Tarikh sebenar kelahiran Fathimah Az-Zahra (a.s)
Pertanyaan: Apakah Fathimah az-Zahra lahir setelah peristiwa bi`thah?
Terdapat berbagai pandangan telah dinukilkan dalam sumber sejarah dan riwayat berhubung dengan kelahiran Fathimah az-Zahra (a.s). Sila jelaskan sumber yang mana satu disahkan oleh ulama Syiah.
Jawapan umum.
Di dalam Syiah terdapat dua pandangan mengenai sejarah kelahiran Fathimah az-Zahra (a.s):
Pandangan yang masyhur ialah beliau lahir pada 20 haribulan Jamadil Akhir, tahun ke lima Bi`thah Nabi (s.a.w) di Mekah. Pendapat ini bersandarkan pada riwayat yang sahih dari imam Sajjad(a.s), imam Baqir (a.s) dan imam Shadiq (a.s).
Sedangkan pendapat yang kedua berasal daripada pengikut Syeikh Mufid, Syeikh Tusi dan Kaf`ami yang menganggap kelahiran Fathimah Az-Zahra (a.s) terjadi pada tahun kedua Bi`thah. Namun yang jelasnya pandangan itu akan bertentangan dengan beberapa riwayat sahih dan ianya tidak dapat dipegang.
Di kalangan Ahli Sunnah juga terdapat dua pandangan iaitu pertamanya Fathimah az-Zahra telah lahir sebelum bi`thah. Dalam pandangan ini juga kelihatan beberapa pandangan yang berbeza yang mana sebahagiannya menyatakan kelahiran beliau terjadi lima, empat, dua dan satu tahun sebelum bi`thah.
Manakala pandangan kedua pula ialah kelahiran beliau terjadi di zaman setelah bi`thah. Dalam pandangan ini juga masih terdapat perselisihan iaitu pandangan pertama: Setahun setelah bi`thah. Manakala pandangan kedua pula ialah tahun ke-lima bi`thah.
Pandangan ini sepakat dengan pendapat masyhur di kalangan Syiah sebagaimana yang termaktub di dalam riwayat-riwayat para imam maksum (a.s).
Sekarang ringkasan pandangan dan pendapat dari kedua-dua firqah iaitu Syiah dan Ahli Sunnah telah diterangkan. Dalam perbahasan yang lebih terperinci, kita akan meneliti pandangan Ahli Sunnah terlebih dahulu kemudian barulah persanadan Syiah yang kuat ditampilkan.
Pandangan Ahli Sunnah
Secara keseluruhannya dalam sumber Ahli Sunnah terhadap dua pandangan mengenai kelahiran Fathimah az-Zahra (a.s) iaitu sebelum dan setelah bi`thah sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini:
Pandangan pertama: Kelahiran Fathimah az-Zahra sebelum kenabian
Pandangan pertama di kalangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah ialah beliau telah lahir sebelum kenabian Rasulullah (s.a.w); Namun dengan mengamati perincian tentang perselisihan yang telah disebutkan sebelum ini, terdapat beberapa pandangan yang berbeza dikesan iaitu:
A: Lima tahun sebelum kenabian
Berdasarkan beberapa nukilan, ketika Fathimah az-Zahra (a.s) lahir ke dunia umur Nabi Muhammad (s.a.w) ialah 35 tahun. Sebagaimana yang kita tahu, Rasulullah (s.a.w) telah mencapai martabat kenabian ketika berusia 40 tahun dan mula memikul tugas sebagai utusan Allah (s.w.t).
Dengan ini dapatlah dinyatakan bahawa Fathimah az-Zahra telah lahir kedunia lima tahun sebelum kenabian baginda (s.a.w). Sebelum menerangkan tentang tahun kelahiran Fathimah (a.s), Ibnu Jauzi menulis:
بنيت الكعبة ورسول الله صلى الله عليه وسلم ابن خمس وثلاثين سنة.
Kaabah dibangunkan sedangkan Rasulullah (s.a.w) berusia tiga puluh lima tahun.
Beliau juga menjelaskan:
فصل: في هذه السنة ولدت فاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم
ابن الجوزي الحنبلي، جمال الدين ابوالفرج عبد الرحمن بن علي بن محمد (متوفاى 597 هـ)، المنتظم في تاريخ الملوك والأمم، ج2، ص 328، ناشر: دار صادر - بيروت، الطبعة: الأولى، 1358.
Fathimah binti Rasulullah (s.a.w) telah lahir dalam tahun ini.
- Ibnu al-Jauzi al-Hanbali, Jamal al-Din Abu al-Faraj `Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad (lahir pada tahun 597 Hirjah), al-Muntazam fi tarikh al-muluk wal umam, jilid 2 muka surat 328, penerbit Dar Shadir, Beirut, cetakan pertama 1358 Hijrah.
Abul Faraj al-Isfahani menulis:
وكان مولد فاطمة - عليها السلام - قبل النبوة وقريش حينئذٍ تبني الكعبة.
الاصفهاني، أبو الفرج علي بن الحسين (متوفاى356هـ)، مقاتل الطالبيين، ج1، ص12، طبق برنامه الجامع الكبير
Zaman kelahiran Fathimah (a.s) ialah sebelum kenabian, sementara kaum Quraysh sibuk membangunkan ka`bah ketika itu.
- Al-Isfahani, Abu al-Faraj Ali bin al-Husain (meninggal dunia tahun 356 Hijrah) Maqatil al-Thalibin, jilid 1 muka surat 12, menurut software al-Jami` al-Kabir.
Ahli Sunnah juga menukilkan riwayat daripada imam Baqir (a.s) khusus mengenai pandangan ini:
قرأت على أبي غالب ابن البنا عن أبي محمد الجوهري أنبأنا أبو عمر بن حيوية أنبأنا أبو الحسن بن معروف حدثنا الحسين بن الفهم أنبأنا محمد بن سعد أنبأنا محمد بن عمر أنبأنا أبو بكر بن عبد الله بن أبي سبرة عن يحيى بن شبل عن أبي جعفر قال دخل العباس على علي بن أبي طالب وفاطمة وهي تقول أنا أسن منك فقال العباس أما أنت يا فاطمة فولدت وقريش تبني الكعبة والنبي صلى الله عليه وسلم ابن خمس وثلاثين سنة وأما أنت يا علي فولدت قبل ذلك بسنوات
ابن عساكر الدمشقي الشافعي، أبي القاسم علي بن الحسن إبن هبة الله بن عبد الله،(متوفاى571هـ)، تاريخ مدينة دمشق وذكر فضلها وتسمية من حلها من الأماثل، ج3، ص157، تحقيق: محب الدين أبي سعيد عمر بن غرامة العمري، ناشر: دار الفكر - بيروت - 1995.
Imam Baqir (a.s) berkata: Abbas menemui Ali bin Abi Talib dan melihat Fathimah berkata kepadanya: Usiaku lebih tua daripadamu. Abbas berkata kepada Fathimah: Ketahuilah wahai Fathimah! Ketika engkau lahir ke dunia kaum Quraysh sedang membangunkan kaabah dan Rasulullah (s.a.w) berusia 35 tahun. Namun wahai Ali engkau telah lahir bertahun-tahun sebelum ini.
