Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Isnin

12 Januari 2015

7:00:31 PTG
664400

Kenapa Imam Ali bin Abi Talib (a.s) menamakan anaknya Umar, Abu Bakar dan Usman?

Pertanyaan: Syiah mendakwa bahawa khalifah pertama dan kedua telah menyerang rumah Fathimah (r.a); sedangkan kita semua tahu bahawa Ali bin Abi Talib (r.a) telah menamakan anak-anaknya dengan nama-nama pembunuh Fathimah. Ini menunjukkan khalifah tidak bersalah dalam tuduhan tersebut. Apakah ada orang yang memberi nama anaknya dengan nama pembunuh isterinya?

Kritikan dan analisa.

Jawapan umum:

Penamaan Abu Bakar:


Pertama sekiranya Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s) menamakan anaknya dengan nama Abu Bakar, namun terdapat nama asli yang telah dipilih untuk anak beliau (Abdul Ka’bah, Atiq, Abdullah dan lain-lain pendapat lagi).
Kedua: Abu Bakar adalah gelaran anak Imam Ali (a.s) dan pemilihan gelaran ini tidak hanya tertakluk kepada bapa dan anak semata-mata, bahkan individu itu sendiri yang memilih gelarannya selaras dengan realiti yang terjadi dalam kehidupannya.
Ketiga: Berasaskan pandangan yang lain, anak Imam Ali (a.s) telah dinamakan sebagai Abdullah di mana beliau berusia 25 tahun ketika peristiwa Karbala.


Abul Faraj al-Isfahani (`Ali ibn al-Husayn ul-Isfahānī) menulis:



قتل عبد الله بن علي بن أبي طالب، وهو ابن خمس وعشرين سنة ولا عقب له.

عبد الله بن علي 25 ساله بود كه در كربلا به شهادت رسيد.
الاصفهاني، أبو الفرج علي بن الحسين (متوفاي356)، مقاتل الطالبيين، ج 1، ص 22.


Abdullah bin Ali bin Abi Talib, berusia 25 tahun ketika terbunuh (syahid) di Karbala
- Al-Isfahani, Abul Faraj Ali bin al-Husain (meninggal dunia tahun 356 Hijrah), Maqatil al-Talibin, jilid 1 muka surat 22.

Oleh kerana tahun kelahiran Abdullah adalah di awal kekhalifahan Ali bin Abi Talib (a.s), di situ kelihatan Ali (a.s) berada di zaman kritikan keras telah dikenakan ke atas khalifah-khalifah sebelumnya.

Penamaan Umar


Pertama: Salah satu kebiasaan Umar ialah menukar nama-nama individu. Catatan para sejarahwan menunjukkan barangsiapa namanya telah ditukar oleh Umar, maka dia akan menjadi terkenal dengan nama yang diberikannya.


Bilazari di dalam Ansab al-Ashraf menulis:


وكان عمر بن الخطاب سمّى عمر بن عليّ بإسمه.
البلاذري، أحمد بن يحيى بن جابر (متوفاي279هـ)، أنساب الأشراف، ج 1، ص 297.

Umar bin al-Khattab menamakan Umar bin Ali dengan namanya.
- Al-Bilazari, Ahmad bin Yahya bin Jabir (meninggal dunia tahun 279 Hijrah), Ansab al-Ashraf, jilid 1 muka surat 297.

Dzahabi di dalam Siyar A’lam al-Nubala menulis:


ومولده في أيام عمر. فعمر سماه باسمه.
الذهبي، شمس الدين محمد بن أحمد بن عثمان، (متوفاي748هـ)، سير أعلام النبلاء، ج 4، ص 134، تحقيق: شعيب الأرناؤوط، محمد نعيم العرقسوسي، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: التاسعة، 1413هـ.

Beliau lahir di zaman pemerintahan Umar, maka Umar menamakan beliau dengan namanya.
- Al-Dzahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Usman, (meninggal dunia tahun 749 Hijrah), Siyar A’lam al-Nubala, jilid 4, muka surat 134, Tahqiq Shu’aib al-Arna’ut, Muhammad Na’im al-'Arqasusi, penerbit Mu’asasah al-Risalah – Beirut, cetakan ke-sembilan, 1413 Hijrah.

