15 Oktober 2010 - 20:30

Ulama senior Ayatullah Ahmad Jannati memuji lawatan Ahmadinejad sambil menyifatkannya sebagai menguatkan perjuangan di Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Jannati dalam khutbah Jumaatnya memuji keberanian Ahmadinejad dalam menghadapi ancaman Barat.

"Inilah ciri-ciri masa depan Revolusi Islam Iran, bukannya tunduk kepada musuh dan inilah tanggunjawab untuk menentang Israel dan Amerika tatkala menyokong Palestin", kata pemangku ketua solat Jumaat kepada jemaah di Tehran.

Kehadiran Ahmadinejad di negara bersempadan dengan Palestin ini sekaligus mengirim pesanan Iran yang menyokong rakyat Palestin, kata ulama tersebut.

Ayatullah Jannati menyatakan rasa bersyukur atas sambutan hangat kehadiran presiden Iran selama dua hari itu sambil memuji keberanian beliau tidak menggunakan kereta perisai walaupun keselamatan kawasan tersebut sangat sensitif.

Ahmadinejad adalah simbol sokongan terhadap golongan yang tertindas, pejuangan menentang penindas kata Ayatullah Jannati.

Tentang nilai perpaduan umat Islam, ulama tersebut sekali lagi menegaskan kesahihan fatwa yang dikeluarkan oleh Ayatullah Sayed Ali Khamenei yang mengharamkan penghinaan ke atas isteri Rasulullah dan simbol Ahlusunnah.

Ayatullah Jannati berkata pewartaan fatwa tersebut menggagalkan rancangan musuh untuk menggunakan watak seorang ulama sesat yang menyemai benih perpecahan ummat Islam.