- Ibnu `Asakir al-Dimashqi al-Shafi’I, Abi al-Qasim Ali bin al-Hasan ibn Hibbatullah bin Abdullah (meninggal dunia tahun 571 Hirjah), Tarikh madinah dimasyq wa zikr fadhliha wa tasmiyah man Hallaha min al-Amthal, jili 3 muka surat 157, tahqiq: Muhibbuddin Abi Saʻid Umar bin Garamah al-ʻAmri, penerbit Darul Fikr, Beirut 1995.
`Ashimi Makki juga menganggap ianya adalah pandangan yang paling sahih dan menyatakan sebagai berikut:
وقد علمت أن الأصح من مولدها أنه كان قبل النبوة بخمس سنين حال بناء قريش الكعبة وسنه عليه الصلاة والسلام إذ ذاك خمس وثلاثون سنة.
العاصمي المكي، عبد الملك بن حسين بن عبد الملك الشافعي (متوفاى1111هـ)، سمط النجوم العوالي في أنباء الأوائل والتوالي، ج1، ص536، تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود- علي محمد معوض، ناشر: دار الكتب العلمية.
Telah diketahui bahawa kelahirannya yang paling sahih ialah sebelum kenabian, iaitu lima tahun ketika kaum Quraysh membangunkan kaabah dan usia Nabi (s.a.w) ketika itu ialah tiga puluh lima tahun.
- Al-`Ashimi al-Makki, Abdul Muluk bin Husain bin Abdul Muluk al-Shafi’I (meninggal dunia tahun 1111 Hijrah), Samt Al-Nujum Al-‘Awali fi Anba’ Al-Awail Wa Al-Tawali, jilid 1 muka surat 536, tahqiq `Adil Ahmad `Abdul Maujud, Ali Muhammad Mu`awwidh, penerbit Dar al-Kutub al-`Ilmiyah
Empat tahun sebelum kenabian.
Pendapat kedua dalam pandangan ini ialah Sayyidah Fathimah az-Zahra (a.s) lahir sebelum kenabian. Abu Na`im al-Ishfahani menulis tentang perkara ini seperti berikut:
حدثنا أحمد بن إسحاق ، ثنا محمد بن أحمد بن سليمان الهروي في كتاب الدلائل ، ثنا إبراهيم بن أحمد الخطابي ، حدثني عبد الله بن شبيب ، عن إبراهيم بن المنذر ، حدثني عبد العزيز بن عمران ، حدثني عبد الله بن المؤمل ، عن أبيه ، قال : «ولدت فاطمة رضي الله عنها قبل النبوة بأربع سنين»
الأصبهاني، أبو نعيم أحمد بن عبد الله بن أحمد بن إسحاق بن موسى بن مهران (متوفاي430هـ)، أخبار أصبهان، ج2، ص176، دار النشر: طبق برنامه الجامع الكبير.
Ahmad bin Ishaq telah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Ahmad bin Sulaiman al-Herawi telah menceritakan kepada kami di dalam kitab al-Dala’il, Ibrahim bin Ahmad al-Khattabi telah menceritakan kepada kami, Abdullah bin Shabib telah menceritakan kepada kami, daripada Ibrahim bin al-Munzir, `Abdul Aziz bin `Imran telah menceritakan kepada kami, `Abdullah bin al-Mu’ammal telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya yang berkata:
Fathimah (a.s) telah lahir empat tahun sebelum kenabian.
- Al-Isfahani, Abu Na`im Ahmad bin `Abdullah bin Ahmad bin Ishaq bin Musa bin Mihran (meninggal dunia tahun 430 Hijrah), Akhbar Ashbahan, jilid 2 muka surat 176, Dar al-Nashr: Berasaskan software al-Jami al-Kabir.
Satu atau dua tahun sebelum bi`thah:
Dalam pandangan yang lain, kelahiran Fathimah az-Zahra (a.s) ialah satu tahun sebelum bi`thah atau lebih kurang dari tahun tersebut. Ibnu Hajar menulis:
وكان مولدها قبل البعثة بقليل نحو سنة أو أكثر وهي أسن من عائشة بنحو خمس سنين.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، ج8، ص54، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ - 1992م.
Tahun kelahirannya ialah lebih kurang setahun sebelum bi`thah, atau lebih dari itu, beliau lebih tua dari Aisyah sebanyak lima tahun.
- Al-`Asqalani al-Shafi`I, Ahmad bin Ali bin Hajar abu al-Fadhl, meninggal dunia tahun 852 Hijrah) al-Ishabah fi tamyiz al-Sahabah, jilid 8 muka surat 54, tahqiq Ali Muhammad al-Bajawi, penerbit Dar al-Jail, Beirut, cetakan pertama 1412 Hijrah 1992 masihi.
Shalihi al-Shami juga berkata:
وقيل : كان مولدها قبل البعثة بقليل نحو سنة أو أكثر ...
الصالحي الشامي، محمد بن يوسف (متوفاى942هـ)، سبل الهدي والرشاد في سيرة خير العباد، ج11، ص37، تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود وعلي محمد معوض، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1414هـ.
Kelahirannya dikatakan kurang setahun atau lebih sebelum bi`thah.
- Al-Shalihi al-Shami, Muhammad bin Yusuf (meninggal dunia tahun 942 Hijrah), Subul al-Huda wa al-rashad fi sirah khair al-`Ibad, jilid 11 muka surat 37, tahqiq: `Adil Ahmad `Abdul Maujud wa Ali Muhammad Mu`Awwidh, Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, Beirut, cetakan pertama 1414 Hijrah.
Kritikan pandangan kelahiran Fathimah az-Zahra sebelum bi`thah:
Semua pandangan ini tidak dapat diterima kerana:
Pertamanya: Dalam pandangan ini, terdapat perbezaan ketara dalam menentukan tarikh kelahiran beliau; iaitu lima tahun sebelum bi`thah sehingga setahun sebelumnya. Para pembaca yang melihat pandangan ini sendiri tertanya-tanya bahawa yang mana satukah daripadanya dapat diterima dan yang mana satu dapat dipegang?.
Kedua: Banyak riwayat di dalam sumber Syiah dan Ahli Sunnah menyatakan bahawa nutfah Fathimah az-Zahra (a.s) berasal dari buah-buahan syurga yang dibawa Jibrail (a.s) kepada Rasulullah (s.a.w) di malam Mi`raj. Sebelum bi`thah, malaikat yang menurunkan wahyu tidak pernah bertemu dengan Rasulullah (s.a.w).
Adalah diyakini bahawa kisah kelahiran Fathimah az-Zahra (a.s) sebelum bi`thah hanyalah propaganda untuk mengingkari kedudukan nutfah Fathimah az-Zahra (a.s) dari buah-buahan syurga semata-mata.
Ketiga, ulama Ahli Sunnah yang mempunyai pendapat bahawa kelahiran Fathimah az-Zahra terjadi setelah bi`thah juga turut menolak pandangan sebelum ini. Oleh itu kesimpulannya pandangan pertama tidak dapat dipegang.
Pandangan kedua, kelahiran Fathimah az-Zahra setelah bi`thah.
