Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengosongan kota Homs dari anasir pengganas menyebabkan penduduk tempatan kembali ke kediaman masing-masing dengan harapan ingin membangunkan semula kehidupan yang serba musnah.
Ratusan pengganas yang dikepung askar Syria akhirnya akur untuk meninggalkan kota tersebut pada hari Khamis lalu dengan pengawasan PBB.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Gabenor Homs, Talal Al-Barrazi berdoa semoga kota tersebut kosong dari sebarang militan dan berkata, "Kota Homs Qadim telah mengalami kehancuran dan 70 bahagian dari kota ini benar-benar musnah".
Menurut beliau lagi pihak kerajaan akan memberikan tumpuan pembangunan struktur baru kawasan terbabit yang memerlukan banyak waktu. Selain itu, gerak kerja pembangunan beberapa keperluan asasi akan dimulakan tidak lama lagi.
Kota Homs yang sebelum ini cuba diperkenalkan sebagai ibu kota revolusi kini benar-benar dikawal askar Syria walaupun tidak ada apa-apa lagi yang tertinggal dari kehancuran akibat perang.
Sebuah masjid yang mempunyai makam Khalid bin al-Walid dan terkenal sebagai pusat perlancongan turut musnah teruk setelah pengganas meledakkan bom sehingga menyebabkan beberapa bahagiannya terbakar.
Namun oleh kerana masjid ini terdapat 9 kubah dan 2 menara, pengganas telah mengambil inisiatif untuk menjadikannya sebagai simbol kerakusan kuasa dan sarang mereka.
Sementara itu penduduk tempatan berikrar akan membangun semula masjid yang pernah dijaga dan dihormati oleh pengikut mazhab Sunni dan Syiah sebagai tinggalan sahabat Nabi (s.a.w) di zaman pemerintahan kerajaan Damsyik sebelum ini.
Ketegangan berdarah yang dilancarkan gerakan Wahabi sejak tahun 2011 telah meragut nyawa sebanyak 150 ribu manakala berjuta-juta penduduk telah menjadi pelarian.
Masjid Khalid bin al-Walid sebelum kemusnahan.
Masjid Khalid bin al-Walid sebelum kemusnahan.
................