Di dalam sejarah, Umar al-Khattab juga telah menukar beberapa nama individu lain. Berikut adalah contoh beberapa nama yang telah ditukar olehnya:

1. Ibrahim bin al-Haris, ditukar kepada Abdul Rahman.


عبد الرحمن بن الحارث.... كان أبوه سماه إبراهيم فغيّر عمر اسمه.
پدرش اسم او را ابراهيم گذاشته بود؛ ولى عمر آن را تغيير داد و عبد الرحمن گذاشت.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل (متوفاي852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج 5، ص 29، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412 - 1992.


Abdul Rahman bin al-Haris… ayahnya telah menamakannya sebagai Ibrahim, kemudian Umar menukar namanya.
- Al-‘Asqalani al-Shafi’I, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia tahun 852), Al-Isabah Fi Tamyiz al-Sahabah, jilid 5 muka surat 29, Tahqiq: Ali bin Muhammad al-Bajawi, penerbit Dar al-Jayl – Beirut, cetakan pertama, 1412 Hijrah – 1992.

2. Al-Ajda’ Abi Masruq ditukar kepada Abdul Rahman.

الأجدع بن مالك بن أمية الهمداني الوادعي... فسماه عمر عبد الرحمن.
عمر بن الخطاب، اسم اجدع بن مالك را تغيير داد و عبد الرحمن گذاشت.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل (متوفاي852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج 1، ص 186، رقم: 425، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412 - 1992.

Al-Ajda’ bin Malik bin Umayyah al-Hamdani al-Wada’i… Kemudian Umar menamakannya sebagai Abdul Rahman.

- Al-‘Asqalani al-Shafi’I, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia tahun 852 Hijrah), al-Isabah Fi Tamyiz al-Sahabah, jilid 1 muka surat 186, nombor 425, tahqiq Ali Muhammad al-Bajawi, penerbit Dar al-Jayl – Beirut, cetakan pertama, 1412 Hijrah – 1992.

4. Tha’labah bin Sa’d, ditukar kepada al-Mu‛alla

وكان إسم المعلى ثعلبة، فسماه عمر بن الخطاب المعلى.
نام معلي، ثعلبه كه عمر آن را تغيير داد و معلي گذاشت.
الصحاري العوتبي، أبو المنذر سلمة بن مسلم بن إبراهيم (متوفاي: 511هـ)، الأنساب، ج 1، ص 250.

Nama al-Mu‛alla sebelumnya adalah Tha’labah, kemudian Umar bin al-Khattab menamakannya sebagai al-Mu’alla.

- Al-Sahari al-Awtabi, Abu al-Mundzir Sulmah bin Muslim bin Ibrahim (meninggal dunia tahun 511 Hijrah), al-Ansab, jilid 1 muka surat 250.
Kedua, Betapa ramainya insan yang bernama sahabat di zaman itu, Ibnu Hajar di dalam kitab al-Isabah, bab [dzikr man ismuhu ‛umar], menyebut 21 nama sahabat yang namanya adalah Umar.

1. عمر بن الحكم السلمي؛ 2. عمر بن الحكم البهزي؛ 3 . عمر بن سعد ابوكبشة الأنماري؛ 4. عمر بن سعيد بن مالك؛ 5. عمر بن سفيان بن عبد الأسد؛ 6. عمر بن ابوسلمة بن عبد الأسد؛ 7. عمر بن عكرمة بن ابوجهل؛ 8. عمر بن عمرو الليثي؛ 9. عمر بن عمير بن عدي؛ 10. عمر بن عمير غير منسوب؛ 11. عمر بن عوف النخعي؛ 12. عمر بن لاحق؛ 13. عمر بن مالك؛ 14. عمر بن معاوية الغاضري؛ 15. عمر بن وهب الثقفي؛ 16. عمر بن يزيد الكعبي؛ 17. عمر الأسلمي؛ 18. عمر الجمعي؛ 19. عمر الخثعمي؛ 20. عمر اليماني. 21. عمر بن الخطاب.
العسقلاني، أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل الشافعي، الإصابة في تمييز الصحابة، ج4، ص587 ـ 597، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412 – 1992.

