Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Setiausaha Kounsel Sekuriti Nasional mengeluakan kenyataan bahawa Iran tidak akan senyap berhadapan ancaman terkutuk rejim Amerika. Kata-kata tersebut disampaikan melalui panggilan telefon bersama dengan Penasihat Sekuriti Nasional Switzerland, Gabriel Luchinger.
Sambil menekankan peranan kerajaan Switzerland dan rekod positif mereka dalam menyelesaikan sebarang krisis dan konflik secara aman, Larijani berkata Iran memahami pendekatan yang diambil namun berdiam diri di hadapan ancaman-ancaman terkutuk Washington bukan suatu pilihan.
Luchinger berkata, dalam keadaan masa kini, negara Switzerland bersedia menjadi orang tengah demi memperoleh kedamain di antara kedua negara ini.
Your Comment