Pandangan kedua ulama Ahli Sunnah ialah Fathimah az-Zahra (a.s) lahir ke dunia setelah bi`thah; Namun terdapat dua pandangan yang telah dinukilkan iaitu:
A: Kelahiran Fathimah az-Zahra setahun setelah bi`thah:
Menurut salah satu riwayat Ahli Sunnah, Fathimah az-Zahra (a.s) telah lahir setelah bi`thah iaitu ketika Rasulullah (s.a.w) berusia empat puluh satu tahun. Riwayat ini telah dinukilkan oleh Hakim al-Nisyaburi:
أخبرنا أبو إسحاق إبراهيم بن محمد بن يحيى المزكي وأبو الحسين بن يعقوب الحافظ قالا ثنا محمد بن إسحاق بن إبراهيم قال سمعت عبد الله بن محمد بن سليمان بن جعفر الهاشمي يذكر عن أبيه عن جده قال ولدت فاطمة رضي الله عنها سنة إحدى وأربعين من مولد رسول الله صلى الله عليه وسلم.
الحاكم النيسابوري، ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاى405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج3، ص176، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990
`Abdullah bin Muhammad Hashimi telah menukilkan daripada datuk-datuknya bahawa Fathimah telah lahir ke dunia setelah empat puluh satu tahun Rasulullah (s.a.w) lahir.
- Al-Hakim al-Nisyaburi, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah (meninggal dunia tahun 405 Hijrah), al-Mustadrak `Ala Sahihain, jilid 3 muka surat 176, tahqiq Musthafa `Abd al-Qadir `Atha, Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, Beirut, cetakan pertama 1411 Hijah – 1990 masihi.
B: Kelahiran Fathimah az-Zahra dalam tahun kelima bi`thah (8 tahun sebelum Hijrah)
Menurut salah satu pandangan yang lain, ulama Ahli Sunnah menganggap kelahiran Fathimah az-Zahra (a.s) ialah lapan tahun sebelum Hijrah iaitu lima tahun sebelum Hijrah; ini disebabkan Rasulullah (s.a.w) berada di Makkah selama tiga belas tahun dan apabila ditolak dengan lapan tahun maka didapati bakinya ialah lima tahun. Kesimpulannya kelahiran Fathimah az-Zahra (a.s) ialah tahun ke-lima bi`thah.
Mas`udi di dalam kitab Murūj al-Dzahab membahaskan tentang tahun-tahun selepas Hijrah dan menulis:
وقد قيل: إن مولد فاطمة رضي اللّه تعالى عنها كان قبل الهجرة بثمان سنين.
المسعودي، ابوالحسن علي بن الحسين بن علي (متوفاى346هـ) مروج الذهب، ج1، ص285، طبق برنامه الجامع الكبير.
Telah dikatakan bahawa kelahiran Fathimah RaḍiaLlahu Ta`ala `Anha adalah lapan tahun sebelum Hijrah. – Al-Mas`ūdī, Abu Al-Ḥasan `Alī bin al-Ḥusain bin `Alī (meninggal dunia tahun 346 Hijrah), Murūj al-Dzahab, jilid 1 muka surat 285 Hijrah, menurut software al-Jāmi` al-Kabīr.
Oleh kerana Mas`ūdi tidak menukilkan kata-kata dari orang lain, maka diketahuilah bahawa beliau telah menerima pandangan tersebut. Ini dikuatkan lagi dengan perkataan Qad (قد) yang telah digunakan beliau.
Ibnu Ḥajar di dalam kitab Fatḥ al-Bārī, al-`Aynī di dalam kitab `Umdah al-Qārī dan Mubarakfurī di dalam kitab Tuḥfah al-Ahwadzī menjelaskan bahawa Fathimah Az-Zahra (a.s) telah lahir di dalam Islam:
( قوله باب مناقب فاطمة ) أي بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم رضي الله تعالى عنها وأمها خديجة عليها السلام ولدت فاطمة في الاسلام وقيل قبل البعثة
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852 هـ)، فتح الباري شرح صحيح البخاري، ج7، ص81، تحقيق: محب الدين الخطيب، ناشر: دار المعرفة - بيروت.
العيني الغيتابي الحنفي، بدر الدين ابومحمد محمود بن أحمد (متوفاي 855هـ)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري، ج 16، ص249، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.
المباركفوري، أبو العلا محمد عبد الرحمن بن عبد الرحيم (متوفاى1353هـ)، تحفة الأحوذي بشرح جامع الترمذي، ج10، ص250، دار الكتب العلمية – بيروت.
Kata-katanya dalam bab keutamaan Fathimah, iaitu anak perempuan Rasulullah (s.a.w) RaḍiaLlahu Ta`alā `Anhā, dan ibunya ialah Khadijah `Alaihassalam, Fathimah telah lahir dalam Islam dan dikatakan sebelum peristiwa bi`thah.
- Al-`Asqalānī al-Shāfi`ī, Aḥmad bin `Alī bin Ḥajar Abul Faḍl (meninggal dunia tahun 852 Hijrah), Fatḥ al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, jilid 7, muka surat 81, Taḥqīq al-`Aynī al-Ghitābī al-Ḥanafī, Badr al-Dīn Abū Muḥammad Mahmūd bin Aḥmad (meninggal dunia tahun 855 Hijrah), `Umdah al-Qārī Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, jilid 16 muka surat 249, Penerbit Dār Iḥyā al-`Arabī- Beirut.
- Al-Mubarakfurī, Abū al-`Alā Muḥammad `Abd al-Raḥmān bin `Abd al-Raḥīm (meninggal dunia tahun 855 Hijrah), Tuhfah al-Ahwadzī Bi Sharḥ Jāmi` al-Tarmidzī, jilid 10 muka surat 250, Dār al-Kutub al-`Ilmiyah - Beirut.
Pandangan Syiah
A) Tahun ke-lima Bi`thah (pendapat masyhur)
Pandangan masyhut di kalangan Syiah ialah Sayyidah Zahra (a.s) telah lahir pada tahun ke lima setelah bi`thah dan kenabian Rasulullah (s.a.w) dan riwayat sahih mengesahkan perkara ini.
Riwayat pertama daripada Imam Sajjād (a.s)
Salah satu riwayat sahih daripada Imam Sajjād (a.s) telah menegaskan pendapat ini yang mana al-Kulaynī menukilkannya seperti berikut.
536 - ابْنُ مَحْبُوبٍ عَنْ هِشَامِ بْنِ سَالِمٍ عَنْ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ سَأَلْتُ عَلِيَّ بْنَ الْحُسَيْنِ عليه السلام ابْنُ كَمْ كَانَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ عليه السلام يَوْمَ أَسْلَمَ فَقَالَ أَ وَ كَانَ كَافِراً قَطُّ إِنَّمَا كَانَ لِعَلِيٍّ عليه السلام حَيْثُ بَعَثَ اللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ رَسُولَهُ صلي الله عليه وآله عَشْرُ سِنِينَ وَ لَمْ يَكُنْ يَوْمَئِذٍ كَافِراً وَ لَقَدْ آمَنَ بِاللَّهِ تَبَارَكَ وَ تَعَالَى وَ بِرَسُولِهِ صلي الله عليه وآله وَ سَبَقَ النَّاسَ كُلَّهُمْ إِلَى الْإِيمَانِ بِاللَّهِ وَ بِرَسُولِهِ صلي الله عليه وآله وَ إِلَى الصَّلَاةِ بِثَلَاثِ سِنِين...
