Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sempena ulangtahun peristiwa Ghadir Khum, Ayatullah Dr. Sayid Muhammad Husaini Qazwini sempat diwawancara tentang keraguan yang selalu ditimbulkan oleh golongan Wahabi untuk menutup jejak kepimpinan Ahlul Bait (a.s). Berikut adalah dialog beliau dengan wartawan:

Peristiwa askar Yaman

Wartawan:Tolong jelaskan shubhah paling terkenal mengenai hari al-Ghadir, yang disebarkan di dalam internet dan saluran satelit oleh golongan Wahabi pada tahun lalu.

Ayatullah Qazwini: Memang benar, shubhah paling asasi yang dipilih dari peristiwa sejarah bagi menggantikan sebab asli al-Ghadir, ialah mereka mengatakan seperti ini: Dalam satu perjalanan ke Yaman, Ali bin Abi Talib berselisih pendapat dengan askar Yaman. Mereka tampil kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengadu tentang hal Ali. Maka setelah itu Rasulullah (s.a.w) pun pergi kepada orang ramai dan menyeru kecintaan terhadap Ali.

Dari perspektif masa, peristiwa askar Yaman terjadi dua tahun sebelum peristiwa al-Ghadir.

Wartawan: Apakah peristiwa ini sesuai dengan al-Ghadir dari sudut masa dan tempat?

Ayatullah Qazwini: Pertamanya, Zaini Dahlan, mufti Makkah yang merupakan salah seorang tokoh Ahlusunnah, di dalam kitab Sirah Nabawiyah jilid 2 halaman 371 berkata, "Pengaduan askar Yaman terjadi dua tahun sebelum peristiwa al-Ghadir."

Kedua, golongan Wahabi percaya bahawa para sahabat tidak ada sebarang perselisihan dengan Ali, sedangkan peristiwa ini pula membuktikan perseteruan beberapa orang sahabat dengan Ali.

Ketiga, Tabrani di dalam Mu'jam al-Awshat, jilid 6 halaman 163 menukilkan begini: Ketika salah seorang daripada askar datang dari Yaman, beberapa orang sahabat bertanya, mengapakah dikau begitu cepat pulang? Dia menjawab: Aku mempunyai aduan tentang Ali. Mereka berkata: Pergilah mengadu kepada Rasulullah supaya jatuh martabat Ali di mata baginda. Rasulullah pun keluar dari bilik dalam keadaan murka (فَخَرَجَ مُغضِبَاً) dan bersabda: Barangsiapa yang memburuk-burukkan Ali, maka ia telah memburuk-burukkan aku.

Tahukah anda Allah (s.w.t) telah berfirman tentang kemurkaan Nabi: (إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا ) Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. 

Keempat, andainya kita menerima sebab al-Ghadir merupakan pengaduan askar Yaman tentang Ali - walaupun mustahil -, apakah peristiwa mempunyai sebab subjek yang khusus? iaitu dalam beberapa peristiwa yang berbeza, misalannya perkahwinan Nabi dengan bekas isteri Zaid bin Harith (anak angkat Nabi), Allah berfirman bahawa isteri anak angkat bukanlah menantu, baginda dibolehkan berkahwin dengannya. Ini adalah hukum Kulli, yang meliputi semua umat Islam sampai ke hari kiamat. Andainya (meskipun mustahil) sebab asal kejadian Ghadir Khum adalah pengaduan tentera Yaman dan menyebabkan Nabi menghadap seramai 124 ribu orang dengan berkata, "Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya". Ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak hanya eksklusif dengan suatu masa sahaja, bukan juga tertakluk pada suatu subjek tertentu semata-mata.

Pendapat Ahmad bin Hanbal tentang peristiwa askar Yaman.

Wartawan: Apakah pendapat Ahlusunnah tentang peristiwa Yaman?

Ayatullah Qazwini: Ahmad bin Hanbal di dalam musnadnya, jilid ke 5 halaman 350, beliau menulis: Setelah pengaduan askar Yaman tentang Ali, baginda bersabda: (مَنْ كُنْتُ وَلِيَّهُ فَعَلِىٌّ وَلِيُّهُ ) Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya.

