Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikut adalah jawapan ringkas Ayatullah Ja'far Subhani mengenai pertanyaan benarkah golongan Syiah mempunyai al-
Qur'an yang lain berjudul Mushaf Fathimah dan sejauh manakah kebenarannya:
Terminologi "mushaf" dalam al-Qur'an membawa makna "kitab" secara mutlak, seperti mana firman Allah:
"Dan apabila surat-surat amal (mushaf) dibentangkan". - Al-Takwir ayat 10
"Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam kitab-kitab (mushaf) yang terdahulu. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan
Nabi Musa. - Surah al-A'la ayat 18-19
Begitu juga "mushaf" dicerap dari perkataan ini dan membawa makna buku atau kitab yang berdijilid. Sehinggakan sejak permulaan Islam sehingga kewafatan
Nabi (s.a.w), "mushaf" tidak hanya perkataan untuk al-Qur'an semata-mata, bahkan setiap kitab yang sudah dijilid dinamakan "mushaf".
Ibnu Abi Daud Sajastani dalam sebuah mushaf, pada bab pengumpulan al-Qur'an, menukilkan riwayat daripada Muhammad bin Sirin, "Ketika Nabi (s.a.w) wafat,
Amirul Mukminin Ali (a.s) berkata:
"Aku bersumpah tidak akan memasang jubah di bahu melainkan solat Jumaat sehingga aku mengumpulkan al-Qur'an dalam sebuah jilid".
Kata-kata ini menunjukkan di zaman itu mushaf bermakna sebuah kitab besar atau kitab yang dijilid sehingga lembaran-lembarannya terjaga dari menjadi
berserakan. Setelah zaman berlalu pergi, perkataan tersebut telah menjadi khusus untuk al-Qur'an.
Kebetulan para pemimpin kita menyatakan sehingga zaman tersebut lafaz "mushaf" membawa makna kitab atau buku yang bertulisan. Imam Ja'far al-Sodiq (a.s)
berkata, "Barangsiapa yang membaca al-Qur'an di atas lembaran-lembaran yang dijilid (mushaf), maka dia telah memanfaatkan matanya".
Begitu juga di dalam hadis yang lain, "Membaca al-Qur'an di atas lembaran-lembaran yang telah dijilid (mushaf), maka azab ibu dan ayahnya akan dikurangkan".
Ahli-ahli sejarah menulis tentang perihal Khalid bin Mi'dan:
"Khalid bin Mi'dan telah merakam ilmu pengetahuannya di dalam sebuah buku (mushaf) yang mempunyai kancing dan pengapit".
Maka dari sini jelaslah bahawa perkataan "mushaf" sehingga ke akhir kurun pertama membawa maksud kitab yang sudah dijilid atau buku kecil yang menjadi
tempat seseorang individu mencatat ilmu pengetahuannya. Sekiranya al-Qur'an dipanggil sebagai "mushaf" maka ianya disebabkan fikiran-fikiran telah membuat
tanggapan sedangkan ianya adalah tulisan di atas lembaran-lembaran dan berbentuk jilid.
Dengan mengamati masalah ini, kita tidak akan tercengang-cengang sekiranya puteri Rasulullah (s.a.w) mempunyai sebuah mushaf dan beliau juga telah
menulis pelajaran dan ilmu daripada ayahandanya. Kemudian beliau jadikannya sebagai kenangan dalam bentuk sebaik-baik warisan.
Nasib baik anak-anak Fathimah (a.s) mengetahui hakikat sebenar mushaf ini dan mereka berkata bahawa "mushaf" ini cuma merupakan salah satu cabang
pengetahuan-pengetahuan yang didengari daripada ayahandanya, bukan yang lain lagi.
Sekarang kami tampilkan beberapa riwayat:
Hasan bin Ali berkata, "Di sisi kami terdapat sebuah himpunan yang menceritakan halal- haram, dan Mushaf Fathimah (a.s) sedangkan tidak ada satupun kalimah
dari al-Qur'an, bahkan ianya adalah rekod uacapan Rasululah (s.a.w) dan catatan Amirul Mukminin Ali (a.s). Ianya sentiasa berada bersama kami".