قَالَ فَقُلْتُ لِعَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ عليه السلام فَمَتَى زَوَّجَ رَسُولُ اللَّهِ صلي الله عليه وآله فَاطِمَةَ مِنْ عَلِيٍّ عليه السلام فَقَالَ بِالْمَدِينَةِ بَعْدَ الْهِجْرَةِ بِسَنَةٍ وَ كَانَ لَهَا يَوْمَئِذٍ تِسْعُ سِنِينَ قَالَ عَلِيُّ بْنُ الْحُسَيْنِ عليه السلام وَ لَمْ يُولَدْ لِرَسُولِ اللَّهِ صلي الله عليه وآله مِنْ خَدِيجَةَ عليها السلام عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ إِلَّا فَاطِمَةُ عليها السلام ....
الكليني الرازي، أبو جعفر محمد بن يعقوب بن إسحاق (متوفاى328 هـ)، الأصول من الكافي، ج8، ص339، ناشر: اسلاميه، تهران، الطبعة الثانية،1362 هـ.ش.
Sa`īd bin Musayyab berkata: Aku bertanya kepada `Alī bin al-Ḥusain, bila Rasulullah (s.a.w) mengahwinkan Fathimah dengan Ali? Beliau berkata: Di Madinah, setahun selepas Hijah sedangkan Fathimah ketika itu berusia sembilan tahun. Ali bin Husain (a.s) berkata: Rasulullah (s.a.w) tidak mempunyai anak daripada Khadijah sejak permulaan Islam melainkan Fathimah (a.s)...
- Al-Kulaynī al-Razī, Abū Ja`far Muḥammad bin Ya`qūb bin Isḥāq (meninggal dunia tahun 328 Hijrah), al-Uṣūl min al-Kāfī, jilid 8 muka surat 339, penerbit al-Islāmiyah, Tehran, cetakan ke-dua, 1362 Hijri Shamsī
Riwayat ini juga terdapat di dalam kitab Baṣā’ir Darajāt dengan ringkasan dan sanad yang sama:
الحلي، الحسن بن سليمان (متوفاي قرن نهم)، مختصر بصائر الدرجات، ص131، ناشر : منشورات المطبعة الحيدرية - النجف الأشرف، چاپ: الأولى1370 - 1950 م
Al-Ḥillī, al-Ḥasan bin Sulaymān (meninggal dunia pada kurun ke-sepuluh), Mukhtaṣār Baṣāir al-Darajāt, muka surat 131, penerbit Manshārāt al-Maṭba`ah al-Haydariba`ah al-Haydariyyah – al-Najaf al-Ashraf, cetakan pertama 1370 Hijrah - 1950 Masihi.
Analisa riwayat:
Pertama: Dalam riwayat ini, Imam Sajjād (a.s) menjelaskan bahawa satu-satunya anak Rasulullah (s.a.w) daripada Khadijah di awal Islam ialah Sayyidah Fathimah az-Zahra (a.s):
وَ لَمْ يُولَدْ لِرَسُولِ اللَّهِ صلي الله عليه وآله مِنْ خَدِيجَةَ عليها السلام عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ إِلَّا فَاطِمَةُ.
Dan tidak lahir untuk Rasulullah (s.a.w) daripada Khadijah (a.s) pada permulaan Islam melainkan Fathimah.
Kedua: Terdapat kenyataan bahawa:
فَقَالَ بِالْمَدِينَةِ بَعْدَ الْهِجْرَةِ بِسَنَةٍ وَ كَانَ لَهَا يَوْمَئِذٍ تِسْعُ سِنِينَ.
Beliau berkata: Di Madinah setelah setahun Hijrah, Fathimah ketika itu berusia sembilan tahun.
Dengan jelas dan tepat, usia Sayyidah Fathimah az-Zahra (a.s) ketika berkahwin ialah 9 tahun (8+1=9) dan sebagai kesimpulan beliau telah lahir pada tahun ke-lima Bi`thah.
Hadis kedua daripada Imam Ja`far al-Sādiq (a.s) dengan sanad yang muktabar:
Di dalam riwayat muktabar yang lain, Ibnu Jarīr al-Ṭabarī al-Shi`ī menukilkan sebuah hadis dengan riwayat sahih yang menjelaskan bahawa Imam Ja’far al-Sādiq (a.s) selaku ketua mazhab Ja’fariyyah menganggap kelahiran beliau pada tahun ke-lima bi`thah:
حدثني أبو الحسين محمد بن هارون بن موسى التلعكبري، قال: حدثني أبي، قال: حدثني أبو علي محمد بن همام بن سهيل (رضي الله عنه)، قال: روى أحمد ابن محمد بن البرقي، عن أحمد بن محمد الأشعري القمي، عن عبد الرحمن بن أبي نجران، عن عبد الله بن سنان ، عن ابن مسكان، عن أبي بصير، عن أبي عبد الله جعفر بن محمد (عليه السلام)، قال: ولدت فاطمة (عليها السلام) في جمادى الآخرة، يوم العشرين منه، سنة خمس وأربعين من مولد النبي (صلى الله عليه وآله). وأقامت بمكة ثمان سنين، وبالمدينة عشر سنين، وبعد وفاة أبيها خمسة وسبعين يوما.
الطبري، ابي جعفر محمد بن جرير بن رستم (متوفاي قرن پنجم)، دلائل الامامة، ص134، تحقيق: قسم الدراسات الإسلامية - مؤسسة البعثة، ناشر: مركز الطباعة والنشر في مؤسسة البعثة، قم، چاپ: الأولى1413
Abu `AbdiLlah Ja’far bin Muḥammad (a.s) berkata: Fathimah az-Zahra (a.s) lahir pada 20 Jamadil Akhir, ketika Nabi (s.a.w) berusia empat puluh lima tahun, Fathimah tinggal di Makkah selama sembilan tahun dan di Madinah selama sepuluh tahun, dan hidup selama tujuh puluh lima hari setelah kewafatan ayahnya.
- Al-Ṭabarī, Abī Ja`far bin Jarīr bin Rustam (meninggal dunia pada kurun ke lima), Dalā’il al-Imāmah, Muka surat 134 Hijrah, Taḥqīq: Qism al-Dirāsāt al-Islāmiyah – Mu’asasah al-Bi`thah, Penerbit: Markaz al-Ṭibā`ah wa al-Nashr Fī Mu’asasah al-Bi`thah, Qom, cetakan pertama 1413 Hijrah.
Pensahihan sanad riwayat dari ulama Syiah:
Riwayat ini menurut ulama Syiah adalah muktabar dan beberapa tokoh-tokohnya telah menjelaskan kesahihan dan kemuktabarannya. Marhum Syeikh Abbas al-Qummi menulis:
وروى محمد بن جرير الطبري الإمامي بسند معتبر عن أبي بصير ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال : قبضت فاطمة عليها السلام في جمادي الآخرة يوم الثلاثاء لثلث خلون منه سنة إحدى عشرة من الهجرة ، وكان سبب وفاتها أن قنفذ مولى عمر لكزها بنعل السيف أمره فأسقطت محسنا ...
