Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

12 Ogos 2018

1:15:48 PTG
905152

Gempa Lombok: Sektor Pelancongan Terjejas Teruk

Gempa bumi kuat yang melanda kepulauan Indonesia dan meragut hampir 400 nyawa menimbulkan kebimbangan sama ada sektor pelancongannya akan pulih seperti sedia kala.

Foto AFP

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gempa bumi kuat yang melanda kepulauan Indonesia dan meragut hampir 400 nyawa menimbulkan kebimbangan sama ada sektor pelancongannya akan pulih seperti sedia kala.

Dua gegaran dahsyat selang seminggu disertai ratusan gempa susulan menjejaskan pendapatan sektor pelancongan yang lazimnya mampu menampung kehidupan penduduk sepanjang tahun.

Di Pulau Gili, ribuan pelancong yang ketakutan berpusu-pusu meninggalkan destinasi terkenal pengunjung di utara pantai Lombok itu.

Lapangan Terbang Lombok dipenuhi pelancong yang bergegas mendapatkan penerbangan keluar dari pulau itu sementara tarikan utama di Senggigi, lengang.

Alfan Hasandi, 25, penduduk tempatan yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti pelancongan terpaksa menutup perniagaannya, Gili Air yang menawarkan khidmat tiket bot, menyelam dan sewa kenderaan yang lazimnya memberi pulangan lumayan sehingga 5,000 rupiah (RM1,429) sehari.

“Kami berharap dapat membina semula perniagaan ini, tetapi ia mustahil kerana orang ramai masih trauma,” kata Hasandi sambil menambah rumahnya musnah sama sekali. -AFP.