14 Januari 2026 - 13:47
Jeneral Hatemi: Ketenteraan Iran Sedia Menghadapi Sebarang Ancaman

Setiausaha Ketenteraan Iran Major Jeneral Amir Hatemi mengeluarkan respons terhadap kata-kata musuh dengan mengatakan bahawan Pihak Ketenteraan Republik Islam Iran dalam keadaan siap siaga menentang sebarang ancaman.

 Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Setiausaha Ketenteraan Iran Major Jeneral Amir Hatemi mengeluarkan respons terhadap kata-kata musuh dengan mengatakan bahawan Pihak Ketenteraan Republik Islam Iran dalam keadaan siap siaga menentang sebarang ancaman.

Ketika memberikan ucapan di dalam Mesyuarat Agong bersama para pemimpin dan anggota tinggi di dalam kerajaan semalam, beliau mengatakan dengan saksama bahawa keseluruhan unit yang terdapat di dalam aspek ketenteraan telah menerapkan tahap kesediaan yang tinggi setelah Perang 12 Hari ke atas Iran yang lalu, berskala dengan ancaman rejim musuh.

Ancaman yang dilemparkan ke arah Republik Islam Iran adalah bersifat benar dan harus ditangani dengan gelombang yang sama.

Beliau menutup dengan memuji kebersamaan rakyat Iran di dalam Himpunan Nasional pada hari Islam yang lepas sambil menekankan fakta di mana kekuatan sesebuah negara itu terletak pada kesatupaduan rakyat yang mereka miliki.

Your Comment

You are replying to: .
captcha