Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Tehran telah menyaksikan berbagai hari-hari epik dan diselimuti kebanggaan. Hari-hari di mana wujudnya keperluan untuk rakyat Iran turun dan menghujani jalanan dengan kewujudan mereka, demi menjatuhkan plot musuh dan menyedarkan mereka yang masih terlena. Namun apa yang terungkai pada tengahari 12 Januari di Tehran merupakan suatu fenomena menjangkaui tahap luar biasa yang sedia ada, ia merupakan sebuah hari agung yang tidak memilki sebarang perbandingan.
Peristiwa bersejarah ini tidak sahaja mengambil tempat di ibu negara. Jutaan rakyat Iran yang bermaruah dan berwibawa turut berhimpun di puluhan bandar, sambil menjeritkan sebentuk slogan yang sebenarnya mewakili hati-hati nurani di setiap pelusuk negara tersebut, "Ini adalah suara sebenar watan Iran". Ia jelas, padu dan diajukan ke arah 3 penonton.
Penonton pertama merupakan kelompok pengganas yang berhasrat untuk mewujudkan ketidakstabilan dan memecah belahkan kebersamaan rakyat Iran dengan menukar protes-protes aman kepada rusuhan bersenjata. Januari 12 memberi mesej yang cukup cerah ke arah muka-muka pengganas seperti ISIS ini bahawa plot, pelan dan usaha kalian ini sia-sia semata.
Penonton kedua pula adalah mereka yang berada di atas, memberikan arahan dan menyusun atur penyusupan dan penyerangan ke atas Iran, iaitu puak-puak yang merupakan pusat kepada segala keganasan, kecelakaan, kehancuran, kekejian, kekotoran dan kebencian, rejim Zionis dan Amerika. Negara Iran berjaya membuktikan kepada pengarah-pengarah aturan jenayah sedunia ini bahawa meskipun adanya perbezaan agama dan bangsa, perselisihan pendapat di dalam rakyat dan diantara ahli politik, mereka tetap berdiri teguh bersama Iran dihadapan musuh.
Penonton ketiga dan terakhir adalah pihak atasan dalaman negara. Pihak atasan harus menghormati, berterima kasih kepada rakyat atas kecekalan mereka untuk sentiasa berpihak dan meletakkan kepercayaan mereka kepada Republik Islam dan berusaha untuk berkhidmat dan menjalankan tugasan mereka demi keselamatan, kesihatan, kemajuan dan kebahagiaan rakyat serta negara.
Your Comment