Para ulama berselisih pendapat berkenaan dengan sejarah pengumpulan Al-Quran iaitu di zaman manakah ia dikumpulkan dan siapakah yang mengarahkan ia dikumpulkan. Pandangan yang berbeza tersebut ialah:1. Di zaman Rasulullah (s.a.w)2. Di zaman Abu Bakar3. Di zaman Umar bin Al-Khattab4. Bermula dari zaman Abu Bakar dan selesai di zaman Umar.5. Di zaman Uthman.Beberapa ulama mutakhir yang menerima pandangan pertama:Pandangan yang benar ialah yang pertama di mana ramai ulama menerimanya seperti berikut:1. Ayatullah Al-Khui dalam perkara ini berusaha bersungguh-sungguh menyanggah pendapat yang lain sebagai bertentangan dengan Al-Quran, Sunnah dan akal. – Tafsir Al-Bayan, halaman 162.2. Allamah Al-Rafi’i berkata:وللنبي ( صلى الله عليه وآله ) صحابة كانوا يكتبون القرآن إذا انزل ، إما بأمره أو من عند أنفسهم تاما وناقصا . وأما الذين جمعوا القرآن بتمامه بالاتفاق فهم خمسة . إعجاز القرآن : ص 36 . Nabi mempunyai sahabat yang menulis Al-Quran ketika ia diturunkan, samada dengan perintah baginda atau mereka sendiri melaksanakannya dengan sempurna atau tidak. Adapun mereka yang mengumpulkan Al-Quran dengan sempurna ialah lima orang (Setelah itu beliau menyatakan nama-nama mereka). – A’jaz Al-Quran, halaman 36.3. Al-Syaikh Manna’ Al-Qattan mengatakan: قد عرفنا أن القرآن كان مكتوبا من قبل، في عهد النبي ( صلى الله عليه وآله ) ولكنه كان مفرقا في الرقاع والأكتاف والعسيب ، فأمر أبو بكر بجمعه في مصحف واحد - إلى أن قال : - فكان أبو بكر أول من جمع القرآن بهذه الصفة في مصحف . مباحث في علوم القرآن لمناع القطان : ص 74 .Kita tahu sesungguhnya Al-Quran sudah tertulis di zaman Nabi (s.a.w), namun dalam bentuk berpisah-pisah pada kertas, tulang dan kulit pohon kurma. Maka Abu Bakar mengarahkan pengumpulannya dalam satu naskah sehingga dikatakan: Abu Bakar orang yang pertama mengumpul Al-Quran bentuk ini dalam mushaf. – Mabahits fi Ulum Al-Quran, li Manna’ Al-Qattan, halaman 74.Kata-kata beliau jelas menunjukkan bahawa Al-Quran wujud di zaman Nabi (s.a.w) namun bukan dalam bentuk naskah kertas seperti sekarang. Kata-kata Manna’ ini bertentangan dengan mereka yang mendakwa bahawa Al-Quran dihafal oleh para sahabat, namun mula dikumpulkan apabila para penghafal mati Syahid.4. Al-Zarqani pula mempercayai bahawa penghimpunan Al-Quran bukanlah satu perkara yang tidak pernah dilaksanakan di zaman Rasulullah (s.a.w), dan para sahabat mengumpul semula setelah kewafatan baginda; bahkan Rasulullah menerangkan suatu kaedah iaitu menulis ayat-ayat Al-Quran sebaik sahaja ia diturunkan sehinggalah kewafatan baginda. Al-Zarqani mengatakan: قال الإمام أبو عبد الله المحاسبي في كتاب فهم السنن ما نصه : كتابة القرآن ليست بمحدثة ، فإنه ( صلى الله عليه وآله ) كان يأمر بكتابته ، ولكنه كان مفرقا في الرقاع والأكتاف والعسب ، فإنها أمر الصديق بنسخها من مكان إلى مكان مجتمعا ، وكان ذلك بمنزلة أوراق وجدت في بيت رسول الله ( صلى الله عليه وآله ) فيها القرآن منتشرا ، فجمعها جامع وربطها بخيط ، حتى لا يضيع منه شئ .