1. Umar bin al-Hakam al-Sulami; 2. Umar bin al-Hakam al-Bahzi; 3. Umar bin Sa‛d Abu Kabshah al-Anmari; 4. Umar bin Sa‛id bin Malik; 5. Umar bin Sufyan bin ‘Abd al-Asad; 6. Umar bin Abu Salamah bin Abdul Asad; 7. Umar bin Ikrimah bin Abu Jahl; 8. Umar bin ‘Amru al-Laytsi; 9. Umat bin ‛Umayr bin ‘Adi; 10. Umar bin ‘Umayr; 11. Umar bin ‛Auf al-Nakha‛i; 12. Umar bin Lahiq; 13. Umar bin Malik; 14. Umar bin Mu‛awiyah al-Ghadhiri; 15. Umar bin Wahb al-Tsaqafi; 16. Umat bin Yazid al-Ka‛bi; 17. Umar al-Aslami; 18. Umat al-Juma‛iy; 19. Umar al-Khath‛ami; 20. Umar al-Yamani; 21. Umar bin al-Khattab.

- Al-‛Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hijr Abu al-Fadhl al-Shafi‛I, al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, jilid 4, muka surat 587 – 597, Tahqiq: Ali Muhammad al-Bajawi, penerbit: Dar al-Jayl – Beirut, cetakan pertama 1412 H – 1992 M.

Apakah mereka ini mempunyai nama atas sebab kasih sayang kepada khalifah kedua?

Penamaan Usman


Pertama: Penamaan Usman bukanlah kerana berkait rapat dengan khalifah ke-tiga, bahkan Imam (a.s) sendiri menyatakan bahawa ianya berkaitan dengan Usman bin Maz‛un:


إنّما سمّيته بإسم أخي عثمان بن مظعون.
فرزندم را به نام برادرم عثمان بن مظعون ناميدم.
الاصفهاني، أبو الفرج علي بن الحسين (متوفاي356)، مقاتل الطالبيين، ج 1، ص 23.


Aku menamakannya dengan nama saudaraku Usan bin Maz‛un.


- Al-Isfahani, Abul Faraj Ali bin al-Husain (meninggal dunia tahun 356 H), Maqatil al-Talibin, jilid 1 muka surat 23.

Kedua: Ibnu Hajar al-‛Asqalani menyebut 26 orang sahabat yang bernama Usman, oleh itu tidak ada sebab untuk dikatakan bahawa penamaan itu dikeranakan khalifah ke-tiga samada sebelum atau selepas khalifah ke-tiga:

1. عثمان بن ابوجهم الأسلمي؛ 2. عثمان بن حكيم بن ابوالأوقص؛ 3. عثمان بن حميد بن زهير بن الحارث؛ 4. عثمان بن حنيف بالمهملة؛ 5. عثمان بن ربيعة بن أهبان؛ 6. عثمان بن ربيعة الثقفي؛ 7. عثمان بن سعيد بن أحمر؛ 8. عثمان بن شماس بن الشريد؛ 9. عثمان بن طلحة بن ابوطلحة؛ 10. عثمان بن ابوالعاص؛ 11. عثمان بن عامر بن عمرو؛ 12. عثمان بن عامر بن معتب؛ 13. عثمان بن عبد غنم؛ 14. عثمان بن عبيد الله بن عثمان؛ 15. عثمان بن عثمان بن الشريد؛ 16. عثمان بن عثمان الثقفي؛ 17. عثمان بن عمرو بن رفاعة؛ 18. عثمان بن عمرو الأنصاري؛ 19. عثمان بن عمرو بن الجموح؛ 20. عثمان بن قيس بن ابوالعاص؛ 21. عثمان بن مظعون؛ 22. عثمان بن معاذ بن عثمان؛ 23. عثمان بن نوفل زعم؛ 24 . عثمان بن وهب المخزومي؛ 25. عثمان الجهني؛ 26. عثمان بن عفان.
العسقلاني، أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل الشافعي، الإصابة في تمييز الصحابة، ج 4، ص 447 ـ 463، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412 - 1992.