Begitu juga Ibnu Abi Syaibah di dalam al-Mushannaf, jilid 7 halaman 504, beliau turut menukilkan perkara seperti ini, Tabrani juga menukilkannya di dalam Mu'jam al-Kabir, jilid 18 halaman 128.

Telah dinukilkan di dalam kitab al-Mustadrak, jilid 3 halaman 110 dan dikatakan: (هذا حَديثٌ صَحيحٌ علي شَرط مسلم) hadis ini sahih menurut seluruh persyaratan Sahih Muslim.

Qadi Abdul Jabbar al-Muktazili di dalam kitab Al-Mughni, jilid 20 halaman 154, beliau berkata: Jikalau hadis al-Ghadir sahih dan menjadi dalil agama tentang kepimpinan Ali, dan sekiranya pengaduan askar Yaman juga sahih juga maka ia tidaklah menghalang dalil kepimpinan Ali

“دون بيان السبب الذي وجوده کعدمه في أن وجود الاستدلال بالخبر لا يتغير”

Dua ayat yang membuktikan peristiwa al-Ghadir.

Wartawan: Apakah sumber rujukan tentang kekekalan al-Ghadir?

Ayatullah Qazwini: Dua ayat al-Qur’an yang mana Ahlusunnah mengatakannya dengan sanad yang sahih, dan ini menunjukkan keabadian peristiwa al-Ghadir:

A: Di dalam ayat 67, surah al-Maidah, Allah (s.w.t) berfirman: 

يا أَيهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ ما أُنْزِلَ إِلَيکَ مِنْ رَبِّکَ وَ إِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَما بَلَّغْتَ رِسالَتَهُ وَ اللَّهُ يعْصِمُکَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لا يهْدِي الْقَوْمَ الْکافِرين

iaitu: Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu, sekiranya kamu tidak melakukannya, maka kamu tidak menyampaikan risalahNya. Dan Allah melindungimu daripada manusia (sebarang kejadian tidak diingini), sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang kafir (bersifat degil).”

Berpuluh-puluh kitab Ahlusunnah mengaitkan ayat tersebut dengan Ghadir Khum. Salah seorang ulama Salafi, Al-Alusi, wafat tahun 1270 di dalam kitab Ruh al-Ma’ani, jilid 6 halaman 193 menukilkan begini:

Abdullah bin Mas’ud berkata di zaman Nabi (s.a.w), kami membaca ayat ini begini:

يا اَيها الرَسول بَلِّغ ما اُنزِلَ اِلَيکَ مِن رَبِّک أنَّ عَلِياً ولِي المُؤمِنِين واِنْ لَم تَفعَلْ فَما بَلَّغتَ رِسالَته

Ini bukanlah perkara kecil, Al-Alusi tidak akan membawanya walau ada sekecil-kecil masalah sanad dan konflik.

Seorang lagi ahli tafsir tersohor Ahlusunnah iaitu Ibnu Abi Hatim, dalam kitab tafsirnya jilid 4 halaman 1172, beliau berkata bahawa ayat ini turun mengenai Ali bin Abi Talib. Menarik perhatian di sini ialah beliau berkata di dalam kitab ini: Aku memilih riwayat yang paling sahih.

Ketika Ibnu Taimiyah sampai kepada perbahasan Tafsir Abi Hatim, ia mengatakan bahawa tafsir ini tidak ada sebarang perkara yang dusta. Hadis-hadisnya dapat diyakini. Sedangkan beliau menerangkan ayat tersebut diturunkan tentang Ali dan menyatakan kesinambungan peristiwa Ghadir Khum.

B. Di dalam ayat 3 surah al-Maidah, Allah (s.w.t) berfirman: 

الْيوْمَ يئِسَ الَّذينَ کَفَرُوا مِنْ دينِکُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَ اخْشَوْنِ الْيوْمَ أَکْمَلْتُ لَکُمْ دينَکُمْ وَ أَتْمَمْتُ عَلَيکُمْ نِعْمَتي‏ وَ رَضيتُ لَکُمُ الْإِسْلامَ دينا

Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa dari ugama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. 