مناهل العرفان : ج 1 ص 242 .Imam Abu Abdullah Al-Muhasabi di dalam kitabnya “Fahm Al-Sunan” berkata: Penulisan Al-Quran bukanlah perkara baru, sesungguhnya baginda (s.a.w) telah mengarahkan penulisannya, namun secara berpisah-pisah di atas kertas-kertas, tulang-tulang, kulit pohon kurma. Al-Siddiq (Abu Bakar) mengarahkan penulisannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara satu himpunan seperti kertas-kertas di dalam rumah Rasulullah yang berpisah, maka Abu Bakar menghimpunkan al-Quran dan menyambungkannya dengan jahitan supaya tidak hilang daripadanya sesuatu pun. – Manahil Al-‘Irfan, jilid 1 halaman 242Inilah antara kata-kata beberapa tokoh di zaman ini yang menerima pendapat pertama.Beberapa orang tokoh terdahulu yang menerima pandangan pertama:Beberapa orang ulama dahulu kala di zaman terawal yang menerima pandangan ini ialah seperti berikut:1. Sayid MurtadhaSayid Murtadha Alamul Huda; seperti mana yang dinukilkan daripada Marhum Thabrisi bahawa Sayid Murtadha berkata: إن القرآن كان على عهد رسول الله ( صلى الله عليه وآله ) مجموعا مؤلفا على ما هو عليه الآن ... أن جماعة من الصحابة مثل عبد الله بن مسعود وأبي بن كعب وغيرهما ختموا القرآن على النبي ( صلى الله عليه وآله ) عدة ختمات ، وهو يدل بأدنى تأمل على أنه كان مجموعا مرتبا غير منشود ولا مبثوث .تفسير مجمع البيان : ج 1 ص 15 الفن الخامس . Al-Quran seperti sekarang terhimpun dan tertulis di zaman Rasulullah (s.a.w)… sesungguhnya sekumpulan sahabat seperti Abdullah bin Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab, dan selain daripada mereka berdua mengkhatam Al-Quran beberapa kali di zaman Rasulullah (s.a.w), ianya menunjukkan bahawa Al-Quran sudah dihimpunkan secara tertib, bukan secara bahagian demi bahagian atau berserakan. – Tafsir Majma’ Al-Bayan, jilid 1 halaman 152. Al-SayuthiSayuthi yang merupakan salah seorang tokoh Ahlusunnah menulis: الإجماع والنصوص على أن ترتيب الآيات توقيفي لا شبهة في ذلك . أما الإجماع فنقله غير واحد منهم الزركشي في البرهان وأبو جعفر بن زبير في مناسباته وعبارته : ترتيب الآيات في سورها واقع بتوقيفه ( صلى الله عليه وآله ) وأمره من غير خلاف في هذا بين المسلمين ... وأما النصوص فمنها حديث زيد السابق : كنا عند النبي ( صلى الله عليه وآله ) نؤلف القرآن من الرقاع .الإتقان : ج 1 ص 62 . Ijma’ dan riwayat ke atas ketertiban ayat-ayat Al-Quran ialah Tawqifi, (penetapannya hendaklah daripada Nabi) tidak ada keraguan lagi. Tetapi ijma’ daripada ulama seperti Al-Zarkashi di dalam Al-Burhan, Abu Ja’far bin Zubair di dalam Al-Munasibat yang telah dinukilkan mereka adalah seperti: Bentuk tertib ayat-ayat dan surah-surah menurut arahan Nabi (s.a.w), perkara ini tidak ada perselisihan di kalangan umat Islam… Namun riwayat pula antaranya ialah hadis daripada Zaid yang berkata: Kami pernah bersama Nabi (s.a.w) menulis Al-Quran dalam satu kertas-kertas yang kami kumpulkan.Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pengumpulan dan penyusunan ayat dan surah-surah adalah daripada arahan Nabi (s.a.w) sebagaimana kesepakatan telah menegaskan perkara ini.3. Qadhi Abu Bakar:Sayuthi di dalam Al-Itqan menukilkan kata-kata Qadhi Abu Bakar dari Al-Intishar yang mengatakan: الذي نذهب إليه أن جمع القرآن الذي أنزله الله وأمر بإثبات رسمه ولم ينسخه ولا رفع تلاوته بعد نزوله هذا بين الدفتين . وأن ترتيبه ونظمه ثابت على ما نظمه الله تعالى ورتبه عليه رسوله من آي السور.