1. Usman bin Abu Jahm al-Aslami; 2. Usman bin Hakim bin Abul Awqas; 3. Usman bin Humaid bin Zuhair bin al-Harits; 4. Usman bin Hunaif; 5. Usman bin Rabi'ah bin Ahban; 6. Usman bin Rabi'ah bin al-Tsaqafi; 7. Usman bin Sa;id bin Ahmar; Usman bin Shammas bin al-Sharud; 9. Usman bin Talhah bin Abu Talhah; 10. Usman bin Abul 'Ash; 11. Usman bin 'Amir bin 'Amru; 12. Usman bin 'Amir bin Mu'tab; 13. Usman bin Abd Ghanm; 14.Usman bin Ubaidillah bin Usman; 15. Usman bin Usman bin al-Sarid; 16. Usman bin Usman al-Thaqafi; 17. Usman bin 'Amru bin Rafa'ah; 18. Usman bin Amru al-Anshari; 19. Usman bin Amru al-Jamuh; 20. Usman bin Qays bin Abu al-'Ash; 21. Usman bin Maz'un; 22. Usman bin Mu'az bin Usman; 23. Usman bin Nawfal Za'm; 24. Usman bin Wahab al-Makhzumi; 25. Usman bin Jahni; 26. Usman bin Affan.

- al-Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar Abu al-Fadhl al-Shafi’i, Al-Sabah fi Tamyiz al-Sahabah, jilid 4, muka surat 447 – 463, Tahqiq: Ali bin Muhammad al-Bajawi, penerbit: Dar al-Jail – Beirut, cetakan pertama 1412 – 1992.

Jawapan terperinci

1. Tidak ada satu pun nama (melainkan nama Allah s.w.t) eksklusif kepada seseorang individu sahaja; Bahkan kadang-kadang suatu nama dipakai untuk ramai individu dan dia akan dikenal dengan nama tersebut. Tidak ada batasan dalam perkara ini di antara kaum-kaum dan bangsa-bangsa. Oleh itu nama-mana seperti Abu Bakar, Umar, Usman dan nama-nama yang telah diberi kepada individu-individu yang mana ramai orang di zaman Nabi (s.a.w), para pembantu dan sahabat baginda, termasuk para pembantu dan sahabat para imam Syiah telah terkenal dengan mana ini seperti:


Abu Bakar al-Hadhrami, Abu Bakar Abu Simak, Abu Bakar Ayyash dan Abu Bakar bin Muhammad daripada para sahabat Imam Baqir (a.s) dan Imam Sadiq (a.s).


Umar bin Abdullah al-Tsaqafi, Umar bin Qays, Umar bin Ma’mar daripada para sahabat Imam Baqir (a.s). Umar bin Aban, Umar bin Aban al-Kalbi, Umar bin Abu Hafs, Umar bin Abu Shu’bah, Umar bin Adzinah, Umar bin Barra’, Umar bin Hafsh, Umar bin Hanzalah, Umar bin Salamah dan lain-lain lagi yang merupakan para sahabat Imam Ja’far al-Sadiq (a.s).


Usman A’ma Basari, Usman Jabalah, Usman bin Ziyad yang merupakan para sahabat Imam Baqir (a.s) manakala Usman al-Isbahani, Usman bin Yazid, Usman Naw’an yang merupakan sahabat-sahabat Imam Ja’far al-Sadiq (a.s).


