Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pertubuhan Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuan Sunni (GIPTIS) sebulat suara menyokong Mufti Kedah berkenaan bahaya fahaman Wahhabi, dan menyekat fahaman itu daripada terus menular di Kedah.Giptis turut mendesak Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), agar menetapkan hanya kitab-kitab Ahlusunnah Wal Jamaah sahaja diletakkan di pondok, masjid, surau serta jabatan kerajaan. Lebih penting majlis fatwa mengeluarkan fatwa fahaman Wahabi disebarkan kerana bertentangan dengan syariat Ahlusunnah Wal Jamaah, selain itu usaha memperbanyakkan seminar atau forum bagi menjelaskan bahaya fahaman Wahabi dan Syiah di Kedah harus dipertingkatkan. Menurut presiden GIPTIS Prof. Madya Abdul Aziz Hanafi, resolusi itu akan dikemukakan kepada mufti Kedah, exco agama dan majlis fatwa kebangsaan dalam tempoh terdekat. Selain itu resolusi turut melarang ustaz aliran Wahabi berceramah di Kedah.Pengkaji fahaman Wahabi dan Syiah, Abu Syafiq Mohd Rasyaq Mohd Alwi berkata lima resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat khas Giptis untuk menangani isu ajaran sesat dan pengaruh fahaman Wahabi di Kedah itu adalah:* memperkukuhkan akidah Ahli Sunnah menerusi pengajian agama di pondok secara bersistem;* menetapkan silibus kitab yang diajar di masjid dan surau;* memperbanyakkan seminar dan forum berkaitan bahaya Wahabi dan Syiah;* meminta Majlis Fatwa Negeri menjelaskan perkaitan fahaman Wahabi dan Syiah;* menyetujui pandangan Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad dengan melarang tokoh agama yang diketahui menganut fahaman Wahabi dan Syiah daripada menyampaikan ceramah atau mengajar di negeri ini.Beliau berkata tokoh berfahaman Wahabi juga tidak layak memberi penerangan kepada orang ramai mengenai bahaya Syiah kerana mereka dikhuatiri memberi pandangan yang boleh memesongkan akidah orang Islam.
28 November 2013 - 20:30
News ID: 484340

Pertubuhan Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuan Sunni (GIPTIS) desak kerajaan Kedah sekat penyebaran Wahabi.