Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kurang dari 45 hari pertandingan bola sepak antarabangsa di Brazil, seorang penduduk bertindak merasmikan sebuah kedai arak yang mengabadikan nama Osama Bin Ladin.
Berasaskan laporan ini, pemilik kedai arak tersebut, Francisco Fernández dikatakan mempunyai minat yang mendalam terhadap pemimpin pengganas al-Qaeda tersebut sehingga sanggup menukar fizikal dirinya agar mirip dengan Bin Laden.
Bagi menarik perahatian orang ramai, Fernández rela bergambar dengan sesiapa sahaja.
Pertandingan bola sepak antarabangsa dijangka akan berlangsung di negara Brazil pada 13 Jun hingga 13 Julai 2014.
Sebelum ini sebuah pusat pendidikan perempuan di Pakistan telah menimbulkan kontroversi apabila turut mengabadikan Osama sebagai nama sekolahnya sedangkan kedudukan sekolah tersebut terletak kira-kira 500 meter dari kompleks badan perisikan Pakistan.
.................