Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

2 Januari 2020

5:34:04 PTG
998519

Trump Mendahului Kutipan Sumbangan Kempen Pilihan Raya

Pasukan kempen pilihan raya Donald Trump mendedahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mendahului kutipan dana pilihan raya dengan sumbangan sebanyak AS$46 juta (RM188.03 juta).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan kempen pilihan raya Donald Trump mendedahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mendahului kutipan dana pilihan raya dengan sumbangan sebanyak AS$46 juta (RM188.03 juta).

Ia adalah tempoh kutipan dana terbaik beliau selama setahun yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak AS$143 juta (RM584.51 juta) untuk kempen pemilihan semula, menurut pasukan kempen terbabit.

“Dana presiden dan tentera akar umbi menjadi kempen pemilihan semula beliau sebagai gergasi yang tidak boleh dihalang.

“Demokrat dan media giat menyebar berita palsu mengenai undi tidak percaya, namun kempen presiden hanya menjadi lebih besar dan lebih kuat,” menurut kenyataan pengurus kempen Trump 200, Brad Parscale. - AFP