Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika sebagaian pakar zoologi laut berkeyakinan bahawa lobster yang dikenali dalam bahawa Parsi sebagai "Shah Migu" (raja segala udang) bukan daripada golongan udang, fatwa-fatwa para marji' terkenal pula menyatakan bahawa memakannya adalah haram.
Bahagian Jawapan Pertanyaan Syar'i, pejabat Ayatullah Al-Uzma Makarim Syirazi, memberikan jawapan yang khusus tentang pengharaman memakan lobster dengan penjelasan bahawa ia bukan daripada golongan keluarga udang. Oleh itu hukum memakan lobster adalah haram seperti mana hukum ketam.
Begitulah fatwa yang dikeluarkan oleh pejabat Ayatullah Wahid Khurasani berkaitan dengan masalah ini menegaskan bahawa semua bahagian ketam adalah haram dimakan.
Dalam menjejak hukum lobster ini, pejabat Atullah Nuri Hamdani di Qom sebaliknya memberikan jawapan yang berbeza iaitu haiwan ini tergolong sebagai keluarga udang dan tidak ada halangan untuk memakannya.
Pejabat Ayatullah Hamdani seterusnya menegaskan bahawa pengharaman memakan ketam mempunyai riwayat yang khusus sebagaimana terdapat riwayat khusus tentang halalnya memakan udang; manakala selain dari udang, hidupan air yang mempunyai sisik dihitung sebagai halal.
Dengan mengamati tatatertib ilmu bahawa lobster mempunyai perbezaan asas dengan spesis udang, maka dapatlah dikatakan bahawa tiada marji' yang mengatakan bahawa memakannya adalah halal. Oleh kerana para marji' taqlid hanyalah menerangkan hukum, maka menentukan mishdaq dan subjeknya adalah bukan tanggungjawab mereka.
8 Oktober 2011 - 20:30
News ID: 270826
Keputusan fatwa-fatwa dari pejabat-pejabat marji' taqlid menyatakan bahawa: Lobster adalah haram.