الإتقان : ج 1 ص 63 . Kami berpendapat bahawa pengumpulan Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan diperintahkan supaya ia ditulis secara tetap, namun ia tidak dihapus dan tidak diangkat pembacaannya setelah turun matan Al-Quran di antara dua kulit. Tertib dan susunannya tetap menurut apa yang telah disusun oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya menyusun daripada surah-surah. – Al-Itqan, jilid 1 halaman 63.4. Al-BaghawiSuyuthi menukilkan kata-kata Al-Baghawi di dalam kitab Syarh Al-Sunnah yang berkata:الصحابة رضي الله عنهم جمعوا بين الدفتين القرآن الذي أنزله الله على رسوله من غير أن يكونوا زادوا أو نقصوا ، إنتهى . الإتقان : ج 1 ص 63 . Sahabat radhiallahuanhum mengumpulkan antara dua kulit Al-Quran yang Allah turunkan tanpa ada penambahan dan kekurangan. – Al-Itqan, jilid 1 halaman 63.Bilangan mereka yang mempunyai pandangan sebegini terlalu ramai untuk disenaraikan.Apakah maksud pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w)?Apakah pendapat ini bermakna seluruh Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w) siap dalam bentuk sebuah kitab?Jawapannya tidak, kerana sebab utama yang menjawab banyak syubhat tentang Al-Quran ialah arahan Nabi tentang pengumpulan Al-Quran. Sehinggakan jikalau pengumpulan ini di dikatakan sebagai kertas-kertas yang berpisah, ia tidaklah mempunyai kemungkinan Tahrif, kekurangan atau kehilangan selain ianya dapat dijadikan rujukan untuk seluruh naskah-naskah yang akan ditulis kemudian. Tidaklah kita mengatakan orang ramai di zaman Rasulullah tidak mempunyai Al-Quran yang dapat dijadikan rujukan.Kesimpulan terhadap pegangan bahawa Al-Quran dikumpulkan di zaman Abu Bakar.Jikalau kita ingin menerima kata-kata orang yang menyatakan bahawa Zaid bin Tsabit mengumpulkan Al-Quran (daripada dada-dada orang ramai, kemudian dikumpulkan di zaman Abu Bakar) hendaklah kita membaca Al-Fatihah Al-Quran kerana makna kalam tersebut ialah sebahagian ayat-ayat Al-Quran yang sampai di tangan kita wujud dari ‘khabar wahid’ (dinukilkan oleh seorang). Sedangkan mereka menganggap bahawa Al-Quran hendaklah sampai kepada kita dari jalan Mutawatir. Tiada seorang pun yang mengesyaki bahawa Al-Quran sampai kepada kita secara Mutawatir dan perhubungan antara kita dan Rasulullah adalah secara Mutawatir; tiada sebarang syak dalam perkara ini.Entah mengapa pula desakan untuk pendapat seperti ini muncul? Sudah tentu ketaksuban tersebut tidak jauh dari mengikis fadhilat-fadhilat tertentu selama mana bahaya untuk Islam dan akidah umatnya dapat dihapuskan.Dalil pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w):1. Akal:Akal adalah salah satu dalil yang mengatakan bahawa Al-Quran sudah dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w) manakala pendapat yang lain adalah tidak benar. Apakah akal dapat menerima bahawa Rasulullah demikian bersungguh-sungguh menjaga dan memahami secara tepat, sehingga sebelum penurunan ayat-ayat, baginda sendiri cukup bersiap sedia menerimanya sampai ayat ini turun: (لا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ ، إنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ) سوره قيامت آيات 16 و 17 .