27 Februari 2014 - 20:30
Pemikiran Takfiri/Wahabi tidak ada kaitan dengan Ahli Sunnah

Bekas mufti Australia menganggap kecelaruan golongan Takfiri sebenarnya ialah terletak pada pemikirannya. Menurut beliau, "Takfiri lebih bahaya dari senjata pembunuh masyarakat kerana ia membasuh otak seseorang dan mengisinya dengan bahan letupan, lalu ia dikawal dari jauh dan digunakan ketika perlu bila-bila masa atau di mana sahaja."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Wacana ilmu hari ke-5 'Analisa dan Kritik Gerakan Takfiri' pada malam Khamis lalu telah berlangsung di Institut Fiqh A'immah Athar (a.s), Qom dengan ucapan pensyarah terkenal al-Azhar yang juga mantan mufti Australia.

Dalam forum ini, Syeikh Tajuddin al-Hilali menyentuh tentang kehandalan golongan Takfiri dengan bahan letupan dan berkata, "Kita hanya mampu mematikan bom telah ditanam di dalam otak golongan Takfiri dengan memberikan penerangan hakikat yang sebenar dan mengenal pasti identiti jaringan Takfiri untuk orang ramai."

Mengenai jenayah yang dilakukan golongan Takfiri beserta takbir, beliau menerangkan, "Takbir merupakan peringatan suci yang digunakan dalam ibadat, doa dan kesyukuran seperti Aidil Fitri yang merupakan hari kesyukuran. Insyaallah apabila umat Islam sudah memasuki al-Quds dan membebaskan Masjidil Aqsa kita akan melaungkan takbir."

Tambah beliau lagi, "Jenayah Takfiri telah menyebabkan sekiranya orang barat mendengar nada Takbir, maka makna slogan tersebut baginya ialah pembunuhan dan jenayah."

Bekas mufti Australia menganggap kecelaruan golongan Takfiri sebenarnya ialah terletak pada pemikirannya.



"Takfiri lebih bahaya dari senjata pembunuh masyarakat kerana ia membasuh otak seseorang dan mengisinya dengan bahan letupan, lalu ia dikawal dari jauh dan digunakan ketika perlu bila-bila masa atau di mana sahaja," tutur beliau.

Sambil mengkritik Takfiri yang hanya menggunakan bom dan senjata ke arah umat Islam, beliau menjelaskan, "Mereka sampai ke peringkat tidak meletakkan umat Islam sebaris dengan Zionisme, malah hanya umat Islam sahaja yang mereka bunuh. Mereka membentangkan latar komplot Amerika dan Israel di rantau ini."

Selanjutnya beliau mengemukakan argumen tentang kesalahan pemikiran Takfiri dengan Ahli Sunnah dan berkata, "Akar umbi pemikiran Takfiri berasal dari pandangan-pandangan golongan ghulat di dalam mazhab Hanbali. Mereka tidak menerima keislaman kaum muslimin yang lain dan mengkafirkan pengikut mazhab Syafi'e, Maliki, Hanafi dan Syiah."

"Salafi percaya bahawa mereka kembali kepada al-Qur'an, Sunnah dan golongan Salaf umat. Bagi kita Salaf ialah golongan yang dihormati namun kita tidak boleh berfikir dan hidup seperti mereka. Ini disebabkan keadaan dan kedudukan zaman kita berbeza dengan mereka." Tambah al-Hilali lagi.

Tegas beliau, "Disebabkan amalan buruk dan jenayah Salafi, Islam sering dihina di seluruh dunia."

Setelah itu, Al-Hilali menerangkan keimamahan dua belas orang dari Ahlul Bait melalui kitab Sahih al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi, beliau berkata, "Tatkala golongan Salafi mendakwa betapa perlunya kita kembali ke awal kurun ke tiga namun dua belas orang ini telah mereka singkirkan sedangkan tidak ada orang lain lagi yang mengenal Sunnah melainkan Ahlul Bait (a.s). Salafi merupakan pemikiran yang tidak tidak menerima sesiapapun dan Takfiri adalah praktikal mereka sambil mendakwa pintu syurga terletak dalam poket mereka manakala orang lain berada dalam neraka."




Beliau turut menyebut tentang hadis Silsilah Dzahab dan berkata, "Berasaskan hadis ini, barangsiapa yang berkata La Ilaha Illallah, maka dia akan masuk ke dalam bentang Allah, manakala orang yang masuk ke dalam benteng Allah akan sejahtera. Namun golongan Takfiri menumpahkan darah orang yang berada dalam kesejahteraan dan mengistiharkan perang terhadap Allah serta Rasul-Nya dengan aktiviti ini."

Selain itu, menurut beliau masalah kekhalifahan yang dicanang oleh golongan Takfiri hari ini berpunca dari bid'ah Muawiyah untuk Yazid.