2. Tidak syak lagi bahawa Syiah mengecam keras Yazid bin Muawiyah dan kegiatan-kegiatan kejinya; namun apa pun kita merlihat di kalangan Syiah dan para sahabat imam-imam (a.s) mempunyai nama Yazid seperti:

Terdapat sahabat Imam Sajjad (a.s) yang bernama Yazid bin Hatim. Sementara itu Yazid bin Abdul Malik, Yazid Shai’, Yazid Kanasi adalah sahabat-sahabat Imam Baqir (a.s); Yazid al-Shi’r, Yazid bin Khalifah, Yazid bin Khalil, Yazid bin Umar Talhah, Yazid bin Farqad, Yazid bin Hakam adalah sahabat-sahabat Imam Ja’far al-Saqid (a.s) sampailah ke peringkat terdapat nama Shimr bin Yazid di kalangan sahabat Imam Ja’far al-Sadiq (a.s).

الأردبيلي الغروي، محمد بن علي (متوفاي1101هـ)، جامع الرواة وإزاحة الاشتباهات عن الطرق والاسناد، ج 1 ص 402، ناشر: مكتبة المحمدي.

- Al-Ardibili al-Gharawi, Muhammad bin Ali (meninggal dunia tahun 110 Hijrah), Jāmiʻ al-ruwāt wa-izāḥat al-ishtibāhāt ʻan al-ṭuruq wa-al-isnād, jilid 1 muka surat 402, penerbit Maktabah al-Muhammadi.

Apakah penamaan ini merupakan dalil kecintaan terhadap Yazid bin Muawiyah di sisi para imam dan Syiah?

3. Tidak semestinya penamaan anak-anak disebabkan kasihnya ibu dan bapa kepada individu tertentu, jika tidak semua umat Islam perlu meletakkan nama anak masing-masing dengan nama Rasulullah (s.a.w).
Sekiranya penamaan atas sebab kecintaan terhadap individu-individu, mengapakah khalifah kedua mewartakan larangan menamakan anak-anak dengan nama Rasulullah (s.a.w)? Perkara ini telah disebut oleh Ibnu Batal dan Ibnu Hajar di dalam syarah mereka terhadap Sahih al-Bukhari:

كتب عمر إلى أهل الكوفة الا تسموا أحدًا باسم نبى.
إبن بطال البكري القرطبي، أبو الحسن علي بن خلف بن عبد الملك (متوفاي449هـ)، شرح صحيح البخاري، ج 9، ص 344، تحقيق: أبو تميم ياسر بن إبراهيم، ناشر: مكتبة الرشد - السعودية / الرياض، الطبعة: الثانية، 1423هـ - 2003م.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل (متوفاي852 هـ)، فتح الباري شرح صحيح البخاري، ج 10، ص 572، تحقيق: محب الدين الخطيب، ناشر: دار المعرفة - بيروت.

Umar telah menulis surat kepada warga Kufah agar tidak menamakan sesiapapun dengan nama Nabi (s.a.w).

- Ibnu Bathal al-Bakri al-Qurthubi, Abul Hasan Ali bin Khalaf bin Abdul Malik (meninggal dunia tahun 449 Hijrah), Sharh Sahih al-Bukhari, jilid 9 muka surat 344, Tahqiq Abu Tamim Yasir bin Ibrahim, penerbit Maktabah al-Rushd – Arab Saudi/ Riyadh, cetakan kedia, 1433 H – 2003 M.

- Al-‘Asqalani al-Shafi’I, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia tahun 852 Hijrah), Fathul Bari Sharh Sahih al-Bukhari, jilid 10, muka surat 572, Tahqiq Muhib al-Din al-Khatib, penerbit Darul Ma’rifah - Beirut.

Al-‘Ayni di dalam Umdat al-Qari menulis:

وكان عمر رضي الله تعالى عنه كتب إلى أهل الكوفة لا تسموا أحدا باسم نبي وأمر جماعة بالمدينة بتغيير أسماء أبنائهم المسمين بمحمد حتى ذكر له جماعة من الصحابة أنه أذن لهم في ذلك
العيني، بدر الدين محمود بن أحمد (متوفاي 855هـ)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري، ج 15، ص 39، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.