Iaitu hari ini orang kafir berputus asa terhadap (memusnahkan) agama kamu, oleh itu janganlah gentar dengan mereka! dan takutlah (menderhakai) padaKu! hari ini Aku sempurnakan agama kamu dan Aku cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku terima Islam sebagai agama (abadi)…

Buat pertama kalinya sepanjang 23 tahun setelah perlantikan Ali (a.s) ke makam imamah, Jibrail (a.s) berkata bahawa Allah (s.w.t) berfirman: Hari ini aku sempurnakan bagimu agama kamu, dan hari ini aku reda dengan agama Islam, dan sebelum ini Allah belum pernah memaklumkan keredaanNya.”

Ucapan tahniah Umar al-Khattab kepada Ali setelah khutbah Nabi di Ghadir

Riwayat yang dinukil daripada Khatib al-Baghdadi, di dalam kitab Tarikh Baghdad, jilid 8 halaman 284, pada tanggal 18 Zulhijjah bertempat di Ghadir Khum, setelah Nabi (s.a.w) menyatakan perlantikan Ali sebagai khalifah dan pengganti baginda, turunlah ayat tersebut kepada baginda.

Selanjutnya beliau menulis: Setelah Ali (a.s) dilantik pada kedudukan imamah, Umar al-Khattab pun datang beridiri di hadapan beliau dan berkata: 

بخ بخ لک يابن أبي طالب، أصبحت مولاي ومولى کل مسلم

Tahniah, tahniah pada kamu wahai putera Abi Talib, engkau menjadi pemimpinku dan pemimpin seluruh umat Islam.

Sekarang mereka yang berkata kononnya Allah mengeksklusifkan kecintaan terhadap Ali bin Abi Talib di hari Ghadir (dakwaan kononnya perkataan wali bermakna kecintaan), mereka perlu ditanya apakah kecintaan ada diiringi dengan tahniah? Tidakkah al-Qur’an menyatakan: 

والمؤمنون والمؤمنات بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ

Jikalau maksud Nabi di Ghadir Khum seperti demikian, iaitu barangsiapa yang mempunyai cinta padaku maka beliau hendaklah mempunyai kecintaan pada Ali. Apakah ini tidak merosakkan hikmah Nabi (s.a.w) sehingga dengan susah payah baginda menahan 120 ribu orang?

Ibnu Kathir di dalam kitab sejarah Islamnya, yang dinamakan al-Bidayah Wan Nihayah, jilid 7 halaman 350 menukilkan begini, Umar al-Khattab datang dan berdiri di hadapan Ali sambil berkata:

هنيئا لك يا ابن ابي طالب اصبحت اليوم ولي كل مؤمن

iaitu: Wahai putera Abu Talib, tahniah buatmu kerana hari ini engkau menjadi pemimpin setiap orang beriman.

Rujukan: Asadul Ghabah Ibnu Athir, jilid 4 halaman 28; al-Bidayah Wan Nihayah jilid 7 halaman 350; Tarikh Madinah Dimashq jilid 42 halaman 220

Apakah makna kalimah Wali?/ Dalil kalimah wali bermaksud kekhalifahan, kepemimpinan dan ketua menurut lisan Umar al-Khattab.

Sekarang Apakah terdapat keraguan dalam kalimah wali seperti kalimah maula? di dalam kitab Sahih Muslim jilid 5 halaman 152, hadis 4468, Umar al-Khattab berkata:

فلما توفي رسول الله صلى الله عليه و سلم قال أبو بكر أنا ولي رسول الله...
ثم توفي أبو بكر وأنا ولي رسول الله صلى الله عليه و سلم وولي أبا بكر...