القمي، الشيخ عباس(متوفاي1359هـ)، بيت الأحزان، ص189، ناشر: دار الحكمة - قم – إيران، چاپخانه: أمير، سال چاپ: 1412
Diriwayatkan Muhammad bin Jarir al-Ṭabarī al-Imāmī, dengan sanad yang muktabar daripada Abī Baṣīr, daripada Abī AbdiLlah (a.s) yang berkata….
- Al-Qummi, al-Syeikh Abbas (meninggal dunia tahun 1359 Hijrah), Baitul Aḥzān, muka surat 189, penerbit Dār al-Ḥikmah, Qom – Iran, penerbit Amīr, tahun cetakan 1412 Hijrah.
Sayid Hāshim Hashimī juga menjelaskan kemuktabaran sanad riwayat serangan ke atas rumah Fathimah dan menulis:
ويؤيده أيضا ما في البحار ج 43 ، باب 7 ، رقم 11 عن دلائل الإمامة للطبري بسند معتبر عن الصادق عليه السلام : (وكان سبب وفاتها ان قنفذا مولاه لكزها بنعل السيف بأمره فأسقطت محسنا ).
حوار مع فضل الله حول الزهراء (س) - السيد هاشم الهاشمي، ص310 ، طبق برنامه مكتبة اهل البيت
Ditegaskan seperti dalam kitab al-Biḥār, jilid 3 bab 7, nombor 11, mengenai dalil-dalil imāmah yang dikemukakan oleh al-Ṭabarī dengan sanad muktabar daripada Imam Ja`far al-Ṣādiq…
- Ḥiwār Ma`a FaḍluLlah Ḥawla al-Zahrā - Sayyid Hāshim al-Hāshimi, muka surat 310, menurut software Maktabah Ahlul Bait.
Penyelidik terkenal di zaman ini, Sayid Ja`far Murtaḍā `Āmilī mengesahkan kesahihan sanad riwayat tersebut dan menulis:
وسند الرواية صحيح .
العاملي، السيد جعفر مرتضي (معاصر)، مأساة الزهراء عليها السلام شبهات وردود، ج2، ص 66، ناشر: دار السيرة بيروت - لبنان، الطبعة: الثانية، 1418هـ ـ 1997م.
Sanad riwayat tersebut adalah sahih.
- Al-`Amili, al-Sayid Ja`far Murtaḍā, Ma’sāh al-Zahra’ `Alayha al-Salām Shubuhāt Wa al-Rudūd, jilid 2 muka surat 66, penerbit Dār al-Sīrah, Beirut, Lubnan, cetakan kedua, 1418 Hijrah 1997 Masihi
Al-Marhum Ayatullah Aghā Mirzā Jawad Tabrīzī turut mengakui kemuktabaran sanad hadis tersebut:
عن دلائل الإمامة للطبري بسند معتبر عن الصادق ( ع ) ... وكان سبب وفاتها أن قنفذا مولى الرجل لكزها بنعل السيف بأمره فأسقطت محسنا.
صراط النجاة - الميرزا جواد التبريزي، ج3، ص441، طبق برنامه مكتبة اهل البيت
Mengenai dalil-dalil imāmah oleh Ṭabarī dengan sanad muktabar daripada Imam Ja`far al-Sādiq…
- Ṣirāṭ al-Najāt - al-Mirzā Jawād al-Tabrīzī, jilid 3 muka surat 441, menurut software Maktabah Ahlul Bait
وحدثنا محمد بن عبد الله، قال: حدثنا أبو علي محمد بن همام، قال: روى أحمد بن محمد البرقي، عن أحمد بن محمد بن عيسى الأشعري القمي، عن عبد الرحمن بن أبي نجران، عن عبد الله بن سنان، عن ابن مسكان، عن أبي بصير، عن أبي عبد الله جعفر بن محمد (عليهما السلام) قال: ولدت فاطمة (عليها السلام) في جمادى الآخرة يوم العشرين منه، سنة خمس وأربعين من مولد النبي (صلى الله عليه وآله)، فأقامت بمكة ثمان سنين، وبالمدينة عشر سنين، وبعد وفاة أبيها خمسة وتسعين يوما، وقبضت في جمادى الآخرة يوم الثلاثاء لثلاث خلون منه، سنة إحدى عشرة من الهجرة (صلوات الله وسلامه عليها وعلى أبيها وبعلها وبنيها).
دلائل الامامة - محمد بن جرير الطبري ( الشيعي)، ص 79
Abi `AbdiLlah Ja`far bin Muḥammad (a.s) berkata: Fathimah az-Zahra lahir pada 20 Jamadil Akhir, tahun ke-empat puluh lima usia Rasulullah (s.a.w)…
- Dalā’il al-Imāmah, Muḥammad bin Jarīr al-Ṭabarī (al-Shī`ī), muka surat 79.
Riwayat ke-tiga daripada Imam Bāqir (a.s)
Imam Bāqir (a.s) juga menjelaskan bahawa Fahimah az-Zahra lahir pada tahun ke lima Bi`thah:
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ جَعْفَرٍ وَ سَعْدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ جَمِيعاً عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مَهْزِيَارَ عَنْ أَخِيهِ عَلِيِّ بْنِ مَهْزِيَارَ عَنِ الْحَسَنِ بْنِ مَحْبُوبٍ عَنْ هِشَامِ بْنِ سَالِمٍ عَنْ حَبِيبٍ السِّجِسْتَانِيِّ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا جَعْفَرٍ ع يَقُولُ وُلِدَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ مُحَمَّدٍ ص بَعْدَ مَبْعَثِ رَسُولِ اللَّهِ بِخَمْسِ سِنِينَ وَ تُوُفِّيَتْ وَ لَهَا ثَمَانَ عَشْرَةَ سَنَةً وَ خَمْسَةٌ وَ سَبْعُونَ يَوْما.
الكليني الرازي، أبو جعفر محمد بن يعقوب بن إسحاق (متوفاى328 هـ)، الأصول من الكافي، ج1، ص457، ناشر: اسلاميه، تهران، الطبعة الثانية،1362 هـ.ش.
Ḥabib bin Ja`far dan Sa`d bin AbdiLlah meriwayatkan daripada Ibrahim bin Mahziyar, daripada saudaranya Alī bin Mahziyar, daripada al-Ḥasan bin Maḥbūb, daripada Hishām bin Sālim, daripada Ḥabīb al-Sahjastānī yang berkata: Aku telah mendengar Abā Ja`far berkata: Fathimah binti Muḥammad lahir setelah lima tahun bi`thah Rasulullah (s.a.w)…
- Al-Kulaynī al-Rāzī, Abū Ja`far Muḥammad bin Ya`qāb bin Isḥāq (meninggal dunia tahun 328 Hijrah), al-Uṣūl Min al-Kāfī, jilid 1 muka surat 457, penerbit Islāmiyyah, Tehran, cetakan kedua, 1362 Hijri Shamsī.
