2 Disember 2013 - 20:30
Ejen Al Khalifah sekat solat jemaah di masjid Abu Zar

Rejim Al Khalifah menyekat semua jalan masuk ke masjid untuk mencegah solat jemaah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ejen Al Khalifah menyekat semua jalan masuk yang menuju ke masjid Abu Zar Al-Ghaffari bagi menghalang solat jemaah berlangsung di situ.

Masjid Abu Zar al-Ghafari terletak di wilayah Al-Nuwaidirat yang pernah dirobohkan oleh rejim Bahrain pada tahun 2011. Hingga kini kerajaan rejim dikatakan berhasrat membangunkan kawasan terbabit sebagai taman rekreasi dan mengancam akan menembak sesiapa sahaja yang cuba menghampirinya.

Sejak hari Ahad lalu, ejen Al Khalifah menempatkan kenderaan polis di semua jalan masuk sehingga penduduk tempatan terpaksa menunaikan solat jemaah di tapak masjid lain yang telah dirobohkan rejim.

Penduduk tempatan yang berang dengan tindakan rejim ini menganggap aksi tersebut berpunca dari penyakit tidak waras yang dideritai ahli-ahli politik negara sehingga tergamak menyerang tempat-tempat ibadah. Mereka juga berikrar tidak akan berdiam diri dalam menghadapi aksi rejim ini.

Sementara itu, solat jemaah terus berlangsung di tapak runtuhan masjid Mukmin di mana Ahli Jawatankuasa Pusat Majlis Ulama Bahrain, Syeikh Fadhil al-Zaki turut memberikan ucapan bahawa kerajaan sekali lagi menghalang penduduk dari mempertahankan rumah Allah. Gara-gara jenayah merobohkan masjid, mereka sekarang terdesak menukarkannya sebagai tempat rekreasi.

"Masjid ini telah didaftarkan secara rasmi dengan kementerian agama. Kerajaan Anggola merobohkan masjid dengan alasan ianya dibangunkan secara tidak sah. Mereka belajar permainan ini dari kerajaan Bahrain."

Beliau turut mendedahkan sikap talam dua muka kerajaan apabila mengutuk perbuatan merobohkan masjid di Anggola, namun mengambil sikap berdiam diri apabila masjid dalam negara diruntuhkan. 

Syeikh Fadhil al-Zaki berjanji bahawa penduduk tempatan tidak akan berdiam diri dalam menangani jenayah rejim ini sedangkan para penjenayah akan melihat dengan mata sendiri akibat perbuatan mereka di hari kiamat kelak.

................

انتهای پیام/ 212 ـ 141