Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Wal Muslimin Husaini Arif tengah hari tadi dalam seminar 'Syuhada Ruhani Wahdat Islami' telah menceritakan sebab-sebab serangan pengganas terhadap Syiah di Pakistan.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada hadirin, beliau berkata, "Pakistan telah merdeka dari India pada tahun 1947 dengan kepimpinan Muhammad Ali Jinnah iaitu Syiah dari negara ini."

Pengarah ABNA ini berkata, "Sejak kemerdekaan Pakistan sehingga sekarang, pengikut Syiah di negara ini tidak pernah berpisah daripada rakyat negara ini, bahkan mereka tinggal bersama-sama dengan rakyat Pakistan yang lain dan mengamalkan perkahwinan sesama mereka. Ini menunjukkan masyarakat Syiah tidak mempunyai masalah antara satu sama lain."

Mengenai peristiwa pertama yang terjadi di Pakistan, beliau menyatakan, "Peristiwa pertama yang terjadi di Pakistan mungkin boleh dikatakan berlatarkan seperti hari ini, dalam tahun 1960 masihi di Universiti Kejuruteraan Lahore di mana seorang mahasiswa Syiah terbunuh yang secara zahirnya sebuah konflik mazhab.

"Kematian seorang mahasiswa Syiah di Universiti Lahore menyebabkan mahasiswa Syiah mengasaskan sebuah persatuan yang bernama 'Persatuan Mahasiswa Syiah' dengan matlamat mempertahankan hak-hak Syiah dan menyingkirkan perselisihan yang timbul."

Pengarah media Majma' Ahlul Bait ini menceritakan sehingga tahun 1980, kita tidak melihat kewujudan sebarang ikhtilaf mazhab. Kata beliau, "Peristiwa-peristiwa ganas di Pakistan sejak tahun 1982 menjadi semakin agresif dengan tindak tanduk Sepah-e-Sahaba, dalam tahun 1985 iaitu sehingga ke hari ini kumpulan pengganas ini asyik membunuh umat Islam samada Syiah atau Sunni."

Beliau menambah, "Konflik menjadi ganas di Pakistan dalam tahun 80-an setelah kemenangan Revolusi Islam Iran 1970. Masalah ini berpunca daripada Revolusi Islam Iran yang menjadi penganjur dan penaja wacana perpaduan. Sedangkan perpaduan tidak memberikan manfaat kepada kuasa angkuh dunia dan orang penting dalam politik Pakistan."

Hujjatul Islam Husain Arif menceritakan operasi-operasi ganas kumpulan Sepah-e-Sahaba telah membunuh ramai orang. Kata beliau, "Tahun lepas sahaja 291 orang Syiah Pakistan terbunuh dalam berbagai serangan pengganas di mana 123 orang mati dalam letupan bom dan 168 pula mati beramai-ramai dalam serangan operasi".

Pengarah ABNA dalam bahagian ucapannya yang lain pula mendedahkan bahawa keganasan di Pakistan tidak hanya dilakukan oleh kumpulan Sepah-e-Sahaba sahaja. Menurut beliau, "Beberapa kumpulan pengganas di Pakistan dilindungi oleh Amerika, Israel dan pertubuhan-pertubuhan keselamatan yang diupah mereka aktif di rantau itu."

Selain itu beliau menceritakan apa yang terjadi di Parachinar, "Parachinar ialah wilayah berpenduduk majoriti Syiah, dan konflik baru di wilayah ini bermula dalam tahun 2007 akibat penghinaan kumpulan ekstrim terhadap Imam Husain dan Azadari Muharram".

Hujjatul Islam Husaini Arif menambah, "Sejak tahun 2007 hingga hari ini sudah melebihi 5 tahun penduduk Parachinar dikepung. Walaupun dalam jangka masa ini beberapa gencatan senjata terjadi secara kecil-kecilan, namun perjanjian ini tidak pernah berlanjutan."

Pengarah Media Majma' Ahlul Bait mengkritik kerajaan Pakistan dengan mengatakan, "Kerajaan Pakistan berada di bawah pertubuhan-pertubuhan keselamatan upahan Barat, banyak kali bekerjasama dengan pengganas sehingga hari ini, 1600 orang maut di Parachinar dan lebih 7000 orang cedera serta terputus anggota tubuh badan.

"Dalam jangka masa ini, diusahakan agar penduduk Parachinar meninggalkan wilayah ini ke tempat lain, supaya menjadi tempat yang sukar dan golongan Syiah dapat dihapuskan."

Hujjatul Islam Arif berkata, "Fobia terhadap wacana perpaduan bahagian revolusi Islam, fobia terhadap rancangan Syiah Pakistan dalam berbagai lapangan masyarakat dan politik negara ini, halangan mengadakan persaudaraan di kalangan negara-negara serantau, tidak praktikalnya perletakan saluran paip untuk memindahkan gas di antara negara-negara serantau, mencetuskan situasi tidak aman di Iran dan penghapusan integrasi di bumi Pakistan dianggap sebab-sebab pembunuhan Syiah Pakistan di tangan kumpulan pengganas."

Beliau menegaskan bahawa Syiah mampu melakukan perubahan dalam negara tersebut, "30 juta Syiah di Pakistan sedia melakukan rancangan perubahan supaya keadilan dapat ditegakkan di negara ini dan rantau itu."

Selain itu kumpulan pengganas cuba mewujudkan situasi tegang di Iran, kata beliau, "Sebahagian daripada mereka berusaha supaya Iran tidak aman dengan kegiatan kumpulan-kumpulan pengganas di Pakistan dan Afghanistan. Sepertimana yang kita saksikan tempat persembunyian, perlindungan dan tempat penculik ditahan kumpulan Rigi adalah kedua-dua negara ini."

Beliau mengkritik usaha-usaha menghapuskan integrasi bumi Pakistan dengan mengusir penduduk ke wilayah lain. Tegas beliau, "Hasil dan matlamat tindakan begini ialah melumpuhkan sebuah negara kuat, penting dan ramai masyarakat dalam menghadapi Barat."

Di akhir ucapan beliau mengingatkan Al-Quran yang mengajar kita membesarkan kedudukan para syuhada.