Kesimpulannya ialah menurut riwayat yang sahih dan muktabar ini, Fathimah az-Zahra lahir pada tahun ke lima bi`thah dan menurut pandangan masyhur, riwayat ini mempunyai sanad-sanad yang kuat dan sahih.
Kata-kata ulama Syiah yang menyokong pendapat ini:
Di sepanjang sejarah, ulama besar Syiah telah menegaskan pandangan ini yang mana bahagian
1. Muḥammad bin Ya`qub al-Kulaynī (meningal dunia tahun 328 Hijrah)
Thiqatul Islām al-Kulaynī merupakan salah seorang ahli hadis Syiah telah menulis satu bab berjudul “Bāb Mawlid al-Zahrā Fathimah `Alayhā al-Salām”
مرحوم ثقة الاسلام كليني، از محدثان مورد اعتماد شيعه، در اصول كافي بابي را در تحت عنوان «بَابُ مَوْلِدِ الزَّهْرَاءِ فَاطِمَةَ عليها السلام» باز كرده و در همان ابتدا تصريح اينگونه تصريح ميكند:
وُلِدَتْ فَاطِمَةُ عَلَيْهَا وَ عَلَى بَعْلِهَا السَّلَامُ بَعْدَ مَبْعَثِ رَسُولِ اللَّهِ صلي الله عليه وآله بِخَمْسِ سِنِينَ وَتُوُفِّيَتْ عليها السلام وَلَهَا ثَمَانَ عَشْرَةَ سَنَةً وَ خَمْسَةٌ وَ سَبْعُونَ يَوْماً وَ بَقِيَتْ بَعْدَ أَبِيهَا صلي الله عليه وآله خَمْسَةً وَ سَبْعِينَ يَوْماً.
الكليني الرازي، أبو جعفر محمد بن يعقوب بن إسحاق (متوفاى328 هـ)، الأصول من الكافي، ج1، ص458، ناشر: اسلاميه، تهران، الطبعة الثانية،1362 هـ.ش.
Fathimah (a.s) lahir lima tahun setelah bi`thah. Beliau wafat ketika berusia tujuh belas tahun dan tujuh puluh lima hari, iaitu tujuh puluh lima hari setelah kewafatan ayahnda beliau (s.a.w).
- Al-Kulaynī al-Rāzī, Abū Ja`far Muḥammad bin Ya`qūb bin Isḥāq (meninggal dunia 328 Hijrah), al-Uṣūl Min al-Kāfī, jilid 1 muka surat 458, penerbit Al-Islāmiyyah, Tehran, cetakan kedua 1362 Hijrī Shamsī.
2. Kātib al-Baghdādī (meninggal dunia tahun 325 Hijrah)
Al-Marḥūm Ayatullah al-Uẓmā Mar`ashī al-Najāfī pernah menghimpun tujuh koleksi tulisan ulama Syiah mengenai para Imam (a.s) dan di dalam kitab Majmu`ah al-Nafīsah beliau memetik dari kenyataan Kātib al-Baghdādī dalam Kitab Tārīkh al-A’immah seperti berikut:
1. تاريخ الأئمة عليهم السلام تأليف الحافظ الثقة الأقدم أبى بكر محمد ابن أحمد بن عبد الله بن إسماعيل بن أبي الثلج الكاتب البغدادي المولود سنه 237 ه ق والمتوفى سنه 325 ق أو سنه 323 ق أو سنه 322 ق
1. Tārīkh al-A’immah (a.s) ditulis oleh al-Ḥāfiẓ, seorang yang thīqah, Abī Bakr Muḥammad ibnu Aḥmad bin AbdiLlah bin Ismā`īl bin Abī Thalj al-Kātib al-Baghdādī, lahir pada tahun 237 Hijrah, meninggal dunia tahun 325 atay 232 Hijrah, ataupun 322 Hijrah.
Al-Kātib al-Baghdādī menjelaskan secara terperinci tentang tarikh tepat kelahiran Fathimah az-Zahra:
فاطمة الزهراء عليها السلام قال ولدت فاطمة عليها السلام بعد ما أظهر الله نبوته بخمس سنين وقريش تبنى البيت وتوفيت ولها ثماني عشر سنة وخمسه وسبعون يوما وكان عمرها مع النبي صلى الله عليه وآله بمكة ثماني سنين وهاجرت مع النبي صلى الله عليه وآله إلى المدينة وأقامت بالمدينة عشر سنين وأقامت مع أمير المؤمنين عليه السلام من بعد وفاة رسول الله صلى الله عليه وآله ، خمسة وسبعين يوما وولدت الحسن بن علي عليهما السلام ولها إحدى عشرة سنة بعد الهجرة .
الكاتب البغدادي ، محمد بن احمد ابن أبي الثلج (متوفاي 325هـ) تاريخ الأئمة، ص7، ناشر : مكتب آية الله العظمى المرعشي النجفي – قم، سال چاپ : 1406
Fathimah az-Zahra (a.s) lahir setelah lima tahun zuhurnya kenabian ketika Quraysh membina Ka`bah. Beliau wafat pada usia 18 tahun 75 hari. Selama hidup, beliau bersama-sama dengan Rasulullah di Makkah selama 8 tahun dan di Madinah selama 10 tahun. Setela kewafatan baginda, beliau hidup bersama-sama Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib selama 75 hari. Ketika Hasan bin Ali lahir, beliau sudah berusia 11 tahun.
- Al-Kātib al-Baghdādī, Muḥammad bin Aḥmad bin Abī al-Thalj (meninggal dunia tahun 325 Hijrah) Tārīkh al-A’immah, muka surat 7, penerbit Maktab Ayatullah al-`Uẓmā al-Mar`āshī al-Najāfī, Qom, tahun 1406 Hijrī Shamsī.
3. Husayn bin Ḥamdān al-Khaṣībī
Al-Khaṣībī menulis:
باب سيدة النساء ( عليها السلام ) قال السيد الحسين بن حمدان الخصيبي بإسناده : ولدت فاطمة بنت رسول الله ( صلى الله عليه وآله ) بعد خمس سنين من ظهور الرسالة ونزول الوحي ومن بناء الحرم الذي أراد أبرهة ابن الصباح الجبار خرابه،
الخصيبي، الحسين بن حمدان (متوفاي334هـ)، الهداية الكبرى، ص175، ناشر: مؤسسة البلاغ للطباعة والنشر والتوزيع - بيروت – لبنان، چاپ : الرابعة، سال چاپ : 1411 - 1991 م
Fathimah az-Zahra (a.s), anak perempuan Rasulullah lahir setelah lima tahun zuhurnya risalah dan penurunan wahyu serta pembinaan al-Ḥaram yang ingin diruntuhkan oleh Abrahah.
- Al-Khaṣībī, Al-Ḥusayn bin Ḥamdān (meninggal dunia tahun 334 Hijrah), al-Hidāyah al-Kubrā, muka surat 175, penerbit Yayasn al-Ballagh Li Ṭibā`ah wa al-Nashr wa al-Tawzī` - Beirut, Lubnan, cetakan ke-empat, tahun 1411 Hijrah 1991 Masihi.
