Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Seorang penuntut ilmu Malaysia di Iran, Syed Muhammad Hasan Al-Jamalullail menyatakan bahawa keadaan tidaklah seperti yang dilaporkan di majoriti saringan media-media barat bahkan amat bertentangan dengan situasi sebenar.
Ketika ditemu ramah oleh Stesen Berita Awani, sebuah stesen berita kebangsaan Malaysia, beliau berkata, "Keadaan sebenarnya terkawal, masih lagi stabil, tidak ada wujudnya unsur-unsur panik yang terlalu serius sehingga menyebabkan rusuhan dan sebagainya"
Sewaktu ini, sudah lebih seminggu pihak Republik Islam Iran dan rejim Zionis berbalas serangan dan kontra kepada laporan media-media barat, Israel sedang berhadapan dengan krisis yang besar akibat kesan letupan roket dan dron Iran yang menyebabkan kemusnahan sebilangan bangunan rasmi kerajaan dan kematian pegawai-pegawai tinggi mereka.
Your Comment