Umar menulis surat kepada warga Kufah agar tidak menamakan sesiapapun dengan nama Nabi (s.a.w) dan mengarahkan masyarakat di Madinah supaya menukar nama-nama anak-anak mereka yang telah dinamakan dengan Muhammad sehingga jemaah daripada kalangan sahabat Nabi memberitahunya bahawa mereka telah diizinkan untuk melakukan hal tersebut.

- Al-‛Ayni Badruddin Mahmud bin Ahmad (Meninggal dunia tahun 855), ‘Umdat al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari, jilid 15, muka surat 39, penerbit Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi - Beirut.

4. Menurut apa yang dinukilkan oleh Sheikh Mufid, nama salah seorag anak Imam Hasan al-Mujtaba adalah Amru, maka tidak ada sebab untuk dikatakan bahawa penamaan ini semata-mata kerana nama Amru bin Abdud atau Amru bin Hisham.


الشيخ المفيد، محمد بن محمد بن النعمان ابن المعلم أبي عبد الله العكبري، البغدادي (متوفاي413 هـ)، الإرشاد في معرفة حجج الله علي العباد، ج 2، ص 20، باب ذكر ولد الحسن بن علي عليهما ، تحقيق: مؤسسة آل البيت عليهم السلام لتحقيق التراث، ناشر: دار المفيد للطباعة والنشر والتوزيع - بيروت - لبنان، الطبعة: الثانية، 1414هـ - 1993 م.

- Al-Sheikh al-Mufid, Muhammad bin Muhammad bin al-Nu’man ibnu al-Mu’allim Abi Abdillah al-‘Akbari, al-Baghdadi (meninggal dunia tahun 413 H), al-Irshad Fi Ma’rifah Hujajillah Ala al-‘Ibad, jilid 2 muka surat 20, bab Dzikr Walad al-Hasan bin Ali ‘Alaihima, Tahqiq: Muasasah Al Bait (a.s) Li Tahqiq al-Turath, penerbit Dar al-Mufid Li Tiba’ah Wa al-Nashr wa al-Tawzi‛ - Beirut – Lubnan, cetakan kedua 1414 H – 1993 M.

5. Oleh yang demikian itu, bagaimana pula kata-kata Umar bin al-Khattab di dalam Sahih Muslim tentang pandangan Ali bin Abi Talib terhadapnya dan Abu Bakar sehingga menisbahkan mereka sebagai pendusta, pendosa, curang dan pengkhianat?


فَلَمَّا تُوُفِّىَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا وَلِىُّ رَسُولِ اللَّهِ -صلى اللهعليه وسلم - فَجِئْتُمَا تَطْلُبُ مِيرَاثَكَ مِنَ ابْنِ أَخِيكَ وَيَطْلُبُ هَذَا مِيرَاثَ امْرَأَتِهِ مِنْ أَبِيهَا فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ ». فَرَأَيْتُمَاهُ كَاذِبًا آثِمًا غَادِرًا خَائِنًا وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُ لَصَادِقٌ بَارٌّ رَاشِدٌ تَابِعٌ لِلْحَقِّ ثُمَّ تُوُفِّىَ أَبُو بَكْرٍ وَأَنَا وَلِىُّ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَوَلِىُّ أَبِى بَكْرٍ فَرَأَيْتُمَانِى كَاذِبًا آثِمًا غَادِرًا خَائِنًا.
النيسابوري، مسلم بن الحجاج أبو الحسين القشيري (متوفاي261هـ)، صحيح مسلم، ج 3، ص 1378، ح 1757، كِتَاب الْجِهَادِ وَالسِّيَرِ، بَاب حُكْمِ الْفَيْءِ، تحقيق: محمد فؤاد عبد الباقي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت

Tatakala Rasulullah (s.a.w) wafat, Abu Bakar berkata aku adalah pemimpin Rasulullah (s.a.w), maka kamu berdua datang meminta warisan daripada anak saudaramu, dan menuntut warisan ayah isterinya. Maka Abu Bakar berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Kami tidak mewariskan, apa yang telah kami tinggalkan adalah sedekah. Maka kamu berdua melihat Abu Bakar sebagai pendusta, pendosa, curang, pengkhianat. Allah sahaja yang Maha Mengetahu bahawa dia seorang yang jujur, setia, menuruti dan mengikuti kebenaran. Kemudian Abu Bakar meninggal dunia dan aku adalah pemimpin setelah Rasulullah (s.a.w), dan pemimpin setelah Abu Bakar. Maka kamu berdua melihat aku sebagai pendusta, pendosa, curang dan pengkhianat.