4. Fattāl Nishābūrī (meninggal dunia tahun 508 Hijrah)
Beliau adalah ulama Syiah pada kurun ke lima Hijrah dan menulis dalam kitabnya:
اعلم أن فاطمة الزهراء ولدت بعد النبوة بخمس سنين، وبعد الاسراء بثلاث سنين ... وقبض النبي ولفاطمة عليها السلام يومئذ ثماني عشرة سنة ، وعاشت بعد أبيها اثنين وسبعين يوما .
النيسابوري ، ابو علي محمد بن الفتال (الشهيد 508هـ) ، روضة الواعظين ، تحقيق: السيد محمد مهدى السيد حسن الخرسان، ناشر: منشورات الرضي ـ قم.
Ketahuilah Fathimah az-Zahra lahir lima tahun setelah bi`thah, dan tiga tahun setelah peristiwa Isrā Mi`raj… Rasulullah (s.a.w) wafat dan Fathimah ketika itu berusia 18 tahun, dan beliau hidup setelah kewafatan ayahnya selama tujuh puluh dua hari.
- al-Nishābūrī, Abū `Alī Muḥammad bin al-Fattāl (Syahid pada tahun 508 Hijrah), Rawḍah al-Wā`iẓīn, Taḥqīq: al-Sayid Muḥammad Mahdī al-Sayid Ḥasan al-Khurasānī, penerbit: Manshurāt al-Riḍā – Qom.
5. Ṭabarsī (meninggal dunia tahun 548 Hijrah)
Al-Marhum al-Tabarsī juga menganggap kelahiran Fathimah az-Zahra ialah pada tahun ke-lima bi`thah dan tiga tahun setelah peristiwa Isra Mi`raj:
ولدت فاطمة عليها السلام بنت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بمكة في العشرين من جمادى الاخر سنه خمس من البعث ، وبعد الاسراء بثلث سنين، ...
الطبرسي، أبي علي الفضل بن الحسن (متوفاي548هـ)، تاج المواليد في مواليد الأئمة ووفياتهم، ص 21، ناشر: مكتب آية الله العظمى المرعشي النجفي – قم، چاپخانه : الصدر، سال چاپ : 1406
Fathimah az-Zahra binti Rasulillah (a.s) lahir di Makkah pada 20 Jamādil Ākhir tahun ke-lima Bi`thah, 3 tahun setelah al-Isrā.
6. Ibnu al-Khashshāb (meninggal dunia tahun 567 Hijrah).
Ibnu Khashshāb telah menukilkan riwayat daripada Imam Bāqir dan Imam Ṣādiq (a.s) dan menjelaskan bahawa mereka berkata:
( ذكر حالات فاطمة الزهراء ع ) عن محمد بن سنان عن محمد بن مسكان ، عن أبي بصير عن أبي عبد الله الصادق عليه السلام وحدثنا صدقة بن موسى حدثنا أبي عن الحسن بن محبوب عن هشام بن سالم عن حبيب السجستاني عن أبي جعفر محمد بن علي قالا : ولدت فاطمة بعد ما أظهر الله بنوة نبيه وانزل عليه الوحي بخمس سنين وقريش تبنى البيت وتوفيت ولها ثمانية عشر سنة وخمسة وسبعين يوما . وفى رواية صدقة ثمانية سنين.
البغدادي، عبد الله بن النصر ابن الخشاب (متوفاي567هـ)، تاريخ مواليد الأئمة، ص10، ناشر : مكتب آية الله العظمى المرعشي النجفي – قم، چاپخانه : الصدر، سال چاپ: 1406
Fathimah az-Zahra lahir setelah lima tahun Bi`thah dan penurunan wahyu…
- Al-Baghdādī, AbduLlah bin al-Naṣr ibn al-Khashshāb (meninggal dunia tahun 567 Hijrah), Tārīkh Mawālid al-A’immah, muka surat 10, penerbit: Maktab AyatuLlah al-Uẓmā al-Mar`Ashī al-Najāfī, Qom, percetakan 1406 Hijrah.
7. Ibnu Shahr Āshūb (meninggal dunia tahun 588 Hijrah)
Ibnu Shahr Āshūb menerangkannya secara terperinci seperti berikut:
ولدت فاطمة بمكة بعد النبوة بخمس سنين، وبعد الاسراء بثلاث سنين، في العشرين من جمادى الآخرة، وأقامت مع أبيها بمكة ثماني سنين، ثم هاجرت معه إلى المدينة فزوجها من علي بعد مقدمها المدينة بسنتين، أول يوم من ذي الحجة، وروي انه كان يوم السادس.
ابن شهرآشوب، رشيد الدين أبي عبد الله محمد بن علي السروي المازندراني (متوفاى588هـ)، مناقب آل أبي طالب، ج3 ، ص132، تحقيق: لجنة من أساتذة النجف الأشرف، ناشر: المكتبة والمطبعة الحيدرية، 1376هـ ـ 1956م.
Fathimah az-Zahra lahir di Makkah lima tahun setelah kenabian, iaitu tiga tahun setelah peristiwa Isrā, 10 Jamādil Ākhir, tinggal bersama ayahnya di Makkah selama 8 tahun, kemudian berhijrah ke Madinah, berkahwin dengan Ali setelah 2 tahun sampai ke Madinah…
- Ibn Shahr Āshūb, Rashid al-Dīn `Abdullah Muḥammad bin `Ali al-Sarwī al-Mazandarānī (meninggal dunia tahun 588 Hijrah), Manāqib Āl Abī Ṭālib, jilid 3 muka surat 132, Taḥqīq: Lajnah min asātidzah al-Najaf al-ashraf, penerbit al-Maktabah wa al-Maṭba`ah al-Ḥaydariyyah, 1376 Hijrah 1956 Miladi.
8 Muḥammad Bāqir al-Kajūrī (meninggal dunia tahun 1313 Hijrah)
Beliau juga menjelaskan bahawa Sayyidah Fathimah az-Zahra (a.s) lahir setelah 45 Tahun Gajah dan kelahiran Rasulullah (s.a.w):
وأقول : ولدت فاطمة الزهراء (عليها السلام) يوم الجمعة - على الرواية الصحيحة - لخمس وأربعين سنة بعد عام الفيل، وبعد ولادة أبيها ( صلى الله عليه وآله وسلم ) في عهد يزدجرد بن شهريار ملك العجم ، في مكة المعظمة
الكجوري، محمد باقر(متوفاي 1313هـ) ، الخصائص الفاطمية، ج1، ص404، تحقيق : ترجمة : سيد علي جمال أشرف، ناشر : انتشارات الشريف الرضي، چاپ : الأولى، سال چاپ : 1380 ش
Saya berkata: Fathimah az-Zahra (a.s) lahir pada hari Juma`at pada empat puluh tahun setelah Tahun Gajah berdasarkan riwayat sahih dan setelah kelahiran ayahandanya.
- Al-Kajārī, Muḥammad Bāqir (meninggal dunia tahun 1313 Hijrah), al-Khaṣā’ish al-Fāthimiyyah, jilid 1 muka surat 404, Taḥqīq & Terjemahan: Sayyid `Alī Jamāl Ashraf, penerbit: Intishārāt al-Sharif al-Rāḍī, cetakan pertama, tahun 1380 shamsī.
