3 Oktober 2010 - 20:30

Perundangan Wahabi Saudi telah mengizinkan masyarakat menikahkan gadis atau saudara perempuan mereka kepada sesiapa pun yang mereka berkenan sedangkan dalam mazhab Ahlul Bait terang-terangan menyatakan perkahwinan tanpa persetujuan calon perempuan adalah batil.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Di Arab Saudi perempuan tidak berhak membuat keputusan dalam pemilihan calon suaminya setelah pemerintah Arab Saudi menguatkuasakan undang-undang bahawa bapa atau wali berhak memilih calon suami untuk mereka.

Beberapa tahun lalu seorang doktor perempuan berusia 42 tahun memohon izin mahkamah untuk bernikah dengan salah seorang teman sejawatnya. Namun mahkamah memberikan hak membuat keputusan pernikahan tersebut kepada bapa atau saudara lelaki doktor ini. Perempuan tersebut menyatakan lelaki yang ia berkenan itu berasal dari kabilah lain dan beliau tidak diizinkan bernikah dengan lelaki dari kabilah lain.

Suhaila Zainal Abidin salah seorang aktivis hak asasi manusia di Arab Saudi dalam protesnya mengatakan, "Di Arab Saudi kadang kala seorang gadis berusia 10 tahun di serahkan kepada suaminya secara paksa namun perempuan berusia 42 tahun ini dihalang perkahwinannya".

Dengan laporan tersebut, walaupun syariat Islam berbicara bahawa seorang ayah hendaklah mendapatkan persetujuan pernikahan dari anak perempuannya namun di Arab Saudi berasaskan ajaran Wahabi dan adat resam kabilah telah memberi izin kepada lelaki mengawal dan menentukan masa depan gadis atau saudara perempuan mereka.

Undang-undang Wahabi ini telah dikuatkuasakan secara rasmi atas nama Islam sedangkan menurut asal hukum Islam yang diterangkan oleh Ahlul Bait menyatakan pernikahan tanpa persetujuan calon perempuan adalah batil. Begitu juga gadis 'Rashidah' dan wanita boleh menentukan masa depan mereka tanpa campur tangan orang lain.

Dengan ini fatwa semua Marji' Taqlid menyatakan jikalau seseorang itu memaksa anaknya (lelaki atau perempuan) menikah tanpa persetujuan, maka pernikahan itu menjadi tidak sah.