Amirul Mukminin Ali (a.s) bersungguh-sungguh mencatat nota sehingga di dalamnya tidak terdapat hukum hakam halal dan haram sehingga tidak ada yang
berfikir bahawa wahyu syariat diturunkan kepada puteri Rasulullah (s.a.w).
Ketika menyifatkan apakah itu Mushaf Fathimah, Imam Ja'far al-Sodiq (a.s) berkata:
"Demi Allah, tidak ada satupun kalimah al-Qur'an kamu di dalamnya". Perawi berkata, "Aku bertanya, apakah di dalamnya terdapat ilmu pengetahuan?" Jawab
beliau, "Iya, tetapi bukanlah ilmu pengetahuan biasa".
Dengan memahami apa yang telah dikatakan beliau, maka jelaslah bahawa Mushaf Fathimah (a.s) tidak mempunyai hubungan dengan al-Qur'an, dan orang yang
menjadikannya sebagai alasan sebagai penyelewengan al-Qur'an (tahrif), kalau bukanlah kerana tidak waras, maka dia berbicara tanpa penyelidikan mengenai
realiti ucapan tersebut.
Sekarang kami terangkan realitinya buat para pembaca:
Muhaddas dalam Islam.
Salah satu daripada pengajian agama yang terdapat di kalangan ulama Islam ialah kewujudan muhaddas. Individu muhaddas bukanlah Nabi (s.a.w), dan wahyu
tidak diturunkan ke atasnya. Namun dalam masa yang sama para malaikat berbicara dengan mereka dan mereka turut mendengar ucapan-ucapan malaikat.
Sementara nama muhaddas berasal dari wazan isim maf'ul; Ini disebabkan malaikat menyampaikan hadis kepadanya. Al-Bukhari menukilkan daripada Rasulullah
(s.a.w):
"Di kalangan pembesar-pembesar Bani Israel, terdapat lelaki yang berbicara mengenai ilmu ghaib sedangkan dia bukanlah nabi. Sekiranya terdapat seorang
individu tersebut di kalangan umatku, maka beliau adalah Umar bin al-Khattab.".
Al-Kulaini telah membawa sebuah bab dalam kitab al-Kafi yang berjudul "إنّ الأَئِمَّةَ مُحَدَّثُونَ، مُفَهّمُونَ", dan beliau menukilkan riwayat tentang perkara tesebut. Seluruh
riwayat ini menunjukkan bahawa muhaddas ditujukan kepada mereka yang mendengar suara malaikat, tetapi mereka tidak melihat malaikat. Beliau menambah,
"Para imam Ahlul Bait semuanya adalah muhaddas".
Fathimah adalah muhaddasah.
Oleh kerana puteri Rasulullah (s.a.w) adalah insan sempurna, maka beliau termasuk dalam golongan muhaddas, iaitu mendengar suara malaikat, namun tidak
melihat malaikat. Peristiwa ini terjadi ketika ayahanda beliau wafat dan beliau tenggelam dalam kesedihan dan dukacita. Ketika ini malaikat Jibra'il turun dengan
perintah Allah dengan membawa khabar berita tentang masa depan kepada Fathimah. Dari jalan ini, Jibra'il telah membawa latar tema takziah. Setakat ini kami
bawakan ciri-ciri Mushaf Fathimah melalui ucapan anak-anak beliau:
Imam Ja'far al-Sodiq berkata, "Tatkala roh Nabi (s.a.w) dicabut, Fathimah merasa amat dukacita. Allah (s.w.t) mengutuskan malaikat untuk mengucapkan takziah.
Fathimah (a.s) memberitahu Amirul Mukminin apa yang beliau dengar. Maka Amirul Mukminin berkata, "Setiap kali engkau mendengar suara malaikat, beritahu
padaku supaya dapat ku tulis". Laporan-laporan ini telah sampai kepada Fathimah (a.s) dan beliau telah menyerahkannya kepada Amirul Mukminin Ali (a.s). Ianya
telah dihimpunkannya di dalam sebuah buku dan dinamakan sebagai mushaf beliau. Namun tidak terdapat di dalamnya hukum sesuatu yang halal dan haram.
Bahkan semata-mata laporan-laporan masa depan.