9. Shaykh `Abbās al-Qumī (meninggal dunia tahun 1359 Hijrah)
Beliau menulis di dalam kitab Baytul Aḥzān:
ولدت فاطمة صلوات الله عليها في جمادي الآخرة يوم العشرين منها، سنة خمس وأربعين من مولد النبي صلوات الله عليه وآله وكان بعد مبعثه بخمس سنين، كما روي عن الصادقين عليهما السلام ...
القمي، الشيخ عباس(متوفاي1359هـ)، بيت الأحزان، ص19، ناشر: دار الحكمة - قم – إيران، چاپخانه: أمير، سال چاپ: 1412
Fathimah (a.s) lahir pada 20 Jamadil akhir pada tahun ke-45 setelah kelahiran Rasulullah (s.a.w), dan setelah lima tahun bi`thah baginda sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Ja`far al-Sādiq (a.s) dan Imam Bāqir (a.s).
- Al-Qumī, al-Shaykh `Abbās (meninggal dunia tahun 1359 Hijrah), Bayt al-Aḥzān, muka surat 19, penerbit Dār al-Ḥikmah – Qom, Iran percetakan Amīr, tahun 1412 Hijrah.
Shaykh `Abbās al-Qumī turut menyatakan hal yang sama di dalam kitab Al-Anwār al-Bahiyyah, muka surat 53.
10. Sayid Muḥsin Amīn (meninggal dunia tahun 1317 Hijrah)
Pada mulanya Sayid Muḥsin Amīn menyentuh tentang pendapat Syaikh Ṭusī dan Syaikh Mufīd mengenai kelahiran Fathimah az-Zahra (a.s) dan mengulas:
وفي رواية أخرى سنة خمس من المبعث وقال الكليني وابن شهرآشوب ولدت بعد المبعث بخمس سنين وهو المروي عن الباقر عليه السلام وهو المشهور بين أصحابنا.
الأمين، السيد محسن (متوفاي1371هـ)، أعيان الشيعة، ج1، ص307، تحقيق وتخريج: حسن الأمين، ناشر: دار التعارف للمطبوعات - بيروت – لبنان، سال چاپ : 1403 - 1983 م
Di dalam riwayat lain ialah pada tahun ke-lima bi`thah, sementara itu al-Kulaynī dan Ibnu Shahr Āshūb berkata, Fathimah az-Zahra (a.s) lahir lima tahun setelah Bi`thah yang diriwayatkan daripada Imam Bāqir (a.s) dan ia adalah pandangan masyhur di kalangan Imamiah.
- Al-Amīn, al-Sayid Muḥsin (meninggal dunia tahun 1317 Hijrah), A`yān al-Shī`ah, jilid 1 muka surat 307, Taḥqīq wa Takhrij: Hasan al-Amīn, Penerbit: Dār al-Ta`aruf Li Maṭbū`āt, Beirut, Lubnan, cetakan tahun 1403 Hijrah – 1983 Miladi.
Kesimpulan:
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Sayid Muḥsin Amīn, pendapat masyhur tentang kelahiran Fathimah az-Zahra berasaskan riwayat sahih di kalangan Syiah Imāmiyah ialah setelah lima tahun bi`thah Rasulullah (s.a.w).
B: Tahun kedua bi`thah:
Tiga orang ulama Syiah yang lain seperti Syeikh Mufid, Syeikh Tūsī, Kaf`amī menyatakan bahawa kelahiran Sayyidah Fathimah az-Zahra ialah tahun kedua Hijrah.
Syeikh Mufid raḥmatuLlah `alayh menulis:
شهر جمادى الآخرة ... وفي اليوم العشرين منه سنة اثنتين من المبعث كان مولد السيدة الزهراء فاطمة بنت رسول الله عليهما السلام، ...
البغدادي، الشيخ المفيد محمد بن محمد بن النعمان ابن المعلم أبي عبد الله العكبري، (متوفاي 413هـ)، مسار الشيعة، ص 54، ناشر: مكتب آية الله العظمى المرعشي النجفي – قم، چاپ : سال چاپ : 1406
Kelahiran Sayyidah al-Zahra binti Rasulullah (s.a.w) ialah pada 20 Jamadil Akhir, tahun kedua Bi`thah.
- Al-Baghdādī, al-Shaykh al-Mufid Muḥammad bin al-Nu`mān ibnu al-Mu`allim Abī `AbdiLlah al-`Akbarī (meninggal dunia tahun 413 Hijrah), Masār al-ShĪah, muka surat 54, Penerbit Maktabah AyatuLlah al-`Uẓmā al-Mar`ashī al-Najafī – Qom, cetakan tahun 1406.
Shaykh al-Ṭūsī, murid Shaykh Mūfid juga mempunyai pendapat seperti ini:
وفي اليوم العشرين منه سنة اثنتين من المبعث كان مولد فاطمة عليها السلام في بعض الروايات ، وفي رواية أخرى : سنة خمس من المبعث.
الطوسي، الشيخ ابوجعفر، محمد بن الحسن بن علي بن الحسن (متوفاى460هـ)، مصباح المتهجد، ص 793، ناشر : مؤسسة فقه الشيعة - بيروت – لبنان، چاپ : الأولى، سال چاپ : 1411 - 1991 م
Berdasarkan sebahagian riwayat, Fathimah az-Zahra (a.s) lahir pada tahun kedua bi`thah.
- al-Tūsī, al-Shaykh Abū Ja`far, Muḥammad bin al-Ḥasan bin `Ali bin al-Ḥasan (meninggal dunia tahun 460 Hirjah), Miṣbāg al-Mujtahid, muka surat 793, penerbit Mu’asasah Fiqh al-Shī`ah, Beirut, Lubnan, cetakan pertama, tahun cetakan 1411 Hijrah – 1991 Masihi.
Kaf`amī `Āmilī yang wafat pada kuruh kesepuluh Hijrah juga mempunyai pandangan tersebut:
وفى عشريه سنة اثنتين من المبعث كان مولد فاطمة عليها السلام وقيل سنة خمس من المبعث.
العاملي الكفعمي، إبراهيم بن علي الحسن (متوفاي 905هـ)، المصباح، ص512، اشر : مؤسسة الأعلمي للمطبوعات – بيروت
Fathimah Az-Zahra (a.s) lahir pada tahun kedua Bi`thah, dan ada yang mengatakan pada tahun ke lima Hijrah.
- Al-`Āmilī al-Kaf`amī, Ibrāhim bin `Alī al-Ḥasan (meninggal dunia tahun 905 Hijrah) al-Miṣbāḥ, muka surat 512, penerbit Mu’asasah al-A`lamī Li Maṭbū`āt, Beirut.
Sebagaimana yang dapat disaksikan, penyokong pendapat ini adalah minoriti selain bertentangan dengan riwayat sahih yang menyatakan bahawa kelahiran beliau terjadi pada tahun ke-lima bi`thah. Oleh itu pandangan ini tertolak dan tidak dapat diterima.
Kesimpulan:
Menurut pandangan masyhur di kalangan Syiah yang bersandar dengan riwayat sahih, Fathimah az-Zahra (a.s) lahir ke dunia pada 29 Jamadil Akhir tahun ke-lima bi`thah dan salah satu pandangan Ahli Sunnah juga adalah seperti demikian.