dalam kestabilan budaya, politik dan ekonomi."Tambah beliau lagi, "Negara-negara NAM dapat memainkan peranan penting dalam memenuhi kegiatan dan penyelesaian masalahnya sendiri selain membantu negara-negara luar anggota NAM."Mansur menegaskan kestabilan Syria memberikan kesan ke atas Lubnan. Beliau turut memuji pelan Iran dalam persidangan NAM untuk penyelesaian krisis Syria. "Iran mempunyai kedudukan yang kuat dan maju di dalam rantau ini," ujar Mansur.
27 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 340796
Menteri Luar Lubnan menceritakan peranan penting Iran sebagai model kestabilan budaya, politik dan ekonomi serantau.