Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Akibat gentar dengan demonstrasi besar-besaran yang dilangsungkan di hadapan kedutaan dan konsulatnya di Suez, Arab Saudi langsung memanggil pulang duta dan pelajarnya. Walau bagaimana pun Riyadh terus memberikan alasan keselamatan rakyatnya untuk menutup misi diplomatik.
Kemurkaan rakyat Mesir ini bermula apabila seorang peguam dan aktivis hak asasi manusianya, Ahmed Mohammed Al-Gizawi ditangkap di lapangan terbang Jeddah atas tuduhan memiliki dadah ketika menunai umrah.
Beliau sebelum ini ternyata aktif dalam membela nasib beberapa banduan warga Mesir yang meringkuk dalam penjara Arab Saudi. Lebih-lebih lagi kritikan keras Al-Gizawi terhadap regim Al Saud dilihat mendorong pihak regim menangkapnya.
Demonstrasi besar memprotes penangkapan Al-Ghizawi cukup menimbulkan kebimbangan pihak Saudi sehingga pihak Saudi secara rasmi menutup kedutaan dan konsulatnya di Suez dan Iskandariah.
Namun fakta lain yang harus diperhatikan di sini ialah meningkatnya kebimbangan terhadap kebangkitan rakyat Mesir yang di kenali juga sebagai revolusi 25 Januari.
Menurut Dr. Mohamad Hassan Ghadiri Abyaheh yang mempunyai PhD dalam bidang pengurusan strategik, regim Saudi merasa tidak selamat semenjak bermulanya kebangkitan.
“Al-e Saud, seperti Zionist, merasakan tidak selamat untuk bersama rakyat Mesir,” kata beliau kepada Agensi Berita Al-Quran (IQNA). “Kerana itu mereka menutup kedutaannya di Kaherah. Selain itu Arab Saudi yang mewakili pemerintahan Wahabi dipandang hina oleh umat Islam kerana memberikan suaka kepada figur yang dibenci dunia Arab seperti Ben Ali dan Tareq al-Hashemi serta mendukung penjenayah seperti Hosni Mubarak dan regim Al-e Khalifa."
Beliau berkata, slogan 'Mampus Al-e Saud' berkumandang di Mesir, Bahrain dan Yaman pada hari ini, yang menunjukkan betapa terpencilnya Saudi di kalangan umat Islam.
Ghadiri Abyaneh berkata, penutupan kedutaan dan konsulatnya rupa-rupanya akan membawa kepada pemberhentian visa haji kepada warga Mesir yang menunjukkan bahawa kedua-dua kota suci Makkah dan Madinah perlu diurus oleh umat Islam dan OIC.