Iaitu, tatkala Rasulullah (s.a.w) wafat, Abu Bakar berkata: Aku adalah wali (pemimin setelah) Rasulullah… kemudian wafat pula Abu Bakar dan aku berkata: Aku adalah wali (pemimin setelah) Rasulullah (s.a.w) dan wali (pemimin setelah) Abu Bakar

يعني پيامبر که از دنيا رفت ابوبکر گفت من ولي و خليفه بعد از پيغمبرم. بعد از اين که ابوبکر از دنيا رفت من ولي و خليفه پيغمبر و ولي و خليفه ابوبکرم.

Atau Abu Bakar berkata: 

وليت عليكم ولست بخيركم

Aku adalah wali kalian, sedangkan aku bukanlah yang terbaik. Ibnu Kathir Salafi juga di dalam kitab kitab Al-Bidayah Wa Nihayah, jilid 6 halaman 301 berkata: 

وهذا إسناد صحيح

Iaitu sanad hadis ini adalah sahih.

Soalan kita yang sangat jelas kepada mereka yang memaknai kalimah wali dan maula di dalam hadis al-Ghadir ialah: ketika kalimah wali digunakan mengenai Abu Bakar dan Umar, mengapakah kamu memaknainya sebagai waliyul amr, khalifah dan hakim? Namun jikalau digunakan mengenai Ali mengapa engkau memaknainya sebagai kasih sayang?

Wahabi sebagai kelompok yang memisahkan Nabi dan Ahlul Bait daripada umat Islam.

Wartawan: Apakah pandangan anda tentang Wahabi?

Ayatullah Qazwini: Wahabi merupakan sebuah kelompok yang dicipta untuk memisahkan nabi serta Ahlul Bait daripada umat Islam.

Ibnu Taimiyah merupakan fondasi pemikirannya, dan Muhammad bin Abdul Wahab adalah fondasi politik Wahabi, yang mana ia datang berziarah dan bersumpah kepada Nabi akan membuat tanggapan bahawa syafaat daripada baginda adalah haram. Begitu juga meletakkan Nabi sebagai perantara diri dengan Allah, tawassul kepada baginda juga dianggap haram, di mana pengasasan kegiatan mereka ini ialah menjauhkan umat daripada Nabi (s.a.w).

Pandangan Ibnu Taimiyah ialah Allah telah memberikan maqam syafaat kepada Nabi, namun baginda telah melarang syafaat. Kerana itu kitab-kitab Ahlusunnah menolak akidah Ibnu Taimiyah ini, maka Ahlusunnah lebih dekat dengan Syiah sebagai dua saudara.

Banyak ayat Al-Quran membuktikan syafaat dan tawassul.

Allah (s.w.t) berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 35:

«يا أَيهَا الَّذينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَ ابْتَغُوا إِلَيهِ الْوَسيلَة ...» يعني اى کسانى که ايمان آورده‏ايد! از (مخالفت فرمان) خدا بپرهيزيد! و وسيله‏اى براى تقرب به او بجوئيد!

Wahai orang yang beriman. Bertaqwalah kepada Allah dan carilah suatu wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya.

Di dalam surah al-Nisa, ayat 64, Allah berfirman:

وَ لَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جاؤُکَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَ اسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّاباً رَحيما

Andainya mereka melakukan kezaliman terhadap diri mereka sendiri (mengabaikan perintah Allah), lantas mereka datang kepadamu dan meminta keampunan daripada Allah, maka Rasul meminta keampunan kepada mereka. Maka pasti mereka dapati bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang. Ini adalah mantik al-Qur’an, sementara Wahabi berdiri menentang al-Qur’an.

Pesanan pemimpin tertinggi Iran kepada Ahlusunnah dan fitnah Wahabi.

Pada hari ulangtahun al-Ghadir dua tahun lalu, pemimpin tertinggi iran mengucapkan ungkapan yang indah dan membentangkan jalan, kata-kata mendalam beliau diibaratkan begini: 

“Kami tidak memaksa sesiapapun yang menerima akidah dari firqah yang lain, namun kami memohon sebuah mantik yang mana semua umat Islam di seluruh dunia berfikir tentang realiti dan hakikat tentang Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib yang disediakan oleh ulama besar seperti Allamah Sayid Sharafuddin ‘Amili”

Ucapan ini cukup indah, namun setelah ucapan tersebut golongan Wahabi banyak menghina kedudukan pemimpin tertinggi Iran dan melemparkan kata-kata kasar tentang kitab al-Ghadir dan al-Muraja’at.