[16] Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). [17] Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);Bagaimana mereka yang memahami Al-Quran adalah paksi kebudayaan masa depan Islam kelak sampai hari kiamat, boleh membayangkan bahawa baginda akan membiarkan Al-Quran bertebaran dalam bentuk hafalan di dalam dada kaum muslimin?2. Hadis Al-TsaqalainKoleksi riwayat yang dipanggil Al-Tsaqalain di kalangan seluruh umat Islam sangat terkenal dan masyhur. Di dalam riwayat ini Rasulullah bersabda: Aku tinggalkan dua perkara yang beharga, pertamanya Al-Quran, ke-duanya Itrahku, iaitu Ahlul Bait.Menurut adat resam Arab, terminologi ‘kitab’ telah ditentukan sebagai sesuatu yang ditulis. Oleh itu apa yang dihafal dalam dada tidak dipanggil ‘kitab’. Namun di dalam riwayat Rasulullah (s.a.w) terdapat sabda baginda menunjukkan tentang ‘kitab’ yang ditinggalkan kepada umatnya. Begitu juga syair-syair yang dihafal oleh penyair tidak dikatakan sebagai kitab syair, bahkan ia dikatakan syair si fulan. Ianya juga tidak menggunakan kalimah ‘daiwan’. Sudah pasti riwayat ini menyatakan penulisan seluruh Al-Quran sudah ada di zaman penyampaian ‘Iblagh’.Beberapa orang penyelidik mengatakan tentang perkara ini sebagai: إن لفظ الكتاب لا يطلق حتى على مكتوبات متفرقة في اللخاف والعسب والأكتاف إلا على نحو المجاز والعناية ، فإن لفظ الكتاب ظاهر فيما كان له وجود واحد.تفسير البيان آيت الله خوئي : ص 271 .Sesungguhnya lafaz ‘kitab’ tidak dipanggil terhadap penulisan yang berserakan di atas kepingan batu-batu, kulit pohon kurma dan tulang belulang melainkan dalam bentuk majaz dan inayah, sesungguhnya lafaz kitab lahir dari kewujudan yang satu (jika tidak ia akan dikatakan ‘kutub’ bukan ‘kitab’). – Tafsir Al-Bayan Ayatullah Al-Khui, halaman 271.3. Penulisan Al-Quran oleh para penulis wahyu:Perkara ini menunjukkan tentang Al-Quran di zaman kehidupan Rasulullah (s.a.w) yang tidak terlepas daripada penulisan. Antara riwayat yang menunjukkan pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w) ialah:Al-Bulkhari menulis:حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ رضى الله عنه قَالَ جَمَعَ الْقُرْآنَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَرْبَعَةٌ، كُلُّهُمْ مِنَ الأَنْصَارِ أُبَىٌّ، وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ، وَأَبُو زَيْدٍ، وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ. قُلْتُ لأَنَسِ مَنْ أَبُو زَيْدٍ قَالَ أَحَدُ عُمُومَتِي. كتاب الفضائلباب فضائل الأنصار ح 3857 باب جمع القرآن ح 5054 صحيح البخاري : ج 6 ص 103، كتاب التفسير، باب القراء من أصحاب النبي (ص) . وذكره أيضا في باب مناقب زيد بن ثابت في كتاب المناقب . Anas berkata: Keseluruhan Al-Quran dikumpulkan di zaman Nabi (s.a.w) oleh empat orang, kesemua mereka daripada golongan Ansar iatu Ubay, Mu’az bin Jabal, Abu Zaid dan Zaid bin Tsabit. Aku berkata kepada Anas: Siapakah Abu Zaid? Jawabnya: Salah seorang pakcikku. – Sahih Al-Bukhari, jilid 6 halaman 103.Ibnu Hajar mengatakan:وأخرج النسائي بإسناد صحيح عن عبد الله بن عمرو (بن العاص) قال : جمعت القرآن ، فقرأت به كل ليلة ، فبلغ النبي (ص) فقال : أقرأه في شهر. الحديث، وأصله في الصحيح. فتح الباري: ج 9 ص 47. السنن الكبرى للنسائي، ج 5، ص 24، مسند أحمد، ج 2، ص 163، صحيح ابن حبان، ج 3، ص 33.Dengan sanad yang sahih Nasai meriwayatkan daripada Abdullah bin Amru (bin ‘Ash) yang berkata: Aku telah mengumpulkan Al-Quran, maka aku membacanya setiap malam. Kemudian berita ini sampai kepada Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda: Bacalah ia setiap bulan… dan asa