- Al-Nishaburi, Muslim bin al-Hajjaj Abu al-Husain al-Qarashi (meninggal dunia tahun 126 Hijrah) Sahih Muslim, jilid 3, muka surat 1378, hadis nombor 1757.

Di dalam sebuah riwayat Sahih al-Bukhari, Ali bin Abi Talib (a.s) menamakan Abu Bakar sebagai perampas kuasa:

وَلَكِنَّكَ اسْتَبْدَدْتَ عَلَيْنَا بِالْأَمْرِ وَكُنَّا نَرَى لِقَرَابَتِنَا من رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَصِيبًا.
تو به زور بر ما مسلط شدي، و ما بخاطر نزديك بودن به رسول اكرم (ص) خود را سزاوار تر به خلافت مى‌ديديم.
البخاري الجعفي، محمد بن إسماعيل أبو عبدالله (متوفاي256هـ)، صحيح البخاري ج 4، ص 1549، ح3998، كتاب المغازي، باب غزوة خيبر، تحقيق: د. مصطفى ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407هـ – 1987م.

Akan tetapi, engkau perampas kuasa kami dalam urusan khalifah. Bahkan kami melihat kekerabatan kami dengan Rasulullah sebagai kelayakan.

- al-Bukhari al-Ja‛fi, Muhammad bin Ismail Abi Abdillah (meninggal dunia tahun 256 H), jilid 4 muka surat 1549, hadis 3998.

Di dalam hadis yang lain, kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim masing-masing menukilkan bahawa Amirul Mukminin (a.s) tidak senang dengan Umar walaupun sekadar melihat wajahnya.

فَأَرْسَلَ إلى أبي بَكْرٍ أَنْ ائْتِنَا ولا يَأْتِنَا أَحَدٌ مَعَكَ كَرَاهِيَةً لِمَحْضَرِ عُمَرَ.
البخاري الجعفي، محمد بن إسماعيل أبو عبدالله (متوفاي256هـ)، صحيح البخاري ج 4، ص 1549، ح3998، كتاب المغازي، باب غزوة خيبر، تحقيق: د. مصطفى ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407هـ – 1987م.
Maka Ali bin Abi Talib (a.s) pun berpesan kepada Abu Bakar “bahawa kamu datang kepada kami tanpa membawa sesiapapun bersamamu”

disebabkan beliau tidak suka dengan kehadiran Umar.

- Al-Bukhari al-Ja’fi, Muhammad bin Ismail Abi Abdillah (meninggal dunia tahun 256 H), jilid 4 muka surat 1549, hadis 3998.

Dengan memerhatikan betapa meluatnya Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s) terhadap khulafa tersebut, maka tidak ada lagi bukti bahawa penamaan anak-anak beliau disebabkan faktor kasih sayang terhadap khalifah-khalifah itu.

6. Ahli Sunnah mendakwa penamaan ini di sebabkan interaksi baik antara Imam Ali (a.s) dengan khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman. Sekiranya benar begini, mengapakah ketiga-tiga khalifah tersebut tidak menamakan anak-anak mereka sebagai Hasan dan Husain? Kenapa posisi kasih sayang itu hanya berada di sebelah pihak semata-mata?


Kesimpulan:


Penamaan anak-anak Amirul Mukminin (a.s) dengan nama Abu Bakar, Umar dan Usman bukanlah disebabkan interaksi baik dengan mereka bertiga. Dengan pembuktian ini, perkara tersebut juga tidak dapat dijadikan argumen untuk menolak mentah-mentah kesyahidan Fathimah az-Zahra (a.s).