23 September 2013 - 20:30
Salafi dan Ikhwanul Muslimin dituduh bunuh ulama Sunni

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan pembunuhan salah seorang ulama Sunni berketurunan Rasulullah (s.a.w) di Libya, para pemimpin Sufi Mesir dan Libya menunding jari ke arah golongan pelampau Islam Salafi dan Ikhwanul Muslimin.

Syeikh Mustafa bin Rajab al-Mahjubi al-Idrisi baru-baru ini dibunuh di hadapan rumahnya sendiri, kota Derna, wilayah al-Fata'ih. 

Berasaskan laporan ini, sekumpulan militan Takfiri lengkap bersenjata dikatakan menyerang ulama keturunan Ahlul Bait tersebut.

Al-Mahjubi yang merupakan anggota "Syura Tertinggi Ilmu Majlis Dakwah Dan Bimbingan Libya" serta salah seorang pemimpin Sufi yang mempunyai banyak karya ilmiyah dalam bidang Irfan dan Akhlak. Antara hasil tulisan tangan beliau adalah Alfiya al-Mahjubi yang mengandungi 1000 bait syair akhlak dan sufi. Selain itu beliau juga turut mengarang kitab "Maulud Nur Anwar al-Nabi al-Musthafa al-Mukhtar" yang pernah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.

Dr. Syarif Abdullah al-Nashir Hilmi selaku Setiausaha Agung Kesatuan Sufi Mesir dan Presiden Pertubuhan Perhimpunan Al Bait al-Sharif turut mengecam pembunuhannya.

Idrisi meruppakan anak cucu kepada Idris bin Abdullah al-Kamil bin al-Hasan al-Muthanna bin Hasan al-Mujtaba (793-788 Masihi).

Walaupun pengikut Sufi tergolong dalam mazhab Ahlusunnah Wal Jamaah,  namun mereka ini tetap menjadi sasaran pembunuhan militan Wahabi akibat mengaku sebagai pencinta Ahlul Bait. Militan Wahabi dikatakan mengambil kesempatan untuk menjalankan aktiviti keganasan di Mesir, Tunisia dan Libya setelah negara-negara tersebut mengalami pergolakan politik.