Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Jabatan Perdana Menteri menerima kenderaan berkuasa hidrogen Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV), ‘Toyota Mirai’, daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini. Penyerahan ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh agenda negara ke arah mobiliti hijau menerusi teknologi rendah karbon dan pertumbuhan ekonomi mampan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif ini mencerminkan keyakinan rakan industri tempatan dan antarabangsa terhadap polisi dan hala tuju Malaysia, khususnya dalam membangunkan ekosistem hidrogen negara.
Dalam satu catatan Facebook, beliau menyatakan penyerahan kenderaan ini juga akan meningkatkan kerjasama rentas sempadan dan merangsang inovasi automotif di seluruh Asia Tenggara.
“Kerajaan Madani akan terus memimpin transisi rantau ini ke arah mobiliti hijau dan pintar bagi memastikan Malaysia bukan sahaja bersedia untuk keperluan masa depan, malah menjadi peneraju dalam membentuk landskap mobiliti yang lebih bersih, selamat dan mampan untuk generasi akan datang,” katanya.
Your Comment