Ini merupakan kali ke-dua Sayyid Hasan Nasrullah menyatakan Galilee sebagai sasaran operasi Hizbullah sekiranya Israel menyerang Lubnan.Sebaik sahaja pengistiharaan tersebut, muncul berbagai analisa dan firasat tentang senario pertempuran Hizbullah-Israel. Menurut senario konfrontasi, barangsiapa yang berjaya mengambil alih Galilee, secara automatik dapat menguasai Selatan Lubnan dan dataran sekitar tasik Tiberias; dan sebaliknya. Membebaskan mana-mana bahagian Galilee melalui wilayah Lubnan bakal menyusahkan Israel kerana kebanyakan penempatan mereka dibina berdekatan sempadan Lubnan.Perkara yang dititik beratkan Israel sekiranya konfrontasi terjadi ialah tentangan Hizbullah mampu menembusi musuh dan dengan mudahnya menghampiri Galilee. Kerana itu pihak berkuasa regim Israel memindahkan penduduk Galilee dalam perang Hizbullah-Israel tahun 2006 meskipun bangunan-bangunan di situ sudah lengkap dengan kubu perlindungan untuk orang awam.Dalam tahun 2006, pasukan Hizbullah terutamanya di Bint Jbeil pernah dikepung Israel dalam percubaan menarik pejuang keluar dari kawasan tersebut. Hizbullah serta merta mengutuskan lebih ramai pejuang dalam rangka memperkukuhkan kehadiran mereka di situ manakala pihak musuh ketika itu berada di dalam situasi yang amat sulit. Ini mungkin hanya satu contoh apa yang Hizbullah boleh lakukan untuk mara ke arah Galilee.Reaksi Israel berulangkali memfokuskan dua faktor: Kemampuan manusia dan kecepatan penempatan dalam medan perang dalam peperangan selanjutnya dengan Hizbullah. Semantara itu, Hizbullah berkemungkinan sedang memasang perangkap untuk menarik askar Zionis masuk ke dalam kawasan Lubnan supaya dapat dipukul mundur seperti biasa.Pakar ketenteraan pula menjangkakan pertahanan udara Israel berada dalam bahaya. Terdapat juga wacana tentang kehandalan Hizbullah mengekalkan keupayaannya menyembunyikan gudang senjata selain dapat memindahkannya dalam apa jua bentuk tekanan atau serangan.Dalam reaksi awal setelah Setiausaha Agung Hizbullah mengeluarkan ancaman untuk menyerang lokasi khusus dalam Israel, Perdana Mentari Benjamin Netanyahu mengerahkan askarnya untuk mengukuhkan jangka hayat kelengkapan tenaga di antara sistem janakuasa, loji penyahgaraman air dan stesyen pam, serta kelengkapan rizab minyak. Sementara itu gas asli dan arang batu juga dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dari dalam laut Israel.Andainya perang meletus, Israel dijangka akan menghadapi kekurangan sumber minyak dan arang batu. Turut dijangkakan pengepaman gas melalui jalan laut akan terhenti. Oleh itu ekonomi Israel bergantung kepada rizab yang wujud di tanah yang didudukinya. Tambahan lagi salah satu daripada kilang penapis minyai di Haifa dan Ashdod berkemungkinan diserang. Pemerhati Zionist pula mengusulkan agar rizab minyak khususnya untuk pertahanan ditambah dan pengangkutan minyak diatur dalam kes darurat.Sebagaimana air, pihak berkuasa Israel terpaksa mewartakan undang-undang agar kuantiti air dikekalkan untuk masa-masa kecemasan, termasuk air minuman sebagai penyelesaian sementara dalam kes loji penyahgaraman air pusat dan stesen pam rosak.