17 Januari 2026 - 15:45
RAHBAR |  Presiden Amerika Syarikat Dalang Di Sebalik Kenaikan Protes di Iran

Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Sayyed Ali Khamenei telah menyuarakan kecaman beliau ke atas presiden Amerika Syarikat yang sepanjang 7 hari yang lepas, mengimplementasikan keganasan melalui rusuhan dan protes sehingga berlakunya pengorbanan nyawa dan kerosakan harat benda awam, di mana dia harus mengambil tanggungjawab.

Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Sayyed Ali Khamenei telah menyuarakan kecaman beliau ke atas presiden Amerika Syarikat yang sepanjang 7 hari yang lepas, mengimplementasikan keganasan melalui rusuhan dan protes sehingga berlakunya pengorbanan nyawa dan kerosakan harat benda awam, di mana dia harus mengambil tanggungjawab.

Ayatollah Sayyed Ali Khamenei menerima kunjungan ribuan dari masyarakat Iran buat suatu pertemuan khusus hari ini sempena sambutan Hari Mab'ath.

Ayatollah Khamenei mengatakan bahawa usaha Amerika Syarikat dalam mendana dan menghidupkan rusuhan-rusuhan sebegini adalah untuk menelan atau merobohkan Iran daripada dalam.

Menurut pidato beliau, "Sejak bermulanya Revolusi (Islamik), Amerika Syarikat tanpa henti mencuba untuk mendapatkan kembali cengkaman mereka ke atas Iran. Mereka tidak mampu untuk bertoleransi dengan kewujudan sebuah negara yang berdikari seperti Iran".

Akhir sekali, beliau menekankan bahawa Iran tidak menginginkan peperangan, namun mereka yang bertanggungjawab atas kemalangan di dalam Iran bakal dihukum setimpalnya.

Your Comment

You are replying to: .
captcha