14 Februari 2021 - 23:56
LAILTUL RAGHA'IB

Lailatul raghaib atau dikenali sebagai malam harapan, merupakan malam Jumaat pertama di bulan Rejab yang mempunyai banyak kurniaan daripada Allah (s.w.t). Berasaskan riwayat daripada Nabi (s.a.w), pada malam ini para malaikat datang ke Ka'bah dan memohon kepada Allah, agar mengampuni orang yang berpuasa di bulan Rejab. Antara amalan-amalan mustahab di malam ini ialah mendirikan 12 rakaat dengan tatacaranya, di antara solat Maghrib dan Isya.

LAILTUL RAGHA'IB

Lailatul raghaib atau dikenali sebagai malam harapan, merupakan malam Jumaat pertama di bulan Rejab yang mempunyai banyak kurniaan daripada Allah (s.w.t). Berasaskan riwayat daripada Nabi (s.a.w), pada malam ini para malaikat datang ke Ka'bah dan memohon kepada Allah, agar mengampuni orang yang berpuasa di bulan Rejab. Antara amalan-amalan mustahab di malam ini ialah mendirikan 12 rakaat dengan tatacaranya, di antara solat Maghrib dan Isya.

Ayatollah Fadhil Lankarani merupakan Marja' Taqlid Syiah yang tidak menerima kemustahaban solat lailatul ghara'ib. Beliau menganggap dibenarkan beramal dengannya demi mengharapkan pahala semata-mata.

Maksud rangkaikata

Lail bermakna malam dan kalimah Ragha'ib adalah jamak daripada Raghbiyyah (رَغبيَةُ) yang bermakna keinginan dan kehendak. Ia juga bermakna pemberian yang banyak [1]. Justeru itu malam ragha'ib juga dapat dimaknai sebagai suatu malam yang kehendak dan tumpuan kepadanya amatlah besar. Ia juga dapat dimaknai sebagai suatu malam yang mana anugerah dan kurniaan Allah amatlah besar. Berasaskan riwayat, fadilat-fadilat malam ini telah dinukilkan, maka kedua-dua maknanya adalah benar. [2]

Riwayat tentang Lailatul ragha'ib.

Hadis mengenai Lailatul ragha'ib dinukil daropada Nabi (s.a.w) dalam kitab Aqbal al-A'mal karangan Sayid bin Tawus (اقبال الاعمال سید بن طاووس). Hadis ini menunjukkan kedudukan malam dan amalan-amalannya. Lalu malaikat menamakan malam ini sebagai Lailatul ragha'ib. Satu pertiga dari malam ini diperuntukkan. Tiada seorang pun malaikat yang berada di langit atau bumi melainkan berhimpun di sekitar Ka'bah. Allah berfirman kepada para malaikat, apa sahaja yang kamu inginkan, mohonlah. Maka para malaikat berkata, permintaan kami ialah keampunan bagi individu yang berpuasa di bulan Rejab. Maka Allah pun menjawab: Aku mengabulkannya. [3]

Kedhaifan sanad hadis
Hadis ini buat pertama kalinya tardapat dalam kitab Aqbal al-A'mal (اقبال الاعمال) Sayyid Ibnu Tawus. Tiada lagi dalam sumber kitab-kitab hadis Syiah. Namun Sayid Ibnu Tawus menerangkan bahawa riwayat ini dinukilkan daripada beberapa kitab ulama-ulama Syiah, namun beliau tidak menjelaskan satu sanad untuk hadis ini.[4] Sayyid Muhammad Miskat (سید محمد مشکات) menganggap hadis ini sebahagian daripada hadis-hadis yang dimasukkan oleh Ibnu Tawus dari kitab Ahlusunnah ke dalam kitab Syiah.[5] Ayatullah Fadhil Lankarani tidak menerima kemustahaban (استحباب) solat Lailatul ghara'ib dan hanya membenarkan beramal dengannya dengan harapan meraih pahala semata-mata.[6]

Dalam kitab Ahlusunnah, hadis ini terkenal sebagai hadis rekaan. Ibnu Jawzi dalam kitab al-Mawdu'at (الموضوعات) berterus terang bahawa hadis ini sebagai ciptaan.[7] Muhiyuddin Nawawi juga di dalam kitab Syarh Sahih Muslim (شرح صحیح مسلم) menganggap solat Lailatul Ragha'ib sebagai bid'ah yang keji yang mana sejumlah ulama telah menulis dalam kitab tersebut.[8]

Amalan.

Terdapat dalam riwayat Lailatul Ragha'ib bahawa puasa hari Khamis pertama dalam bulan Rejab dan malama Jumaat, ada 12 rakaat solat yang didirikan di antara Maghrib dan Isya yang mana setiap dua rakaat diakhiri dengan satu salam. Setiap rakaat, dibaca surah al-Hamd, 3 kali surah al-Qadr dan 12 kali surah Tawhid. Setelah selesai 12 rakaat, 70 kali berzikir:

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَی مُحمّدٍ النَّبّیِّ الاُمِّیِّ وَ عَلَی آلِهِ

Setelah itu, sujud dan membaca:

سُبّوحٌ قُدّوسٌ رَبُّ المَلائِکَةِ وَ الّروحِ

Kemudian bangkit dari sujud, berzikir sebanyak 70 kali:

رَبِّ اغْفِرْ وَ ارْحَمْ وَ تَجاوَزْ عَمّا تَعْلَمْ اِنَّکَ اَنْتَ الْعَلِیُّ الْاَعْظَمُ

Orang yang mendirikan silat ini bersujud buat kali kedua dan 70 kali berzikir:

سُبّوحٌ قُدّوس رَبُّ الْمَلائِکَةِ وَ الرّوحِ

Apabila selesai semuanya, maka mohonlah hajat yang dikehendaki daripada Allah. [9]

Rujukan:

[1] فرهنگ ابجدی عربی فارسی، ج۱، ص۴۳۶.
[2] مکارم شیرازی، مفاتیح نوین، ۱۳۸۵ش، ص۶۱۸، اعمال ماه رجب.
[3] الإقبال بالأعمال الحسنة، ۱۳۷۶ش، ج۳، ص۱۸۵.
[4] الإقبال بالأعمال الحسنة، ۱۳۷۶ش، ج۳، ص۱۸۵.
[5] مشکات، مقدمه مناجات الاهیات، ۱۳۷۸ش، ص۳۴.
[6] فاضل لنکرانی، جامع المسائل، انتشارات امیر قلم، ج۲، ص۱۷۲.
[7] ابن الجوزی، الموضوعات، ۱۹۶۶، ج۲، ص۱۲۵.
[8] النووی، شرح صحیح مسلم، ۱۴۰۷ ق، ج۸، ص۲۰.
[9] ابن طاووس، الإقبال بالأعمال الحسنة، ۱۳۷۶ش، ج۳، ص۱۸۶.