Ada juga seorang warga Iran yang berlindung di Arab Saudi bernama Abdullah Haidari yang menjadi upahan Wahabi. Dia telah menulis sebuah makalah berjudul “Ghadir hari paling hitam dalam sejarah” lalu disebarkan dalam laman web Wahabi “Fitna News.”

Saya ingin bertanya kepada ulama Islam, apakah boleh bersikap begini terhadap Ghadir Khum? Apakah ini bukan sebuah penghinaan terhadap Nabi dan hampir 120 ribu sahabat, dan tidak menghormati terhadap Islam sendiri?

Wahabi menentang perpaduan Syiah dan Sunni

Wartawan: Apakah akar umbi-punca kebencian dan permusuhan Wahabi terhadap Islam?

Ayatullah Qazwini: Wahabi mengganggu perpaduan Sunni dan Syiah, sedangkan setelah tertegaknya kerajaan revolusi Islam Syiah dan Sunni sama-sama hidup dengan harmoni walaupun di kawasan Ahlusunnah. Memang benar bagi Wahabi, al-Ghadir merupakan hari yang paling hitam. Ini disebabkan Ghadir menjadi pencetus dan sarana untuk membina perpaduan.  Yang dapat menyatukan satu bilion setengah umat Islam hanyalah isu Ahlul Bait.

Apa yang diterangkan oleh Nabi (s.a.w) di Ghadir Khum dapat dijadikan tauladan untuk perpaduan umat Islam. Wahabi terlalu gerun dengan perpaduan dunia Islam, ini disebabkan tidak ada tempat untuk mereka kalau umat Islam bersatu.

Sudah beberapa kali kami katakan bahawa iktikad dengan bertaqlid tidak mempegaruhi Syiah dan Sunni, yang mana satu pun perlu diselidiki dan dikaji sehingga dapat memilih agama yang benar, dan mazhab mana yang menuruti al-Qur’an. Mengkaji perbahasan akidah dan mazhab merupakan salah satu daripada prioriti-prioriti seorang muslim.

Pandangan ulama besar Ahlusunnah tentang Wahabi

Wartawan: Sebagai contoh, bolehkah anda terangkan pandangan tokoh-tokoh Ahlusunnah tentang Wahabi?

Ayatullah Qazwini: Menurut apa yang dinukilkan oleh majalah al-Hayat, Syeikh al-Azhar Dr. Ahmad Tayyib pada tanggal 4 April 2011, bersamaan dengan tarikh 15 Farvardir 1390, beliau secara rasmi memaklumkan: 

وأن السلفيين الجديد هم خوارج العصر

Sesungguhnya golongan Salafi, mereka itu adalah Khawarij.

Menurut laporan berita Shianews pada tarikh 07 Shahrivar 1391, Dr. Ali Jum’ah mufti besar Mesir, ketika Wahabi memusnahkan makam salah seorang cicit Imam Hasan al-Mujtaba (a.s) di Libya, beliau berkata: Wahabi adalah Khawarij di zaman ini dan anjing neraka.

Tidak ambil dana daripada kerajaan

Wartawan: Saluran satelit Velayat maju ke hadapan apabila mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam menjawab shubhah Wahabi. Apakah saluran yang cukup ramai penonton ini mendapat bantuan daripada pihak kerajaan?

Sekarang ini belum ada sebarang bantuan kerajaan dalam bentuk dana atau bukan dana kepada saluran satelit velayat, mereka belum pernah membantu kami walaupun sehelai kertas atau sebatang pensel.

Wartawan: Terima kasih kerana meluangkan waktu bersama kami.

Ayatullah Qazwini: Saya juga ucapkan terima kasih kepada anda dan saya ucapkan selamat hari al-Ghadir kepada seluruh umat Islam